Bab 27 - Broken

1.3K 85 12
                                    

    Loceng rumahku ditekan berkali2. Siapa pulak la yang ganggu ketenteraman aku nak buat kek ni. Aku basuh tangan dulu sebelum melangkah ke pintu.

Aku nampak ada seorang gadis menunggu di luar pagar. Siapa dia?

Terus aku buka pagar kecil. Gadis itu menoleh.

"Zana?"

Zana tersengih ke arahku.

"Hey babe! Em taknak bagi aku masuk ke? Ah masuk jela" Macam biasa, Zana dengan muka tak malunya melangkah masuk ke dalam tanpa keizinan aku. Dasar muka tembok makcik ni.

Aku kunci pintu pagar lalu mengekorinya dari belakang. Hey siapa tuan rumah sekarang ni?

"Kau dari mana?" Soalku.

Zana membiarkan aku masuk ke dalam rumah dulu. Kemudian, baru dia baru.

Kami duduk di sofa ruang tamu. Volume di televisyen aku perlahankan. Tak elok la kan pasang kuat2 depan tetamu. Walaupun Zana ni kawan rapat aku tapi dia tetap tetamu.

"Aku dari rumah. Ni, mak aku ada buat puding oreo. Makan lah" Zana menghulurkan satu bekas tupperware kepadaku.

Mataku bersinar. Lama tak makan benda manis macam ni. Selama aku berpantang, mama dengan papa jarang bagi aku makan benda manis. Katanya risau jadi apa2 dekat luka aku tu.

"Thanks weh" Ucapku mesra. Zana hanya membalas dengan senyuman. Matanya fokus pada televisyen.

"Ada apa datang sini? Sorang2 pulak tu. Mia dengan Ash mana?" Soalku sambil menyuap puding oreo itu ke dalam mulut. Nikmatnya!

Zana beralih padaku. Kepalanya digaru. Dah kenapa?

"Err sebenarnya..aku nak minta kau teman aku pergi shopping. Bulan depan kan kita ada lawatan ke Langkawi. Jadi, aku nak tambah barang2 keperluan aku. Mia dengan Ash kau faham2 jela diorang. Petang2 macam ni membongkang je kerja diorang"

Oh begitu. Shopping? Sound good. Lagipun dah lama aku tak merayap. Dating dengan Edjaz semalam? Huh. Duduk kat taman je. Lepas habis makan aiskrim tu aku minta dia hantar aku balik. Struggle jugak la dia pujuk aku semalam tapi aku buat tak tahu je. Padan muka. Buat lagi aku macam tu.

"So kau nak tak?" Soal Zana.

Aku terdiam sebelum mengangguk.

*********

   Aeon menjadi pilihan kami. Dalam banyak2 shopping complex dekat KL ni aeon jugak jadi pilihan kami. Sebab apa? Aku pun tak tahu. Maybe sebab aeon tak berapa ramai sangat yang kunjung berbanding tempat lain yang sentiasa penuh dengan manusia dari pelbagai bangsa.

Zana ralit memandang butik2 pakaian berjenama. Aku pula bermain telefon. Atau lebih tepat main ig. Sedang aku sibuk scroll, muncul gambar Zack and the geng. Aku tersenyum. Bahu Zana aku cuit perlahan. Dia menoleh.

"Boyfriend kau" Aku tunjuk gambar itu.

Ya. Zana dah pun couple dengan Zack. Baru 4 hari. Bukan main seronok lagi dia bila Zack lamar dia jadi girlfriend. Macam kera dapat bunga. Terkinja2. Depan Zack pulak tu. Sungguh memalukan.

Zana tersenyum lebar. Gambar itu ditenung lama.

"Handsomenya boyfriend aku! Untung aku dapat boyfriend macam dia ni!" Zana tergedik2. Ohh someone please lempang muka dia ni sekali. Aku teringin tapi tulah. Tak sampai hati.

Aku abaikan dia. Tandas perempuan dituju. Zana di belakang sudah terkedek2 mengejar aku.

Tiba sahaja di tandas, langkah kami berdua terhenti saat ternampak seseorang yang amat kami kenali.

The One [C]Where stories live. Discover now