"Hahahahahaha caye ah geng. Puas hati aku tengok diorang bertengkar tadi" Kata Haikal lalu mengeluarkan kotak rokok dari beg adidasnya.
"Okay tak gambar tu?" Soal Aiman sambil betulkan cermin mata bulatnya.
Haikal angguk laju.
"Okay sangat broo. Pandai kau ambik bagi tak nampak badan Mia yang macam kerdil tu"
Aiman, Raziq, Haris, Ikhwan dengan Jai ketawa suka. Puas hati mungkin dapat kenakan musuh ketua mereka itu. Padan muka kau Edjaz.
"So kau tak kesah ke kalau kena hukum dengan pengetua?" Soal Haris.
Haikal menggeleng.
"Sikit pun aku tak kesah. Kalau kena buang sekolah lagi bagus. Takde la aku kena bangun pagi2 pergi sekolah jahanam tu. Boleh aku tidur sampai petang"
Sekali lagi mereka ketawa. Ada benar kata Haikal itu.
"Aduhh kalau kau kena buang sekolah nanti kitorang macam mana?" Soal Raziq risau.
Haikal hembus asap rokok ke muka Raziq. Raziq pula sudah mencarut.
"Don't worry. Kalau ada masalah just roger2 aku. Kita settle sama2. Anyway, korang nak apa korang mintak ah. Aku belanja sebagai upah"
Mereka yang lain sudah bersorak suka. Walaupun mereka kaya tapi mereka lebih suka bila Haikal menawarkan diri untuk belanja. Haikal tu ibarat bank bergerak mereka. Dasar mata duitan!
Mereka tak sedar perbualan mereka didengari oleh seseorang. Gerangan itu menggeleng perlahan sebelum melangkah pergi dari situ.
*********
"Comel, dah laa" Zana dah penat memujuk aku yang masih tak henti mengalirkan air mata.
Mia pula sudah menguap. Penat mungkin tunggu aku berhenti menangis.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa Zana" Kataku dengan suara serak. Banyak sangat menangis sampai rosak suara uhuhu.
Zana garu kening. Adehh budak ni..
"Yee aku faham kau sedih. Tapi takkan la kau nak menangis sampai kau dah berbaik dengan Edjaz nanti? Dah dah stop menangis. Nanti cikgu banyak tanya pulak. Lagipun dulu kau cakap kau tak suka tengok aku menangis kan? Kalau macam tu aku pun tak suka tengok kau menangis. Buruk lah"
Aku diam. Cuba untuk berhenti menangis. Kata2 Zana sedikit sebanyak meresap ke dalam jiwaku. Aku lap air mata. Keluhan dilepaskan. Macam mana nak masuk dalam bas nanti. Mesti ramai perasan mata aku yang bengkak dan merah ni. Lama kot aku menangis.
"Jom gerak. Cikgu dah panggil" Kata Ash. Kami pun mula menyertai pelajar yang lain.
SUASANA di dalam bas sunyi sepi. Semua pelajar keletihan mungkin. Dengan panas teriknya. Aircond pula dipasang dengan suhu yang sederhana rendah. Memang layu la jawabnya. Semua pakat nak tidur termasuk aku.
Aku membetulkan cermin mata hitam yang tersangkut kemas di batang hidung. Ya. Aku pinjam cermin mata Ash untuk cover aku punya mata yang macam kena sengat tebuan ni.
Nak pinjam Aizul punya? Heh. Dia pun tak bertegur dengan aku. Dah termakan dengan kata2 Edjaz tak guna tu.
Aku dengan Mia try hard nak explain perkara sebenar pada Edjaz tapi Edjaz kerap2 elakkan diri dari bertemu dengan aku. Nombor aku juga telah diblock. Termasuk ig. Benci sangatkah dia pada ku?
Aizul pun sama. Dia lebih percayakan orang luar dari adik sendiri? Sumpah aku kecewa.
**********Hari ni bermacam aktiviti telah kami lakukan. Melawat makam mahsuri, pergi underwater world. Dan aktiviti yang seterusnya akan sambung pada hari esok memandangkan hari pun dah lewat petang. Masa untuk check in hotel!
Tiba sahaja di hotel, aku duduk jauh dari pelajar yang lain. Tak berminat nak berhimpun ramai2 dengan diorang. Rimas.
Sedang aku ralit perhatikan sekeliling, tiba2 terasa bawah pusat aku mencucuk2. Oh tidak...penyakit perempuan sudah datang. Tadi dalam bas ada rasa sikit tapi tak seteruk ini. Sumpah, aku perlukan katil dengan bantal sekarang ni.
"Comel, kau okay?" Soal Akmal iaitu classmate aku. Aku hanya angguk sambil tersenyum. Rayban hitam melindungi kening aku yang sedang berkerut menahan sakit. Bagus betul la rayban ni.
Setelah kelibat Akmal hilang dari pandangan, aku terus duduk mencangkung sambil pegang perut. Ish time ni laa dia nak sakit.
"Comel!"
Laungan seseorang membuatkan aku kelam kabut berdiri. Telefon di dalam beg dikeluarkan. Pura2 selfie.
"Ha sini pun kau. Dah la selfie tak ajak!" Marah Zana. Aku sengih gigi. Bahunya ditarik dan...
Click!
Okay kami berdua tersangat lah lawa memandangkan Zana pun pakai rayban macam aku. Sekali tengok macam diva pun ada.
"Jom. Kita dah dapat kunci bilik" Zana tarik tangan aku. See? Dia ni memang tak sah tak tarik tangan orang.
"Macam mana kau boleh tahu aku dekat sini?" Soalku aneh. Aku dah duduk jauh kot dengan budak2 yang lain.
"Tadi aku dengan Zack bergambar dekat area sini. So alang2 tu aku cari la kau" Balasnya bersama senyuman lebar.
Ohh begitu.
Tanpa berlengah, aku dengan Zana meninggalkan kawasan itu. Masa untuk rehat!
*********
Aku tertonggeng atas katil. Perutku pula menindih bantal putih yang disediakan atas katil itu.
"Ee tak senonoh la perangai!" Mia datang lalu tepuk kuat punggung aku. Sakit bangang.
"Nah sapu minyak angin ni" Ash menghulurkan satu botol minyak cap kapak padaku. Good. Aku memang suka guna benda ni time senggugut.
Minyak itu dituang atas tapak tangan lalu disapu rata pada perut ku. Lega!
"Siapa nak mandi dulu?" Soalku. Zana dengan Mia saling berpandangan sebelum
"Aku!"
"Ehh aku laaa. Aku dah chop tadi!"
"Takde2. Kau blah!"
"Comel tengok Zana nii!!!"
Aku hanya pejam mata. Bingit dengar suara sumbang tu bergaduh. Ash lebih selesa baring di sebelah aku sambil main pubg. Dia ni tak habis lagi dengan pubg dia tu. Cuba la main game masak2 ke, dress up ke. Eee Ash main game macam tu? Aku orang first bahan dia nanti hahaha.
Aku pandang syiling lama. Aku rasa kehilangan. Kehilangan Edjaz serta abangku, Aizul.
Mata dipejam. Dan air mata aku mengalir lagi.....
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-