Tepat pukul 7:30 pagi kami bertolak ke sebuah kedai makan untuk sarapan pagi. Hari ni mood aku dah okay sikit. Penat menangis, penat fikir masalah sendiri. Apa2 pun kita settle dekat KL nanti. Aku datang sini sebab nak berseronok dengan kawan2. Kesian Mia, Zana dengan Ash. Diorang susah hati tengok aku macam ni. Takpe. Aku ada diorang. Takde Edjaz dengan Aizul pun takpe lah. Asalkan ada mereka bertiga yang sentiasa ada dengan aku bila susah. Bila aku senang pun diorang ada okay. Aku bukan kacang lupakan kulit.
"Nak makan apa sayangku?" Soal Zana padaku. Matanya masih ralit memerhati lauk pauk yang terhidang di depan mata. Semuanya sedap! Aku ketuk dagu. Hm nak makan apa ya?
"Akak, mee sup ada?"
"Ada dik. Nak ayam atau daging?"
"Ayam"
"Okay adik. Duduk dulu eh"
Aku tersenyum mesra. Kerusi yang ditempatkan Mia dengan Ash aku duduk. Mia khusyuk makan nasi gorengnya. Ash pula hanya makan kuih sambil layan youtube. Lupa. Ash memang tak minat makan benda berat pagi2. Takde selera katanya.
"Taraaa. Nasi banjir!" Zana muncul bersama makanannya.
MasyaAllah. Dia ni makan ke melantak? Penuh haa pingan dia. Kuah sup dalam pinggan tu hampir tumpah. Baru aku faham maksud 'nasi banjir' dia tu.
"Wei minah, perut kau tu ada satu je tau. Kau makan banyak2 nak sumbat kat mana?"
"Takpe. Kalau dah penuh nanti aku muntah la dekat muka kau. Alang2 tu kau telan terus"
Ash yang dengar terus tersedak. Eee tak senonoh siot perangai minah ni.
Aku hanya sengih pandang Ash yang sedang mencarut pada Zana. Takpe Ash. Bukan kau sorang yang geli. Aku pun geli. Readers pun geli agaggagaga.
Tidak lama kemudian, mee sup yang dipesan oleh aku telah sampai.
"Terima kasih kak"
"Sama2" Kakak itu tersenyum manis pada aku kemudian dia gigit bibir pada Ash sebelum beredar dari situ.
Ah sudah. Dia ingat Ash ni lelaki ke.
Ash pula sudah buat muka loya. "Geli hanat" Ujar Ash. Aku, Mia dengan Zana ketawa berdekah. Nasib Ash perempuan. Kalau lelaki, aku gusti kakak tadi tu.
*********
Selesai bersarapan, bas bergerak menuju ke kedai coklat Haji Ismail. Yeay tempat yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak shopping!
"Beb geramnya aku tengok coklat2 tu!" Ujar Mia teruja sambil memandang coklat2 yang penuh di dalam kedai itu. Punya terliur sampai tak sedar yang muka dia dah terpenyek dekat cermin tingkap bas. Ni kalau orang kat luar nampak ni mau lari lintang pukang diorang. Huduh sangat.
Kami mula keluar dari bas. Fuhh boleh tahan ramai pengunjung yang datang dekat sini. Mestilah. Susah tau nak jumpa kedai coklat murah macam ni.
"Kamu beli la apa yang kamu nak beli. Pastikan pukul 12 tengahari berkumpul dekat sini. Faham?" Guru penasihat mula memberi arahan. Kami menjawab dengan suara yang kuat. Semangat nak shopping sampai lupa segala masalah yang dihadapi. Termasuk masalah itu...
Kami berempat berpecah. Masing2 sibuk melayan nafsu shopping masing2. Aku pula sudah pening. Tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya nampak sedap. Tadi masa masuk, awal2 lagi aku capai 4 paket coklat daim. Takut habis.
Mataku tertancap ke arah satu paket coklat yang dicampur aduk. Ada daim, cadbury dan hershey kisses. Bungkusannya juga nampak menarik. Aku terfikir sesuatu.
Kalau aku beli yang ni dan bagi dekat Edjaz okay tak? Lagipun haritu dalam bas aku dah janji dalam diri aku yang aku nak belikan dia coklat.
Tapi dia terima ke? Hm beli jelah. Anggap je aku bayar balik duit yang dia dah habiskan dekat aku sebelum ni. Mana la tahu nanti dia mengungkit kan?
Aku jengket untuk capai coklat itu. Allahu, susahnya jadi orang pendek ni. Dan aku nampak ada satu tangan mencapai coklat itu.
Tangan lelaki. Aku kenal tangan ni. Haruman yang dia pakai pun aku kenal.
Perlahan2 aku pusing ke arah pemilik tangan berurat itu. Dia menghulurkan coklat itu kepadaku.
"Terima kasih" Ucapku perlahan. Aku ingin beredar namun pergelanganku ditarik olehnya menyebabkan langkah aku terhenti.
Aku pandang dia dengan wajah sedikit cuak.
"Duit cukup?" Soalnya.
Aku angguk. Terlebih cukup. Aku bukannya beli apa sangat pun. Setakat beli makanan dengan air tu yela. Sekarang ni je kot aku nak shopping banyak sikit. Dan duit pemberian mama dengan papa semakin berkurang. Tapi takpe. Aku ada kad kredit. Buat spare.
Suasana menjadi janggal. Aku hanya memandang sepi tangan aku yang masih dipegang olehnya.
Tangan aku dilepaskan.
Aizul mula melangkah pergi meninggalkan aku sendirian.
Abang, adik rindu abang......
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-