Dadaku dihambat debar saat Cobra melangkah masuk dengan langkah perlahan. Semua yang ada dalam tu sudah telan air liur melihat auranya. Aku pun dah seram apatah lagi yang lain. Pengawas2 tu siap berundur ke belakang lagi beri laluan kepada ular tedung ni.
Kini dia berdiri betul2 di hadapan meja pengetua. Matanya merenung tajam pengetua yang kelihatan agak cuak itu. Heh tahu takut.
Cobra keluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Pergerakan dia yang agak lambat itu betul2 membuatkan kami semua berasa berdebar. Takut pun ye. Takut dia buat benda luar jangkaan dekat pengetua ni.
Iphone miliknya diletakkan di atas meja pengetua.
Satu video dimainkan.
"Awak nak apa ni?"
Aku dengar suara aku dalam video tersebut. Volume dikuatkan sehingga suara dalam video itu memenuhi ruangan bilik pengetua.
"Kalau aku cakap aku nak kau? Kau boleh bagi?"
Kini suara Haikal pula kedengaran.
"Awak lepas la!" Kini suara Mia pula. Dalam video itu jelas terpapar Mia yang sedaya upaya cuba untuk lepaskan diri.
Dada aku berombak laju. Allah....
"Kau patut beruntung dapat aku. Aku setia tunggu kau. Tapi ini yang kau balas?"
"Bro, kau keluar"
"Aku cakap keluar"
Suara Cobra!
Suara dia lebih kuat berbanding suara aku, Mia dengan Haikal.
"Kita sambung kemudian eh" Suara Haikal.
Dalam video itu menunjukkan Mia berlari keluar dari tandas. Camera itu menghampiri aku.
Kejap. Bila masa dia rakam aku?
"Tengok apa?"
"Awak..thanks sebab..tolong saya dengan Mia tadi"
Jantung aku makin berdegup hebat.
Semua penghuni di dalam bilik itu sudah tergamam melihat video yang dipaparkan. Perlahan2 Cobra mengambil semula iphone boba miliknya. Dia pegang kemas iphone itu sebelum...
"Hello everyone. Dah mula ke? Alaa. Dah terlepas!" Zack muncul dengan hati yang girang. Dia dengan selambanya jalan lenggang kangkung menuju ke arah Haikal.
"Lain kali kalau tak tahu macam mana nak prank orang, tanya aku eh? Aku pro bab prank orang ni. Tengok la sekarang, hebat kan aku?" Katanya bersama sengihan lebar. Terserlah braces merahnya.
Aku beranikan diri untuk pandang Haikal. Kini wajahnya berubah pucat. Tapi tak sepucat wajah Cobra.
"Ohh hai Cobra. Dah tunjuk?" Soal Zack sambil peluk Cobra dari tepi. Cobra angguk dengan lambat. Dia masih merenung pengetua dengan pandangan membunuh.
"Aaa yang lagi satu tu?" Soal Zack.
Lambat2 Cobra membuka button on pada iphone nya. Jarinya bermain2 atas skrin itu sebelum menunjuk satu lagi video.
"Hahahahahaha caye ah geng. Puas hati aku tengok diorang bertengkar tadi" Kata Haikal lalu mengeluarkan kotak rokok dari beg adidasnya.
"Okay tak gambar tu?" Soal Aiman sambil betulkan cermin mata bulatnya.
Haikal angguk laju.
"Okay sangat broo. Pandai kau ambik bagi tak nampak badan Mia yang macam kerdil tu"
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-