Hari ni sudah sebulan Sasha tinggal di rumah King. Dia tidak bersekolah tetapi dia bekerja di spa Pn Qaisara iaitu mama King. Parents King pun senang dengannya. Baik, sopan, lemah lembut, hormat orang.
Pernah haritu King tanya keluarganya, sampai bila gadis itu akan tinggal di rumahnya. Jawapan Pn Qaisara 'sampai dia sah jadi isteri Raja'. King sudah seperti cacing kepanasan. Aku nak kahwin? Wuuu bestnya. Boleh 'ehem' HAHAHAHA.
Tetapi King tidak gelojoh. Dia perlu fokus belajar terlebih dahulu memandangkan SPM dah tak lama. Tinggal lagi dua bulan sahaja. Nanti dah habis SPM baru dia fikir apa nak buat dengan Sasha tu.
Okay back to story.
Sasha membasuh pinggan sambil menyanyi kecil. King yang baru pulang dari sekolah terus ke dapur. Dia pandang Sasha sekilas sebelum buka peti sejuk. Fresh orange yang baru dibancuh dicapai. Dia duduk di kaunter dapur. Sambil2 dia minum, dia memerhati tubuh Sasha dari belakang.
Fuh boleh tahan cun body dia ni. Gumamnya dalam hati.
King selesai minum. Dia menuju ke sinki untuk basuh gelas kotor. Sengaja dia berdiri di belakang Sasha. Kedudukan mereka teramatlah rapat sehingga Sasha dapat menghidu haruman minyak wangi yang dipakai King.
Dia mengenjak ke tepi namun cepat2 King menghalang. Ish mamat ni. Gatal sangat ni kenapa? Aku tendang 'baby' kau nanti kang.
Sasha menoleh ke belakang. King tayang muka miang. Rasa nak sepak pun ada.
"Awak tepi laa. Mama nampak nanti" Marah Sasha.
"Ooo kalau mama takde boleh la kita buat macam ni?" Terus King tarik pinggang Sasha rapat dengannya. Mata Sasha membulat. Eeee gatal la mamat ni!
King hampiri telinga Sasha.
"Tak lama lagi kita akan kawin jugak...sayang"
Sasha terbeliak.
"Woi, tahan la sikit nafsu you tu. Kesian Sasha!" Marah Ayana yang baru muncul. King senyum sebelum berundur ke belakang.
"Sasha" Serunya.
Sasha pandang King.
"Meow!" King buat gaya mencakar sebelum lari dari situ. Ayana pula sudah kejarnya dengan senduk.
Sasha tertunduk. Pipinya panas. King!!!
***********
"Sasha, come" pamit Pn Qaisara yang sedang bersantai di ruang tamu.
Sasha yang baru selesai mop lantai di dapur terus duduk di sebelah Pn Qaisara.
"Ye mama?"
Jangan terkejut guys. Pn Qaisara sendiri yang suruh dia panggil 'mama'. Sekurang-kurangnya rindu dia terhadap arwah mak dan ayah dia terubat sikit.
"Sasha setuju tak kalau...kahwin dengan Raja?"
Sasha terkejut. Allahu....
"Bila ma?"
"Maybe tahun depan or dua tahun depan. Yang pastinya lepas Raja habis sekolah la. Bukan apa. Sasha kan tinggal sini. Anak mama tu pulak lelaki. Dia makin membesar. Mama takut apa2 terjadi dekat kamu berdua nanti. Bukan mama mintak benda tu tapi nak elakkan benda tu terjadi, baik mama kahwinkan je kamu berdua"
Sasha terdiam. Ada betul juga kata Pn Qaisara. Dia tinggal serumah dengan lelaki bukan muhrimnya. Kadang2 dia tinggal berdua je dalam rumah ni dengan Raja. Tu pun dia terpaksa berkurung dalam bilik sampai la keluarga Raja pulang. Tengok la tadi tu. Gatal. Suka suka dia je sentuh anak dara orang. Nasib Ayana ada.
"Em Sa...Sasha tak kesah mama. Lagipun, Sasha memang teringin nak ada peneman hidup. Sasha sunyi ma..."
Pn Qaisara tersenyum lalu memeluk erat tubuh anak angkatnya itu. Sasha hamburkan tangisan di bahu Pn Qaisara. Sebak bila sebut perkataan 'sunyi'. Dari dulu dia memang sunyi. Tiada kawan, tiada keluarga. Hanya sebatang kara.
"Takpe. Raja akan jadi peneman hidup Sasha nanti. InsyaAllah" Pujuk Pn Qaisara.
King menyorok di sebalik dinding. Dadanya disentuh. Gila laju heartbeat aku.
Dalam diam, King tersenyum. Dia pun teringin sebenarnya nak jaga perempuan. Tapi disebabkan usianya yang terlalu muda membuatkan dia terpaksa batalkan niat itu. Tapi dengan kehadiran Sasha, dia yakin yang dia mampu jaga gadis itu. Seorang yang dengar kata. Lagi mudah kerja dia nanti.
Sasha sunyi ya? Takpe. Tunggu Raja okay? Raja akan jadi peneman hidup Sasha sampai bila2. InsyaAllah.
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-