Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Kejap lagi Edjaz sampai. Aku dengan dia plan nak pergi jogging dekat taman tasik. Edjaz mengamuk berat badan dia naik 6kg HAHAHAHA. Tapi takpe, dia tetap nampak slim walaupun kadang tu nampak berisi sikit.
Aku mengenakan pin pada bahu. Tudung bawal biru gelap aku kenakan dengan jersi adidas warna hitam. Biar lah panas, asalkan nanti bila aku berpeluh tak nampak sangat peluh tu.
"Adik, Edjaz dah sampai" Kata Aizul di sebalik pintu.
Aku cepat2 bersiap lalu keluar dari bilik. Aku turun tangga dengan tergesa-gesa. Tak suka orang tunggu lama2.
"Mama, Comel pergi dulu" Aku cium tangan mama.
"Baik2 jalan ya" Pesan mama. Aku hanya angguk. Kasut sport fila warna putih aku sarung dengan kemas pada kaki. Setelah selesai, aku berlari-lari anak ke arah Edjaz yang sedang menunggu di atas motor. Harini kita rempit ya kawan2.
Edjaz pandang aku atas bawah sebelum tersenyum sedikit. "Cantik" Pujinya.
Aku tergamam. Aku tak salah dengar kan? Edjaz puji aku? WAAA!!!!
Aku tersipu malu. Ingat senang ke nak kena puji dengan dia? Ikut atas mood dia jugak. Maybe hari ni mood dia tengah baik? Tak sabar kot nak bakar lemak hewhewhew.
"Thanks. Awak pun handsome" Balasku malu2. Edjaz geleng perlahan.
"Saya dah gemuk"
"Mana ada!" Cepat2 aku menafikan. Tubuhnya aku perhati dengan teliti. Gemuk? Dekat mana yang gemuk? Slim elok jee. Oh ohh!
Paha dia. Berisi sikit. Tapi kalau dia berdiri tak nampak sangat. Nasib dia tinggi. Boleh cover. Kalau pendek? Sebijik doraemon hahahaha.
"Alahh berisi sikit je. Takpe, hari ni kita lari puas2 okay?" Aku cuba memujuk.
Edjaz senyum lalu mengangguk. Aku naik di belakangnya. Bahunya aku pegang. Takut jatuh.
"Haah la..awak dah gemuk" Aku mengusik sambil sentuh pinggangnya. Kejap aku picit kejap aku cucuk. Heee lemak Edjaz.
Edjaz menjeling geram. Kurang asam manis punya awek. Nasib sayang.
**********
Peluh mula membasahi diri. Aku duduk berehat di atas bangku kayu di tepi tasik. Edjaz yang seronok berjogging terus berhenti.
"Why?" Soalnya termengah-mengah. Aku geleng. Tuala kecil di dalam beg aku ambil kemudian aku tekapkan muka pada tuala itu. Panas weii.
Edjaz menghampiri. Bajunya basah lencun. Fuh dia ni. Macam baru lepas mandi hujan.
"Penat? Nak rehat dulu?" Soalnya. Aku angguk. Wajahnya yang berpeluh itu aku pandang bersama senyuman. Edjaz nampak macho bila berpeluh macam ni. Nampak kelakian sangat. Dengan rambut dia, bahu yang lebar pheww. I like.
"Awak, lepas jogging kita singgah mcd boleh? Craving burger"
Edjaz geleng laju.
Aduh dia ni. Ni mesti takut berat naik lagi hahahahaha.
"Awak tak payah makan. Teman saya. Atau awak minum je" Aku cuba beri cadangan.
Edjaz masih ligat mengelap peluh di dahi. Rambutnya juga dilap pada kain tuala di tangannya. Sebijik macam orang baru lepas mandi.
"Hm yela. So tak nak teruskan la ni?" Soalnya. Aku menggeleng.
Gila. Satu jam lebih kitorang jogging. Dah berapa round dah ni. Rasanya nak dekat 10 round. Edjaz punya idea gila. Aku pun terpaksa ikut. Boleh la jugak aku tumpang kuruskan badan hehehe.
"Okay" Edjaz menjawab pendek. Aku pula hanya memerhatikan kelakuan dia. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg nya.
Baju?
Tanpa sebarang amaran, Edjaz buka baju depan aku dengan selamba. Siap lap peluh dia lagi guna baju tu. Dia perasan aku pandang dia.
Aku cepat2 pandang tempat lain. Pipi aku membahang. Ish Edjaz ni. Dia memang sengaja nak goda aku ke apa? Nasib body lawa. Putih pulak tu. Tambah lagi ada sixpack. Auch.
Astaga wake up Comel! Kau dah rosakkan mata kau dengan badan anak teruna orang. Minta maaf balik!
Erk, minta maaf? Aduhh..kalau benda lain boleh lagi la. Ini minta maaf sebab usya badan dia? Kejap. Aku kena fikir 100 kali.
Edjaz selesai sarungkan baju pada tubuh. Dia sembur perfume sedikit lalu kemas semula barang2nya.
"Jom" Katanya. Aku yang baru tersedar cepat2 bangun dari bangku. Aku membontoti Edjaz dari belakang.
**********
Aku menjamah burger mcd dengan berselera. Padahal tadi baru je jogging, ni dah makan balik makanan berlemak macam ni.
Edjaz pula hanya memesan french fries. Dia langsung tak terliur bila tengok aku ngap burger mcd ni. Kuat betul nafsu dia.
Sedang sibuk menikmati, aku terfikirkan sesuatu. Aku letak burger itu atas dulang sebelum pandang Edjaz yang tekun berbalas chat dengan rakannya.
"Awak" Aku panggilnya. Dia masih tak dengar.
"Awak" Pun sama.
"Sayang" Naaaa. Laju Edjaz angkat muka pandang aku dengan kening terangkat. Cis.
"Awak tahu tak esok lusa hari apa?" Soalku bersama senyuman. Mata dikerdip-kerdipkan.
Edjaz senyum. "Hari Isnin" Dia kembali hadap telefon.
Ya Allah geramnyaaa aku!!!
Aku mendengus. Mula dah perangai annoying dia tu. Dah lama dia tak kenakan aku macam ni.
"Awak serious lah. Awak tak tahu ke Isnin ni hari istimewa?" Aku tepuk meja berkali-kali. Tapi slow jela. Tepuk kuat2 kang tak pasal kena maki dengan penghuni dalam mcd ni.
Edjaz tutup telefonnya. Kini fokusnya pada aku. Dia merenung aku lama. Terus aku menunduk. Ish bongok la kau ni Comel. Cuba ketepikan rasa malu tu. Dah lama dah pun kau jadi buah hati Edjaz ni. Nak malu2 pula. Readers pun dah menyampah.
"Jujur. Saya tak tahu" Balas Edjaz serious.Aku mengeluh. Kecewa....
"Takpelah" Burger mcd kembali dijamah. Kali ni aku pura2 makan sebab tak nak pandang Edjaz. Terus hilang selera aku nak makan. Tadi bukan main lagi order itu ini. Nasib dah tinggal separuh.
"Why? Apa maksud awak hari istimewa?" Soal Edjaz ingin tahu.
Aku geleng perlahan. Sikit pun aku tak pandang dia. Pura2 fokus dekat burger mcd yang sedap ni. Tadi masa first2 beli memang la rasa sedap. Tapi kali ni terus rasa tak sedap. Tawar!
Aku dengar Edjaz mengeluh.
"Cakap la. Kalau awak tak cakap macam mana saya nak tahu?" Edjaz masih tidak puas hati. Tak senang duduk dia dibuatnya bila melihat perubahan aku. Dari mekar terus layu.
"Saya ni siapa je bagi awak. Sebab tu awak tak tahu Isnin ni hari apa" Aku berjauh hati. Kecewa kot. Hari penting bagi aku tapi boyfriend sendiri boleh tak tahu? Hanya Allah yang tahu betapa brokennya hati aku huhuhu.
Edjaz kecilkan mata dia. Dia terfikir sesuatu.
"Birthday awak?"
Aku terdiam.
Ya. Birthday aku.
"Dah. Jom balik. Hari macam nak hujan je" Aku selesai habiskan makanan aku. Air milo aku hirup sedikit sebelum bangun dari kerusi. Aku tinggalkan Edjaz sendirian di meja itu.
Edjaz tekup muka menggunakan tangan. Macam mana kau boleh tak tahu ni Edjaz......
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-