Bab 58 - Drive Kereta

1.2K 82 0
                                    

    "Adik cepat la" Aizul cekak pinggang sambil berdiri di tepi kereta. Cukup pantang betul tunggu lama2 ni. Kang dia tak nak ajar kang.

"Kejap!" Aku tergopoh-gapah pakai kasut sebelum berlari ke arah Aizul. Aku tayang muka kucing. Tetapi Aizul hanya menjeling sebelum masuk ke dalam kereta. Ishh marah la tu! Aku turut masuk ke dalam kereta.

"Ni, tengok cara abang bawak macam mana" Aizul menghidupkan enjin kereta. Aku pula memerhati dengan teliti.

"First2 masuk gear D, then lepas hand brek, hand brek kaki then tekan minyak" Satu persatu Aizul menerangkan sebelum kereta perlahan-lahan bergerak. Ooo macam tu.

Kereta mula meluncur ke jalan raya. Kami berhenti di traffic.

"Kalau nak berhenti dekat traffic, tekan brek kaki, masuk gear N, tarik hand brek then lepas brek kaki"

Aku terangguk-angguk. Takde la susah mana nak pandu kereta ni. Yang buat aku risau time nak parking antara 2 kereta. Kalau tersondol kereta orang naya weii.

"Nanti dekat padang adik cuba pulak ya?" Kata Aizul. Aku angguk laju. Tak sabar!


"Tapi abang, adik tak reti kalau nak parking antara dua kereta"

"Itu susah sikit. Kalau kereta kecik senang la nak undur. Kalau kereta macam abang ni payah sikit. Kena pandai agak"

Aku mengeluh. Takpe la. Belajar slow2. Ada masa lagi ni sebelum aku ambil lesen kereta tahun depan.



    Tiba sahaja di padang, kami tukar kedudukan. Aku duduk di tempat pemandu, Aizul duduk di sebelah. Paling menyeksakan ialah....

Seat.

"Err abang...tak sampai" Aku terkebil2 pandang cermin depan. Serious aku rasa macam budak kecik sekarang ni. Tak sampai doo. Langsung tak boleh nampak apa yang ada di depan.

Aizul senyum. Kerusi ditarik ke depan dann yahhh. Finally aku boleh memandu dalam keadaan tenang hehe.

"Masuk gear D macam abang buat tadi" Arah Aizul. Aku akur. Gear itu ditarik ke bawah sampai kena huruf D. Okay dah siap satu langkah. Then apa eh tadi? Ouh ya, hand brek! Selesai lepaskan hand brek serta brek kaki, aku perlahan-lahan tekan pedal minyak dan yessss. Kereta berjalan. Woooo aku pandai bawak kereta woii!!!

Aku tersenyum senang semasa memandu. Dalam beberapa minit aku pusing sekitar padang yang luas itu, Aizul bersuara

"Okay anggap je kita nak berhenti kat traffic light. Ingat macam mana abang ajar?"

Aku terdiam. Ermn kejap, nak ingat balik.

Mula2 tekan brek kaki...then masuk gear..N! Lepas tu tarik hand brek then lepaskan brek kaki.

Dan kereta telah pun berhenti. Horeyyy!!!

"Lepas ni boleh la jadi driver abang" Usik Aizul.

Aku tersenyum suka. Takde masalah! Cuma aku kena banyak berlatih. Ni pun masih gayat lagi. Aizul pun ajar benda basic dulu. Nanti kalau ada masa lagi dia akan ajar masa nak naik bukit, turun bukit dan paling menggerunkan cara nak PARKING KERETA. Sungguh aku tak berani kalau yang ni. Tersilap langkah mau calar kereta. Tak pun remuk. Huu menyeramkan.

Telefon aku berdering. Siapa pulak yang call ni.

Edjaz?

Aku jawab panggilan itu. "Ye nak apa penyibuk?"

"Amboi, kasarnya bahasa"

"Memang patut berkasar pun dengan awak!"

"Sampai bila nak merajuk ni?"

"Sampai bila2!"

"Sayang..."

Aku terdiam. Puih Comel, tadi kemain bising hahahaha. Aizul yang dengar terus buat muka loya. Dia buat gaya nak muntah. Bongok punya abang.

"Tak payah nak sayang2 laa. Ada abang Aizul kat sebelah ni!" Aku membisik dengan geram.

Aku dengar Edjaz ketawa. Haa lawak sangat lah tu.

"Sorry. Ni awak kat mana?"

"Padang. Tengah belajar drive kereta"

"Wow. Boleh la jadi driver tak bergaji saya nanti. Jangan risau. Akan ada upah lain selain duit"

Aku kerut dahi. Lain macam je bunyi.

"Upah apa? Awak nak bagi apa?"

"Kasih sayang saya ciaaa"

Aku terus tamatkan panggilan.

"Okay jom balik!" Kataku riang. Aizul di sebelah sudah pelik.

"Nak balik dah?"

"Yela. Takkan nak bermalam dekat sini kot"

"Jom la kita lepak cendol dulu. Lama tak dating dua dengan adik abang ni" Aizul cuit dagu aku manja. Ehehh malu sis.

Aku hanya angguk setuju. Betul jugak. Dah lama tak spend time dengan abang tersayang ni.

The One [C]Where stories live. Discover now