Bab 42 - Hari Penentuan

1.3K 78 5
                                    

     Masa berlalu dengan begitu pantas. Setelah 4 hari 3 malam pergi lawatan ke Langkawi, hari ni aku kembali bersekolah macam biasa. Dan hari ni merupakan hari penentuan segalanya.

Aku berdebar.

Agak2 apa hukuman yang aku kena nanti eh? Buang sekolah? Allahu. Aku tak sanggup.

Semangat ku kian pudar. Sungguh aku tak bermaya nak pergi sekolah hari ni. Tapi apakan daya, kalau aku tak pergi nanti lagi orang fikir yang aku ni bersalah.

Beg merah jambu ku digalas pada bahu kanan. Aku melangkah keluar dari kereta mama dengan perasaan gementar. Menggigil kaki aku saat ternampak kelibat pengawas yang sibuk menjaga pagar. Edjaz ada di situ.

Terus aku berlari ke pagar besar. Pengawas yang menjaga di situ aneh melihat aku.

"Kenapa tak masuk dekat pagar kecik?" Soal seorang kakak pengawas.

"Ada musuh" Jawabku bersama sengihan.

Kakak itu hanya menggeleng sebelum membenarkan aku masuk.

Fuh nasib dia tak tanya lebih2.

Pondok dituju. Aku tahu apa yang bakal ditanya oleh 2 orang diva tak hot depan aku ni.

"Lari jauh nampak?" Zana mengangkat2 keningnya. Begitu juga Mia. Oh jadi diorang dah tahu la ni? Hm baguslah. Takde aku susah payah nak explain.

"Jom masuk kelas guys" Mia tarik tangan aku namun aku masih tidak mengenjak. Ya Allah kenapa aku berdebar sangat ni? Badan aku menggigil teruk sampai aku rasa nak tumbang.

"Kau tenang la Comel. Kitorang ada. And insyaAllah semuanya baik2 je" Zana cuba untuk memujuk. Dia kelihatan tenang. Hm memang la dia tenang sebab tak jadi dekat dia. Cuba kalau jadi dekat dia. Murung setahun. Macam aku dulu. Tapi takdela sampai setahun k.

"Ash, tolong bawak dia" Arah Mia.

Ash yang sibuk betulkan rambut pendeknya terus peluk bahu aku dari tepi. Dia memaksa aku untuk berjalan. Huh aku takde kudrat nak lawan dia ni. Dia dah la tinggi. Tenaga dia lagi kuat dari aku. Plus aku tengah lembik sekarang ni. Memang aku tak bermaya nak lawan dia.

*********

    Aku tidak dapat memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar. Sekarang ni waktu sivik jadi aku tak hairan sangat.

Mataku tak henti2 memandang ke arah pintu. Menunggu seseorang untuk panggil aku dan membawaku ke bilik pengetua. Menanti hukuman yang bakal dijalankan oleh pengetua.

Aku pernah rasa macam ni dah dua kali. Masa kena culik dengan Danial dulu dan sekarang ni. Dugaan...

Aku menunduk.

Tangan Zana menggenggam erat tanganku yang berada di paha. Aku pandang dia.

Dia senyum. Cuba untuk salurkan kekuatan.

Aku kembali menunduk. Jantung masih berdegup dengan pantas. Kuatkan aku Ya Allah...

Tok tok tok!

Pintu kelas diketuk.

"Maaf menganggu, pengetua nak jumpa Comel"

Automatik kepalaku terangkat. Aku pandang ke arah pintu.

Shahaizul bersama 2 orang pengawas yang lain merenung tajam ke arahku.

Allahuakhbar....

**********

    Aku berdiri lama di hadapan bilik pengetua. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum memulas tombol pintul.

Bismillahirahmanirahim...

The One [C]Where stories live. Discover now