Aku memandang Aizul yang nampak serabut. Tengah memandu pun boleh serabut?
Ya. Mestilah serabut. Berita yang dia terima semalam sungguh menggemparkan. Zack dihantar ke kecemasan kerana pertumpahan darah yang banyak. Bukan dia saja yang terkejut, aku pun sama terkejut. Macam mana dia boleh tikam diri sendiri? Dia stress ke?
Aku faham Aizul. Dia risaukan keadaan Zack dan pada masa yang sama dia risau akan hal minggu depan. Siapa nak jadi pengganti Zack masa game nanti? Kena tikam dekat perut bukan sakit biasa. Ambik masa lebih kurang sebulan atau lebih untuk pulih sepenuhnya. Sempatkah Zack pulih dalam masa seminggu? Jawapannya memang tak la. Tambah lagi dia kehilangan banyak darah.
Aku pejam mata. Pelbagai carutan memenuhi fikiran aku. Semuanya dituju kepada Zack. Bodoh la kau Zack. Pergi tikam diri sendiri tu kenapa? Teringin sangat ke nak mati?
Tidak lama kemudian, kami tiba di hospital Kuala Lumpur. Aizul mengeluh seketika sebelum keluar dari kereta. Kesian abang aku...
Tiba sahaja di tingkat 4, aku perasan ada pelajar kelas 5A iaitu classmate Zack. Penuh koridor private room ni dengan rakan2 Zack. Ya. Zack ditempatkan di private room atas permintaan keluarganya.
"Zack macam mana?" Soal Aizul tak menyabar. Shahaizul mengeluh sambil menggeleng. Tak sanggup nak cakap mungkin. Tak sanggup nak cakap yang Zack kehilangan banyak darah dan keadaannya terlalu lemah.
"Aku menyesal weh...menyesal sebab cakap bukan2 pasal dia. Dia tak masuk kelas bukan sebab ponteng, tapi sebab..." Firdaus terduduk di atas kerusi menunggu. Terus Aizul mendapatkannya lalu memeluknya erat. Cuba menenangkan Firdaus yang tampak sedih dan menyesal. Begitu juga rakannya yang lain. Semuanya menunduk. Menyesal.
Allah. Aku sebak tengok diorang.
Mata aku bergenang. Ini lah kelemahan aku. Bila tengok orang lain menangis, aku pun ikut sama menangis. Cengeng.
"Korang nak masuk ke?" Aku angkat muka memandang seorang lelaki yang tingginya lebih kurang Zack.
Handsome weh. Rambut high pomp, kulit kuning langsat, kemeja merah berserta seluar jeans hitam. Perfect!
Siapa dia ni? Adik Zack kah? Ke abang dia?
"Boleh ke bro?" Soal Fayyad pula.
Lelaki itu mengangguk.
Dia menoleh ke arahku lalu tersenyum manis. Alamak! Cair hati gue ehee~
"Girlfriend Zack?"
Erk!
Laju sahaja aku menggeleng. Girlfriend mamat playboy tu? Memang tak la!
"Okay lah. Aku gerak dulu. Apa2 hal call aku okay? Adik aku ada dekat dalam" Lelaki kemeja merah itu bersalaman dengan rakan2 Zack termasuk Aizul. Dan aku baru perasan something.
Mana Edjaz?
Kenapa dia tak datang?
Ke dia busy?
Atau dia tak sampai lagi?
"Adik, nak masuk tak?" Soalan Aizul mematikan lamunan aku. Aku mengangguk lalu cepat2 mengekori Aizul.
Bilik yang luas itu menjadi tatapan aku. Macam ni rupanya private room. Aku dah macam orang kuno. Maklumlah, first time masuk.
Pandangan aku jatuh pada sekujur tubuh yang terbaring lemah atas katil. Terbit rasa simpati pada Zack. Banyak benda dia nak kena buat dekat sekolah. Tapi semuanya terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan seketika oleh kerana keadaannya sekarang ini.
Aku menghampiri katil. Besi tepi katil itu aku sentuh.
Tubuh Zack yang tidak berbaju itu aku perhati. Balutan bandage pada perutnya menarik perhatian aku. Gila. Masih berdarah tu. Kesian Zack.
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-