Edjaz memasuki perkarangan rumahnya. Aku pula hanya memerhati dari dalam kereta. Boleh tahan besar rumah dia ni walaupun hanya 2 tingkat. Mesti dalam macam istana. Tinggi betul imaginasi kau Comel.
Enjin dimatikan.
"Jom"
Aku telan air liur. Mimpi apa la si Edjaz ni nak bawak aku jumpa family dia.
Pintu dibuka. Terketar-ketar tangan aku dibuatnya.
"Assalamualaikum. Ummi, abah"
Ohh dia panggil parents dia macam tu.
"Waalaikumussalam" Muncul seorang wanita bertudung labuh. Cantiknya ummi
Edjaz."Ummi, ni la Comel Qismiena" Edjaz kenalkan aku pada umminya.
"Lahai. Cantik nama. Sesuai dengan orangnya. Kecik molek haa" Ummi Edjaz cubit pipi aku lembut. Aku pula sudah tersipu malu. Belum apa2 lagi dah kena puji eheh.
"Mari masuk. Panas dekat luar ni" Wanita itu menarik lenganku lembut. Aku pun hanya akur.
"Nama ummi, Umayrah. Tapi Comel panggil ummi saja ya?" Kata ummi mesra.
Ummi? Alahai. Rasa macam anak orang arab pulak.
"Sebenarnya anak ummi ni memang dah berkenan sangat dengan Comel ni. Hari2 dia akan cerita pasal Comel dekat ummi. Itu sebab ummi mintak dia bawa Comel datang sini. Boleh kenal2. Kan nak kahwin dah nanti?"
"Pfftt!" Tersembur air yang Edjaz minum.
Aku sudah telan air liur. Kahwin? Err tak terfikir pun lagi. Aku baru 16 tahun laaaa.
"Ya Allah Edrie. Teruk betul kamu ni" Ummi memarahi Edjaz. Edjaz pula hanya sengih kekok.
"Ummi main2 je. Tapi tak salah merancang. Mana tahu ada jodoh" Ujar ummi lalu tersenyum ke arah Edjaz yang seperti cacing kepanasan itu. Menyesal bawa Comel datang sini.
Aku yang mendengar hanya angguk beberapa kali. Taknak la tunjuk yang aku tak selesa bila topik itu dibualkan. Kecik hati ummi nanti. Dia pula macam mengharap yang aku jadi menantu dia. Err yeke? Apa pendapat korang? Hehe
"Em lambat lagi la ummi. Edrie bawa Comel datang sini sebab nak kenalkan dia dekat umi je" Kata Edjaz yang ralit tonton televisyen.
Aku tersengih melihat wajah cemberut ummi.
"Iyee la anakku Edrie. Dah alang2 tu kita bincang la terus takpe kan? Tak kira la muda ke tua ke, kalau ada jodoh..ada lah. Kalau takde, kita redha"
Aku masih sama. Diam, diam, diam dan terus diam. Tak tahu nak respond apa. Kalau aku backup ummi nanti nampak sangat yang aku ni gatal and tak sabar nak kahwin dengan Edjaz. Kalau aku tolak? Kecik hati ummi dan mungkin juga Edjaz akan..kecewa? Kot laa.
"Hah Comel. Bila sampai?" Muncul seorang lelaki separuh abad dengan baju melayu serta kain palikatnya. Pasti baru lepas solat.
"Baru je pakcik"
"Apa pulak pakcik? Panggil je abah. Tak lama dah pun kan" Abah jeling Edjaz yang pura2 tidak dengar itu.
Memerah pipi aku dibuatnya. Bukannya aku tak faham maksud abah tu.
"Baguslah kalau Comel ada. Sekurang-kurangnya Edrie tak sunyi. Dekat rumah ni dia sorang2 je. Ada kakak, kakak sambung belajar dekat Dubai" Terang abah.
Ouh begitu. Jadi aku lah yang selalu jadi peneman dia? Hehehe.
"Nanti ummi sekeluarga datang jumpa keluarga Comel boleh? Tak seronok la kalau berbincang tanpa keluarga dia" Kata ummi kepada abah.
"Betul tu. Lagipun kesian Comel ni haa. Merah dah pipi dia" abah mengusik.
Hah?? Merah??
Aku raba pipi. Panasss!
Kejap, bincang? Bincang pasal apa? Kahwin? Aku nak kahwin dengan Edjaz? Horeyyy!!!
"Taknak lagi la ummi. Edrie nak study dulu, nak kerja dulu. Then baru fikir pasal hal tu. Sekarang ni taknak fikir lagi. Spm pun belum. Jangan nak mengharap sangat. Takut kecewa." Sampuk Edjaz yang masih ralit menonton televisyen. Nadanya serious. Macam tak selesa bila topik hangat ini dibualkan.
Entah kenapa aku rasa sayu bila dia kata begitu. Eee kau dah kenapa Comel? Chill la. Kau tu budak lagi kot.
Aku kawal air muka. Taknak tunjuk yang aku sedikit makan hati dengan kata2 Edjaz tadi.
"Kamu ni kan Edrie.." Ummi sudah tergeleng-geleng.
"Comel, meh makan. Ummi buat gulai ayam harini. Comel suka?"
Aku angguk laju. Semua lauk ayam aku suka. Gulai pun iya.
Tidak lama kemudian, kami bergerak ke meja makan. Edjaz masih di sofa. Dia termenung seketika. Entah kenapa hati dia rasa sakit bila sebut ayatnya itu tadi. Bodoh la kau Edjaz.
**********
Jalan raya yang mula dipenuhi pelbagai jenis kenderaan mengambil masa yang agak lama untuk aku sampai ke rumah. Dia punya sesak tu fuh...
Oh saja nak cakap, sepanjang perjalanan nak ke rumah aku, aku sikit pun tak bercakap dengan Edjaz. Aku cuba tidak terasa hati dengannya. Tapi tak boleh. Mataku dipejam. Cuba tenangkan hati.
"Comel..! Panggilnya.
Aku diam. Pura2 tidur.
"Sayang, kenapa ni?"
Diam.
Aku dengar Edjaz mengeluh.
"Saya minta maaf. Saya tahu awak terasa dengan kata2 saya tadi. Saya sendiri cakap tapi hati saya sendiri sakit. Apatah lagi awak. Saya minta maaf ya?" Edjaz mencuba nasib.
"Hmm"
"Saya bukan apa. Kalau boleh saya taknak kita fikir lagi pasal kahwin ni. Selagi awak tak habis sekolah selagi tu saya takkan sentuh pasal kahwin. Tak sesuai dengan umur kita ni Comel. Tunggu awak habis sekolah dulu eh? Lepas je awak keluar dewan untuk last paper nanti terus saya hantar rombongan meminang" Edjaz angkat keningnya berkali2
Aku tergelak. Eee tak senonoh perangai. Siapa yang gelojoh sekarang ni? Aku ke dia? Tadi bukan main cakap nak study dulu la kerja dulu la. Haih Edjaz Edjaz....
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-