Bab 57 - Pujuk Lagi

1.2K 88 4
                                    

   Edjaz kehulur-kehilir di tepi katilnya. Dia tidak senang duduk. Dah hampir 10 kali dia call Comel tapi tak diangkat. Mesej pun tak reply. Haih merajuk sungguh ke budak ni.

Edjaz tiada jalan lain. Terpaksa minta tolong Aizul. Nombor Aizul didail. Tidak lama kemudian, Aizul jawab panggilan itu.

"Ai....."

"KAU BUAT APA DEKAT ADIK AKU?!"

Edjaz jauhkan telefon dari telinganya dengan wajah berkerut. Gila Aizul ni. Dia pakai mikrofon ke? Nak berdarah telinga aku dibuatnya. Telefon kembali dilekapkan di telinga.

"Aku...."

"KAU TAU TAK DIA MURUNG SEBAB KAU!"

"Aku nak..."

"ADIK AKU TENGAH SEDIH KAU BOLEH BIAR JE?! BOYFRIEND JENIS APA KAU NI HA?!"

"Sebenarnya...."

"KALAU TAK RETI NAK JAGA HATI DIA JANGAN AJAK COUPLE!"

"Tapi aku dah..."

"DARI TADI DIA TAK KELUAR BILIK. KAU NI MEMANG...."

Tutt.

Edjaz tamatkan panggilan.

Dia campak telefon atas katil lalu bergerak ke balkoni biliknya. Angin malam menyapa wajahnya menyebabkan rambutnya beralun lembut. Dia tarik nafas dalam2. Apa aku nak buat ni....

***********

     Aku capai senduk nasi. Lauk malam ini sungguh menyelerakan. Ayam masak merah, sup sayur serta ulam-ulaman. Nyum!

"Makan banyak sikit adik" Tegur mama. Aku hanya sengih. Aku faham maksud mama. Yelah, sejak balik dari jogging tadi aku langsung tak keluar bilik. Takde mood. And aku tak suka bila aku takde mood, orang asyik tanya kenapa badmood ni? Paling menyakitkan hati bila dia paksa2 suruh cerita. Baik duduk dalam bilik. Aman sikit. Takde siapa boleh ganggu.

Aizul tarik kerusi di hadapanku. Aku hanya senyum sikit sebelum mula menjamah nasi.

"Edjaz call abang tadi"

Sumpah. Aku takde mood.

Pinggan nasi aku tolak ke depan. Takde selera.

"Okokkk abang minta maaf. Makan la dik. Kesian nasi tu" Kelam kabut Aizul memujuk. Dia bangun dari tempatnya lalu duduk di sebelahku.

Aku geleng. Takde selera lepas dengar nama si DIA.

Aizul tarik pinggan aku. Aku hanya memerhati.

"Meh abang suap adik" Ujar Aizul sambil menggaul nasi dengan lauk dalam pinggan itu. Aku tersenyum. Terharu dengan layanan Aizul. Dah lama tak bermanja macam ni.

Aizul mula menyuap aku. Tiba2 rasa suka pula!

"Amboii, ingatkan pasangan kekasih mana tadi" Aizat muncul sambil menjeling kami berdua. Dia bergerak ke peti sejuk. Elehh jealous la tu.

"Kau cemburu takde siapa nak suap kau" Kata Aizul selamba. Tangannya masih menggaul nasi.

"Tahun depan ada la orang suap aku!" Aizat membentak geram. Aku dengan Aizul ketawa kecil.

Ya. Tahun depan abang Aizat nak kahwin. InsyaAllah bulan 2 nanti.

Sedar tak sedar, nasi dan lauk dalam pinggan telah licin. Huishh cepat betul aku makan. Mungkin sebab encik abang yang tolong suapkan kot ehee.

"Alhamdulillah. Habis pun" Ucap Aizul. Aku senyum.

"Lepas ni nak suap lagi la" Pintaku manja. Lengan kerasnya aku peluk. Gila best tangan dia ni. Jadikan bantal peluk confirm lena ehee.

"Anything for you princess" Aizul cium dahi aku sekilas sebelum bergerak ke sinki untuk basuh tangan dengan pinggan.

Aku tersenyum suka. Untung dapat abang sweet macam ni. Dah la handsome, tegap,  sweet pulak tu. Mahu la kak Fina tak tergilakan dia. Dan kak Fina juga beruntung sebab dapat Aizul. Aku tengah imagine rutin harian dia dengan Aizul. Macam mana la erk.

"Basuh tangan tu adik" Tegur Aizul lembut sambil cuit bahu aku. Oh ya. Aku belum cuci tangan lagi. Tanpa berlengah, aku terus bergerak ke sinki.

***********

    Kartun shin chan menjadi pilihanku. Pagi2 macam ni layan kartun best jugak. Dengan cuaca mendung. Nampaknya nak hujan.

Aku pandang kalendar. Esok birthday aku? Tapi kenapa aku tak rasa apa2? Selalunya aku la orang paling excited. Ah lantak la. Malas fikir.

Aku capai remote atas meja. Siaran ditukar berkali-kali namun tiada satu pun yang menarik. Boring! Cerita shin chan tadi pun dah tak tertarik.

Sedang sibuk tekan remote, aku dengar bunyi loceng rumah. Erghh siapa pulak yang datang pagi2 buta ni. Pagi buta? Dah pukul 9:30 la Comel oii. Kau tu je yang buta.

Aku capai selendang di atas sofa lalu buka pintu. Aku nampak ada seseorang di pagar. Dan orang itu adalah lelaki. Siapa?

Aku melangkah ke arahnya. Pagar kecil aku buka.

"Ya? Cari siapa?"

"Ini rumah Comel Qismiena?"

"Ye saya. Ada apa ya?"

"Ada orang suruh saya bagi di dekat awak"

Lelaki itu menghulurkan satu bouquet yang dipenuhi pelbagai jenis coklat.

Aku lambat2 ambil huluran lelaki itu. Ada satu kad putih yang diselit di celah coklat itu. Aku ambil lalu baca.

I'm sorry Comel Qismiena. Please, unblock saya balik. Saya rindu awak :(




Aku tersenyum kecil. Edjaz.....

The One [C]Where stories live. Discover now