Aku dapat cuti 3 minggu memandangkan kesan luka pada perut aku masih belum sembuh. Dah kering cuma masih rasa sakit.
Bosan la pulak duduk rumah ni. Sunyi. Takde kawan. Kalau pergi sekolah ada la jugak kawan. Rindu pulak nak bertepuk tampar dengan Mia, Zana dan Ash. Teringat hal semalam. Meraung mereka apabila mendapat tahu aku ditikam bekas kekasih aku. Macam2 carutan keluar dari mulut Ash. Begitu juga Mia dengan Zana. Siap cakap nak balas dendam lagi tu. Macam la boleh hahaha.
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Kejap lagi Aizul sampai la tu. Dia kan balik sekolah pukul 1:30.
"Adik, nak makan buah?" Mama muncul bersama sepiring buah-buahan.
Aku kecur air liur tengok buah itu. Ada epal, pear dan oren yang telah dipotong siap. Nyum!
Aku terus masukkan buah epal ke dalam mulut. Uhh nikmat. Lama tak makan.
Sedang aku ralit menjamah buah-buahan itu, aku terima 1 panggilan dari...
Edjaz!
Laju aku menjawab panggilan itu. Suara dibetulkan.
"Assalamualaikum" Sapaku lemah lembut. Mama pula sudah tersenyum. Dia beredar dari ruang tamu. Taknak ganggu mungkin.
"Waalaikumussalam. Tengah buat apa?"
"Tengok tv and makan buah. Em awak?"
"Baru je sampai rumah. Ingat petang ni nak datang rumah awak"
Aku tersenyum lebar. Dia nak lawat aku? How sweet!!
"Nak bincang pasal pengganti Zack masa game ragbi nanti dengan Aizul"
Terus mati senyumanku. Heee suka bagi fakehope lah dia ni!
"Yelah. Siapa la saya ni kan. Takde siapa nak datang melawat" Aku pura2 merajuk.
Dan aku dengar dia ketawa di hujung talian. Aku turut tergelak. Suka dengar dia ketawa macam tu. Cute!
"Alang2 tu saya jenguk la awak sekali. Ada nak makan apa2? Saya belikan"
Aku teringat masa dia bagi coklat, roti dengan air milo dekat aku haritu. Aku terus berkata
"Taknak la. Nanti kena bayar balik!"
Sekali lagi aku dengar dia ketawa. Heee why Edjaz ni cute sangat!
"Saya main2 je tu. Jangan la ambik hati"
Aku tidak dapat tahan senyum. Edjaz betul2 buat aku gila.
"Awak nak datang pukul berapa?"
"Kenapa? Tak sabar nak jumpa saya?"
"Eee dia ni kan!" Aku pura2 marah. Suka mengusik tau!
Edjaz ketawa lagi.
"Pukul 3 nanti saya datang. Nak mandi and solat dulu"
"Awak datang sorang?"
"Ye sorang"
Aku senyum. Lagi senang aku nak berbual dengan dia. Nanti kalau ramai2 kekok doo. Lagi2 kawan2 dia dah tahu yang aku suka dia. Lagi la malu.
"Okay. Awak mandi dulu. Tapi, awak tak penat ke? Yelah. Baru je balik sekolah"
Edjaz senyum.
"Penat saya akan hilang bila tengok mak saya...dan awak"
Aku tergamam.
**********
Muncung aku dah macam itik. Wajah aku pun dah persis hulk kelaparan. Masam je. Dan aku langsung tak pandang Edjaz. Pandang pun tak apatah lagi nak bercakap dengan dia.
Dia cakap dia datang sorang. Tapi ini apa?!
Penuh rumah aku dengan jejaka2 hot dan tak berapa nak hot. Halaman rumah aku juga penuh dengan kereta dan motor jejaka2 itu. Macam dekat rumah Zack haritu.
Panas hati aku bila tengok Edjaz selamba je minum air depan aku dengan wajah tak bersalah. Aku lempang jugak mamat ni kang.
"Aii cik adik, monyok je ni. Kenapa?" Soal Adam tiba2. Aku jeling dia. Terus hilang mood aku. Baru je aku nak spend time lama sikit dengan Edjaz. Aku dah rancang apa aktiviti nak buat dengan Edjaz. Antaranya main pubg, makan, berborak. Tapi itu semua sudah musnah dengan adanya mamat2 ni. Eee geram!
"Adik, kenapa?" Soal abang Aizat yang baru muncul. Aku hanya senyum tawar sambil geleng perlahan. Takkan aku nak cakap aku tengah merajuk dengan Edjaz? Tak ke naya.
Aizul leka berbual dengan rakan2 nya. Zana dan Ash pula sibuk memotong buah untuk aku. Baik betul bodyguard aku ni. Dan aku perasan Edjaz pandang ke arah aku. Cepat2 aku jeling dia. Padan muka!
Telefon aku bergetar. Ni mesti mamat ni.
-Marah sangat ke?
Aku pandang dia. Dia masih buat tak tahu. Macam takde apa2 yang berlaku. Pandai berlakon dia ni.
Mesej itu diabaikan. Malas nak layan.
Aku ralit tonton televisyen. Dan aku rasa sofa di sebelah aku tenggelam. Macam ada orang duduk. Terus aku pusing.
Aku terkejut beruk.
Edjaz?!
"Ehem guys, aku rasa kita kena keluar" Ujar Firdaus. Mereka yang lain hanya senyum nakal ke arah ku. Ada yang pura2 batuk, ada yang bersorak. Heee diorang ni.
Edjaz masih sama. Cool. Kali ni dia tak segan macam haritu lagi dah.
"Kitorang keluar dulu ya" Zana dengan Ash beredar dari situ. Mia yang baru keluar dari tandas pun turut mengikuti mereka.
Dan aku? Keras kejung di sebelah Edjaz.
Hanya kami berdua di ruang tamu yang luas ini."I'm sorry" Bisik Edjaz. Kedudukan kami sangat rapat. Tapi tak bersentuhan pun la.
Aku telan air liur. Aih mamat ni. Dia nak goda aku ke apa.
Edjaz tanggalkan cermin matanya lalu diletakkan atas meja kopi yang penuh dengan buah tangan dari mereka.
Aku tergamam. First time nampak dia bukak spec. And mata dia cantik! Aku baru perasan ada tahi lalat kecil bawah m
Dia pandang aku lama membuatkan aku tersipu malu. Aih jangan la tenung macam tu incheee abang. Sis malu.
"Kenapa bukak?" Soalku ragu2.
"Skru dah longgar. Tak selesa. Balik ni baru nak pergi buat baru" Balasnya. Aku masih menunduk. Tak sanggup pandang dia. Eleh Comel. Tadi bukan main marah dengan dia. Now nak malu2 pula? Gedik!
"Marah lagi ke ni?" Suara Edjaz diperlahankan. Aku cair woi!
Perlahan2 aku menggeleng.
Edjaz intai muka aku yang masih menunduk.
"Kenapa malu2 ni? Sebelum ni elok je"
Nah! Soalan itu betul2 buat aku rasa nak pengsan. Terus hilang rasa sakit dekat perut ni.
"Ke malu crush duduk sebelah?" Sekali lagi dia mengusik. Kali ni aku pandang dia. Dia senyum manis ke arah aku. Ah cair hati ini eheee.
"Awak!" Aku merengek sambil memukul2 bahunya. Tak kuat mana pun aku pukul. Cepuk2 gitu je. Pukul2 manja la katakan. Haktuih.
Edjaz tergelak. Dia menahan tangan aku dari terus memukulnya. Pergelangan tanganku yang berlapik dipegang kemas. Wajahnya didekatkan dengan wajahku.
Terkebil2 aku dibuatnya. Apa dia nak buat ni?
"I love you"
Mataku terbeliak luas.
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-