Bab 22 - Hari penyeksaan

1.4K 84 1
                                    

    Sinaran matahari menganggu tidurku. Terpisat2 mataku dibuatnya. Cahaya tu kena tepat2 mataku. Silau woi!

Aku bangun. Macam biasa. Duduk bersandar pada katil. Jam pula sudah pukul 8:30 pagi.

Dan aku telah tinggal banyak waktu solat. Allahu..

Aku nak ke tandas. Tapi tak tahu macam mana caranya. Dengan kaki kena ikat. Tangan pun kena ikat. Tapi kalini ikatan itu dilonggarkan sedikit. Reno taknak aku sakit. Baik kan dia? Tapi tula, lagi baik kalau dia lepaskan aku huhu.

Aku terkepit2. Aduh masa ni la nak buang air kecil. Dah hujung2 dah ni. Kang aku terkencing kat sini kang payah pulak.

Pintu bilik dibuka kasar. Aku tahu dah siapa. Siapa lagi kalau bukan si setan tu. Dia je yang tak reti nak buka pintu elok2. Nak tunjuk sangat la tu yang dia bencikan aku. Heh. Aku 1000 kali ganda bencikan kau. Muka pun tak handsome. Handsome lagi Edjaz aku la!

Sebut pasal Edjaz, semalam aku mimpi dia. Mimpi gaduh2 manja dengan dia. Petanda apa la ni. Agak2 Edjaz risaukan aku tak? Ke dia suka aku kena culik?

Danial menghampiriku. Sekali lagi pipi aku dicengkamnya. Sakit bodoh!

"Hari ni kau akan terima nasib kau sundal"

Aku telan air liur. Hari ni? Ajal aku hari ni kah? Allahuakhbar...

"Sebelum tu, saya nak pergi tandas boleh? Nak buang air kecil" Pinta ku. Sumpah tak tahan sangat. Dia nak pukul aku ke nak bunuh aku ke, bagi la aku kencing dulu. Nanti dia pukul aku then aku terkencing time tu haa dia pulak jijik nak uruskan aku.

Danial menolak mukaku dengan kasar.

Biadab.

Mak bapak aku pun tak pernah berkasar dengan aku macam ni. Jentik pun tak pernah. Danial ni memang melampau. Menyesal aku suka dia dulu!

"Kau bawak dia pergi tandas. Cepat sikit. Aku tak sabar nak 'main' dengan dia" Ujar Danial bersama senyuman 'syaitan'.

Nazril angguk. Terus dia bawa aku ke tandas yang berhampiran dengan bilik yang macam penjara itu.

Selesai membuang. Lega!

Nazril membawa aku ke dalam 'penjara' itu semula.

Tangan dan kaki aku diikat sekuat yang mungkin. Aku gigit bibir. Sakit...

Kini aku tidak lagi duduk atas katil. Aku didudukkan di atas lantai. Dan aku nampak Danial mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Pisau rambo yang masih berdarah. Darah itu juga kelihatan kering dan nampak macam dah lama. Darah siapa?

Aku telan air liur saat Danial merangkak menghampiriku. Mataku tak lepas memandang pisau di tangannya. Bila2 saja pisau itu boleh terbenam dalam perut aku. Atau mungkin di paha, atau di dada aku, atau di mana2 sahaja.

"Kau kenal darah ni?" Dia mengangkat pisau itu.

Aku laju menggeleng. Mana lah aku tahu itu darah siapa!

Danial senyum senget.

"Kau akan terima nasib yang sama macam Zack"

Aku terkejut dan...

Zap!

Memancut darah keluar dari perut aku. Aku mula mengeras. Tikaman itu sangat dalam dan membuatkan badan aku menggigil. Aku terus terbaring. Nak pegang perut? Tak boleh. Sebab tangan aku kena ikat. Baru aku rasa apa yang Zack rasa. Dan sekarang ni, darah aku dah bercampur dengan darah kering Zack....

**********

     "Aizul, nak pergi mana?" Soal Datin Arina.

Aizul menyarung seliparnya. Dia pandang ke arah mamanya.

"Nak cari adik, mama"

Datin Arina mengeluh. Degil tau anak terunanya yang sorang ni. Pagi2 lagi dah nak keluar.

Datin Arina menghampiri pintu.

"Nak cari dekat mana Aizul? Kalau ada petunjuk takpe la jugak"

Aizul buat tak endah. Dia tetap nak cari adiknya sampai jumpa.

Dia mencium tangan Datin Arina sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan dan dia mula meninggalkan halaman rumah. Abang akan cari adik sampai jumpa. Tunggu abang...

**********

    Edjaz hanya memandang sepi rakan2 nya yang giat bermain bola sepak. Mata je kat situ, tapi fikiran? Ke lain. Dia masih fikirkan Comel.

Hati dia tak tenang dari semalam. Kau dah kenapa ni Edjaz? Tak pernah2 kau macam ni.

"Bro" Firdaus muncul bersama 2 botol air mineral. 1 dihulurkan kepada Edjaz. Edjaz menyambutnya.

"Jauh kau termenung. Fikir apa?" Soalan Firdaus dibiarkan sepi. Dia takde mood nak bercakap harini.

Firdaus tangkap sesuatu.

"Kau risaukan Comel eh?"

Laju Edjaz toleh ke arah Firdaus. Firdaus pula sudah senyum mengejek.

"Aku dengan Shah dah tahu. Masa kat hospital haritu Aizul ada cakap yang Comel suka kau. Dan kau...suka dia tak?"

Edjaz membuang pandangan ke lain. Entah nak jawab apa. Dia sendiri pun tak pasti yang dia suka Comel ke tak. Nak cakap tak suka, tapi dia risaukan Comel.

Edjaz menarik nafas.

"Aku sayang dia"

***********

    "Zarif!" Laung Danial kuat. Dia mengurut lengannya yang mula kebas.

Berapa banyak kali dia lempang and tumbuk aku tadi. Mahu tak kebas. Bibir aku pun dah pecah teruk. Aku rasa nak muntah bila tertelan darah sendiri. Dan aku penat nak ludah darah dalam mulut aku ni.

Sumpah demi Allah, aku takde tenaga sekarang ni. Dengan tak makannya. Dah la kena tikam. Tak cukup dengan tu Danial pijak perut aku bertubi sampai kasut dia basah kena darah aku. Dia tak puas hati, dia tumbuk and lempang aku sampai bengkak pipi. Aku terseksa Ya Allah...

"Sebelum kau mampus, aku nak seksa kau dulu" Kata Danial lalu dia ketawa kuat. Psycho.

Lelaki yang bernama Zarif itu muncul. Dia terkejut melihat aku yang berlumuran darah.

"Damn. Apa kau dah buat ni sial?" Soalnya. Dia cuba membantu ku namun pantas dihalang oleh Danial.

"Biarkan dia. Ini yang aku nak. Aku nak dia terseksa sebelum mati" Sekali lagi dia ketawa.

Dia mengambil satu frame di atas meja. Frame itu dipandang bersama senyuman lebar.

"Sayang, sabar ya? Sundal ni akan ikut you. Tapi dia akan ke neraka dulu"

What daa.....

Gila psycho jantan ni.

Kejap. Aku ke neraka? Patutnya kau! Jantan dayus!

Aku kemam bibir. Kudrat ku semakin sikit. Aku dah tak mampu nak buat apa2. Nak halang pun takde guna. Danial tetap Danial.

Sekali lagi aku diseksa. Badan aku disepak terajang, wajah aku dilempang sekuat yang mungkin tanpa belas kasihan. Dia buat aku ni macam anak patung yang tak bernyawa.

Sebelum aku tutup mata, aku perasan kelibat seseorang yang baru tiba di dalam bilik ini.

Reno....

The One [C]Where stories live. Discover now