Zack merenung dirinya di dalam cermin. Kata2 Edjaz pagi tadi terngiang-ngiang dalam otaknya.
*Flashback*
"Zack, kau ni asal?" Soal Edjaz. Zack masih diam. Buku latihan addmath nya dibelek. Pura2 semak. Padahal dah siap dah pun.
"Kau rindu Zana?"
Zack pandang Edjaz dengan wajah kosong sebelum menunduk.
Ya. Aku rindu Zana.
"Kalau kau rindu dia, kau ubah sikap kau Zack. Kalau kau kekalkan sikap kau macam ni sampai bila2 kau takkan bahagia. Kau patut bersyukur Zana tu perempuan yang sentiasa tabah and sabar dengan perangai kau. Plus dia ikhlas cintakan kau. Tak macam perempuan lain. Diorang suka kau sebab kau berduit. Kejap minta duit kat kau, kejap minta kau belanja shopping. Tapi Zana ada?"
Lama Zack diamkan diri. Cuba mencerna kata2 Edjaz itu.
"Kau nak Zana balik?" Soal Edjaz.
Lambat2 Zack mengangguk.
Edjaz senyum.
"Kau bertaubat"
*End Flashback*
Zack mengeluh. Boleh ke dia bertaubat? Dia risau lepas bertaubat nanti dia akan ulang kesilapan yang sama.
Zack geleng. Kau kena kuat Zack. Untuk diri kau, untuk diri orang lain!
Zack merenung tajam dirinya di dalam cermin. Tangannya dikepal erat.
"Arghh!!!"
Bam!
Habis pecah berderai cermin besar itu. Darah di tangannya mula menitik. Zack menunduk. Benci dengan diri sendiri.....
**********
Aku aneh lihat Zana yang dari tadi asyik mendiamkan diri. Selalunya dia la yang paling riuh. Tapi hari ni, macam budak baru pindah pun ada. Diam je.
"Zana, nak coklat?" Soalku sambil menghulurkan satu bar cadbury. Zana geleng. Aik budak ni? Sejak bila dia reject makanan?
Akmal hampiri kami. "Zana, Zack nak jumpa" Aku terkejut. Mamat buaya tu nak jumpa Zana? Huh, aku takkan biarkan mereka berdua!
"Jom aku teman!" Pantas aku tarik tangan Zana. Zana pula hanya merelakan. Dia tiada semangat.
Sampai sahaja di pintu, Zack menoleh ke arah kami. Aik? Asal nampak lain dia ni? Entah la. Tapi serious dia nampak lain. Muka pucat macam orang sakit.
"New image Zayyan Zackrie?" Soal Zana sinis. Zack mengeluh.
Zack mengeluh. Dia akui dirinya tidak lagi se'handsome' dulu. Dia abaikan dirinya. Tak makan tak minum. Nasib mandi.
"Zana, tolong i"
"Tolong apa?"
"Tolong i berubah. Hanya you je yang mampu ubah diri i" Zack memandang Zana dengan wajah simpati. Harap2 Zana setuju.
Zana terdiam. Takde guna juga dia dendam dengan Zack ni. Lagipun orang nak berubah tu. Apa salahnya kita bantu kan?
Akhirnya Zana angguk setuju.
Zack senyum lebar menampakkan gigi putihnya yang kemas tersusun. Oh baru perasan. Dia dah bukak braces. Nampak lagi handsome!
"Thank you so much. Bagitahu i apa yang perlu i buat?" Soal Zack tak sabar.
Zana senyum senget.
"Buang dye rambut"
***********
"Hahahahahahaha potong lagi!"
"Wooo!!"
"Kasi botak terus!"
Riuh saloon itu dengan sorakan dan ejekan dari para jejaka tampan dan tak berapa nak tampan.
Zack gigit bibir. Hatinya pedih melihat rambut emasnya jatuh bertaburan atas lantai. Babaii bae!
"Ok boss. Sudah siap" Ujar lelaki cina yang menguruskan rambut Zack.
Zack mengeluh melihat rambutnya di cermin. Dah pendek. Nasib tak botak.
"Fuyoooo abang ni nampak baik laa" Usik Firdaus.
Meletus ketawa mereka semua. Bukannya nak ejek Zack tak handsome. Tapi sebab imej Zack yang macam budak baik tak pernah buat jahat. Hakikatnya hahahahaha.
Zack bangun dari kerusi. Dia mengibas-ngibas bajunya untuk hilangkan sisa2 rambut yang melekat pada tubuhnya. Miang nanti.
"Nasib kau tak dye semua Zack. Kalau tak, botak lah kau!" Kata Fayyad. Sekali lagi mereka ketawa. Mereka buat saloon ni macam mereka punya. Nasib tauke kedai ni tak marah.
"Hm tula" Zack membalas sambil membetulkan rambut barunya.
Edjaz senyum. "Tahniah Zack. InsyaAllah, lepas ni solat kau akan diterima Allah"
Zack turut tersenyum. InsyaAllah.
Dia lega. Fasa 1 dah lepas. Now nak cuba elakkan diri dari jumpa dengan mana2 perempuan.
Nombor Zana didail.
"Assalamualaikum" sapa Zana sopan.
"Waalaikumussalam. You, i dah buang dye"
Zana tersentak. Benarkah?"Lepas ni kita jumpa ya? Kita plan nak buat apa. I tak tahu" Sambung Zack.
"Yelah. Awak balik mandi dulu ya"
"Okay bye. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Zana matikan talian. Dia termenung seketika. Tak sangka, Zack betul2 ingin berubah. Zana tersenyum. Syukur alhamdulillah...
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-