Bab 49 - Haikal

1.1K 74 2
                                    

     Aku keluar dari kereta dengan perasaan berdebar. Hari ni aku nak melawat Haikal yang ditempatkan di ICU.

"Adik pergi la masuk. Abang tunggu sini" Aizul keluarkan iphone lalu bersandar di kereta.

Hm nampaknya dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan Haikal. Lelaki yang hampir musnahkan masa depan aku.

Dengan lafaz bismillah, aku dengan Edjaz melangkah masuk ke dalam bangunan hospital itu.

Wad ICU aku hampiri.

Aku nampak ramai yang sedang menunggu di kerusi. Mereka kelihatan seperti baru lepas menangis. Ahli keluarga Haikal mungkin?

"Assalamualaikum" Sapa Edjaz ramah pada seorang wanita dan seorang lelaki yang separuh abad.

"Waalaikumussalam. Kamu ni siapa?" Soal lelaki yang memakai kot pejabat itu.

"Saya Edjaz. Ni Comel. Kami kawan Haikal. Boleh kami lawat dia?"

Pasangan itu saling berpandangan sebelum mengangguk. Kami ucapkan terima kasih. Mereka hanya membalas dengan anggukan.

Pintu itu ditolak perlahan.

Sekujur tubuh yang dipenuhi wayar terbaring lemah atas katil. Dia pakai alat (Bantuan pernafasan kot?. Sis taktau nama HAHAHA) dengan (yang patah tengkuk tu. Pun taktau nama HAHAHA)

Allahu.

Terbit rasa simpati dekat dia. Dia macam mana ya sekarang? Sekolah lagi atau tidak? Kalau sekolah, hmm. Spm dah tak lama dah. Berat betul ujian yang Allah bagi dekat dia.

Haikal yang baru perasan dengan kehadiran kami perlahan2 menoleh. Aku nampak dia tersenyum di sebalik alat bantuan pernafasan itu.

Aku pandang Edjaz dengan linangan air mata. Sebak.

Edjaz mendekati Haikal.

"Kitorang datang cuma nak tengok keadaan kau. And kitorang doakan kau cepat sembuh" Ujar Edjaz sambil mengusap bahu Haikal.

Haikal mengalirkan air mata.

"Ak...ku...mi...minta ma..af"

Cepat2 aku pandang tempat lain. Tak kuat.
Tanganku menaip mesej lalu hantar kepada Aizul. Aku perlukan dia sekarang.

Edjaz tunduk sambil kemam bibir. Aku tahu dia pun tak kuat.

"Kitorang semua dah maafkan. Kau jangan risau eh?" Pujuk Edjaz. Mata dia sudah berlinang.

"Ai...zul"

"Kejap lagi dia datang" Kataku pantas. Mungkin dia nak minta maaf dengan Aizul.

Haikal pula merenung syiling dengan mata yang berlinang. Ya Allah aku tak kuat tengok dia macam ni....

"Kau accident ya?" Soal Edjaz. Walaupun dia dah tahu tapi saja dia tanya. Nak berbual dengan Haikal.

Haikal angguk sekali.

"Ke...reta ak...aku...ter..balik"

Terbalik? Allahuakhbar.

Edjaz masih menunduk. Mungkin dia tengah imagine macam mana keadaan Haikal masa tu. Terbalik weh kereta Haikal. Mesti bertembung dengan kenderaan berat ni. Biasanya lori2 yang besar tu. 

Tidak lama kemudian, Aizul muncul. Dia mengintai sedikit.

"Adik" Panggilnya. Aku menoleh.

"Saya tunggu luar" Kataku pada Edjaz dengan Haikal. Edjaz hanya angguk.

ICU biasanya 1 atau 2 orang sahaja yang boleh masuk melawat.

Keluar sahaja dari wad itu, aku terbungkam melihat senior2 sekolahku. Ramai sia diorang. Rakan2 Haikal pun ada.

Dan mataku tangkap kelibat Maisara. Dia kelihatan seperti baru lepas menangis.

Aku mendapatkannya.

"Maisara, awak jangan la sedih" Aku cuba memujuk. Tanpa sebarang kata, dia terus memeluk tubuhku erat. Tangisannya makin kuat.

"Saya minta maaf Comel. Saya minta maaf sangat2. Dan tolong...tolong maafkan Haikal" Dia merayu padaku.

Aku pula hanya senyum.

Ya. Aku sudah maafkan mereka. Takde gunanya aku simpan dendam pada mereka. Bukannya dapat apa pun.

"Saya nak jumpa Haikal. Nak minta maaf dekat dia" Maisara leraikan pelukan.

Aku membiarkan. Tak tahu nak pergi mana, aku duduk di kerusi menunggu. Dalam hati dah mula rasa sesuatu...

"Adik, teman Maisara dekat dalam" Aizul keluar dengan mata yang sedikit kemerahan. Sah menangis.

Aku lambat2 bangun lalu masuk ke dalam. Bila aku tengok ramai yang menangis, aku pun ambil kesempatan untuk menangis sekali. Hati aku tak kuat melihat keadaan Haikal yang seperti nyawa ikan itu. Tercungap2 dia menarik nafas. Allahu...

"Haikal, awak kena kuat yaa" Pujuk aku dengan suara bergetar.

Haikal menggeleng.

"Aku tak...mam...pu"

"No. Awak mampu. Keep strong Haikal!" Aku cuba salurkan semangat dalam dirinya. Namun Haikal hanya senyum.

"Aku...minta.....maaf...." Ucapnya sebelum pejam mata bersama sedikit senyuman.

Tittttttt............

**********

    Batu nisan yang tertera nama Muhammad Haikal Huzaimie itu aku sentuh lama. Yassin di tangan dipegang kemas.

"Awak jangan risau Haikal. Saya dengan yang lain akan sentiasa doakan awak. Saya harap awak tenang dekat sana..." Kataku bersama senyuman.

Aku teringat kembali memori pahit aku dengan Haikal. Macam2 benda tak elok dia cuba lakukan padaku. Tapi itu semua hanya kenangan. Aku tidak dapat berjumpa dengan dia lagi dah lepas ni. Hanya namanya sahaja yang aku mampu aku simpan. Mana mungkin aku dapat lupakan dia.

Sentuhan di bahu menyentakkan lamunan. Aku mendongak.

"Jom balik" Ajak Aizul yang segak memakai baju melayu merah, pakai rayban serta songkok menarik lenganku untuk berdiri.

Aku tersenyum. Sempat aku tabur beberapa kuntum bunga mawar atas tanah yang masih merah itu. Setelah selesai, aku berdiri sambil pegang tangan Aizul lalu melangkah pergi.


Selamat tinggal Haikal...

The One [C]Where stories live. Discover now