Bab 3 - Memori

2K 102 6
                                    

    Subject selepas rehat adalah subject addmath. Subject 'kegemaran' para pelajar. Aku menongkat dagu sambil pandang papan putih. Cuba memahami apa yang cikgu Anna sampaikan. Namun kosong! Langsung tak masuk. Pelik. Kalau abang aku ajar boleh pulak aku faham. Dengan cikgu ni hampeh. Aku mengeluh. Pen warna warni dalam pencil box dikeluarkan. Buku nota dibuka. Aku menyonteng buku nota itu. Bosan.

"Comel Qismiena!"

Aku tersentak saat namaku diseru. Terus tegak badan aku. Kelihatan cikgu Anna sedang peluk tubuh sambil pandang aku. Bukan dia sorang, 1 kelas haa pandang aku. Aku telan air liur. Mati la nak...

"Awak dengar ke tak apa yang saya cakap tadi?" Soalnya garang. Aku menunduk. Perlahan2 kepala digelengkan. Aku dengar cikgu Anna mendengus. "Saya akan denda awak. Buat latihan dalam modul tajuk log dengan varians. Semua! Faham?! Esok saya nak tengok" Aku hanya angguk. Aku lebih rela kena denda macam tu dari kena rotan atau sebagainya. Aku kembali pandang papan putih. Mata je kat situ tapi fikiran ke lain. Aku terbayang wajah seseorang. Siapa lagi kalau bukan pengawas pujaan hati. Pada masa yang sama, muncul wajah seseorang yang telah menghancurkan hati aku.

Senyuman aku mati. No Comel. Jangan mudah jatuh suka dekat lelaki! Ingat, kau pernah dianiaya 2 orang lelaki sekali gus. Takkan kali ni kau jadi mangsa buli lagi? Dan aku tak sedar, air mata aku jatuh untuk kali kedua...

********

   "Weh Comel, kau okay tak?" Soal Akmal. Aku diam. Buku teks sejarah diselak satu per satu. Pura2 baca! "Comel kenapa ni? Share laa" Pujuk Zana lembut.

Aku tewas.

Aku terus menghamburkan tangisan. Mia dan Zana segera memeluk aku dan menggosok belakang badan aku. Ash pula hanya berdiri di sebelah sambil memandang simpati ke arah aku. Hello, se'jantan2' Ash, dia ada hati dan perasaan tau. Bukan kaleng2.

  Setelah puas menangis, aku lap air mata. Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan. Cuba kuatkan diri. "Aku...teringat hal lama" Balasku. Zana kerut dahi. Hal lama? Hal apa pulak kawan aku? Bisik hatinya. "Citer ah. Asal?" Azam tarik kerusi di hadapan meja aku. Aku tarik nafas sebelum mula bercerita

*Flashback*

   Hari ini merupakan hari anugerah. Aku tersenyum puas saat melihat 1 kotak hadiah yang sudah dibalut kemas. Tak sabar nak bagi dekat dia!

"Amboi, besarnya hadiah. Untuk siapa?" Soal sahabatku, Jasnita. Aku senyum. "Untuk boyfriend!" Jawabku riang. Jasnita senyum kelat. Mungkin tak sangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut aku. Walaupun perangai aku agak annoying, tapi aku tak kesah. Asalkan si dia terima aku dengan rela hati.

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Atau lebih tepat waktu untuk semua pelajar ke dewan untuk sambutan hari anugerah. Aku membiarkan pelajar kelasku keluar terlebih dahulu. Jasnita jalan bersama mereka. Mungkin kurang senang dengan sikap aku yang terlampau menunjuk ni. Boyfriend handsome, siapa je tak bangga kan?

Aku galas beg. Kotak hadiah itu dicapai lalu keluar dari kelas setelah matikan semua suis dalam kelas. Dewan dituju. Berdebar! Dalam perjalanan ke sana, ada beberapa orang pelajar sedang berbisik2. Ada yang pandang tak puas hati, ada yang jeling tajam. Tapi aku tak kesah. Asalkan aku ada si dia. Awak, tunggu saya!

Tiba sahaja di dewan, aku mengambil tempat di sebelah Jasnita. Walaupun aku perasaan reaksi muka dia yang macam nak taknak je bagi aku duduk situ, aku tetap nak duduk situ. Aku peduli apa.

Majlis berjalan dengan lancar. Tiba giliran kekasihku untuk ambil hadiah di atas pentas. "Awakkk! Saya kat sinii!" Jerit aku. Jasnita di sebelah sudah terkejut beruk. Dia seolah2 ingin beredar namun pandangan semua pelajar membuatkan niatnya terbantut. Danial Lee sedaya upaya senyum di hadapan camera walhal hatinya terasa seperti ingin pecah. Malu dengan sikap Comel.

"Awak!!" Jerit aku lagi. Jasnita menenangkan aku sambil matanya meliar memandang sekeliling. Takut2 ada pelajar yang cuba maki hamun aku. "Comel, sudah la. Nanti Danial turun" Pujuknya. Aku tak peduli. Tangan dilambai2 ke arahnya yang sedang bergambar dengan pengetua. Setelah selesai, dia turun dari pentas dan aku segera berlari ke luar dewan untuk dapatkannya.

"Awak!"

Danial tersentak. Wajahnya merah. Aku tak faham kenapa muka dia boleh jadi merah macam tu.

"Kau boleh hormat aku tak pompuan?" Soalnya dingin.

Aku terdiam.

Dia guna bahasa 'aku,kau'? Sebelum ni mana pernah dia guna bahasa macam tu. Dan Danial tersenyum sinis. Aku tak faham dengan senyuman itu. "Kau tunggu" Dia kembali masuk ke dalam dewan. Pentas dinaiki. Pengerusi majlis aneh dengan kelakuan Danial yang secara tiba2 merampas microphone darinya. "Minta maaf kerana mengganggu. Saya nak umumkan yang..saya tidak ada girlfriend. Perempuan tadi tu pun saya tak kenal. Dia terlampau obses dengan saya. Dan taste saya bukan macam dia. Down sindrom."

Aku terkejut beruk.

Allah. Benarkah apa yang aku dengar tadi?
Lelaki yang selalu ada dengan aku selama ni, yang selalu buat aku tersenyum, telah mengaku yang aku bukan kekasihnya? Dan, dia cakap aku down sindrom?

Aku pandang semua penghuni di dalam dewan yang mula gelakkan aku. Ada yang booo. Ada yang menghalau aku dari dewan. Jasnita tak terkecuali. Dia menahan gelak melihat aku.

Dan aku, terus berlari meninggalkan dewan bersama kotak hadiah di tangan.

Tandas dituju.

  Semasa dalam perjalanan ke sana, aku terserempak dengan Nazril. Sahabat baik Danial. Dia yang tolong aku dapatkan Danial dulu. Aku sangat terhutang budi dengannya.

"Nazril!" Jeritku

  Nazril yang sibuk membelek telefon sambil seluk tangan dalam poket angkat muka memandang aku. Wajahnya seperti biasa. Tidak berperasaan

"Ada apa ni?" Soalnya.

Aku tarik nafas sebelum meneruskan percakapan.

"Kenapa Danial sanggup malukan saya depan orang ramai? Kenapa dia cakap saya down sindrom?" Soalku tak sabar.

Nazril gosok belakang lehernya. "Sebenarnya, aku hanya jalankan tugas yang disuruh. Dia upah aku untuk bagi kau rapat dengan dia. Dia teringin sangat nak jatuhkan kau Comel. Aku pun rasa benda ni macam best. Aku pun join jela dia punya prank. Tapi sayang, aku dah melepas nak tengok benda best ni" Terangnya bersama senyuman biasa.

Air mata aku jatuh. Tak sangka Nazril sanggup berkomplot semata2 nak jatuhkan aku. Apa salah aku Ya Allah? Apa dosa aku dengan mereka.

Aku tidak tahan.
Aku benci lelaki.
Lelaki telah menyebabkan hati aku tertutup untuk terima mana2 lelaki.

  Kotak hadiah diserahkan kepada Nazril. Nazril pelik. "Tolong bagi dia. Aku ikhlas" Kataku mendatar bersama senyuman penuh dendam.

   Dan pertama kali aku membahasakan diri 'aku' dengan Nazril. Sebelum ni aku guna nama je. Tapi mungkin kali ni tak. Nazril tak layak diberi layanan yang baik. Manusia tak guna.

Nazril lambat2 ambil hadiah itu. Setelah itu, aku berjalan meninggalkan dia.

Aku penat kena buli.
Aku penat dimaki hamun.
Aku nak pergi dari sini.

Pergi jauh dari manusia yang telah mengubah diri aku.

Lebih2 lagi, Danial dan Nazril.

Aku takkan maafkan korang...

*End flashback*

   "Ya Allah, kesiannya kau Comel" Ujar Mia. Zana tak terkecuali. Dia turut sedih dengan nasib sahabatnya itu. Aku pula hanya senyum kelat. Sakit hati bila teringat moment itu. Sejak dari kejadian itu, aku minta untuk tukar sekolah. Sekolah dengan Aizul dekat sini. Dan tak sangka, budak2 sekolah ni 10 kali ganda lagi bagus dari sekolah lama aku. Walaupun mereka rapat dengan aku atas sebab tertentu, aku tidak kesah. Asalkan mereka senang dengan aku. Antara sebab diorang rapat dengan aku adalah..

Aizul.

Mereka nak ngorat abang Aizul. Pada masa yang sama mereka nak ambil hati aku juga.

Dan aku...tak kesah.

The One [C]Where stories live. Discover now