Special Edition (9) MIA X SHAHAIZUL

1.6K 66 6
                                    

Okay ni author cerita pasal Mia dengan Shahaizul pulak. Ni pun atas permintaan member. Hope korang tak bosan la. Enjoy tau🙈❤


     Selang dua bulan lepas perkahwinan Ash dengan Cobra, kini giliran Mia dengan Shahaizul pula. Sebenarnya diorang nak buat tahun depan tapi disebabkan aku yang sarat mengandung ni jadi diorang awalkan sikit sebab nak aku hadir kenduri diorang. Bagus kan? Terasa diri ni penting pulak hehehe.

"Sayang, kita pergi dengan Aizul and kak Fina okay?" Cadang Edjaz yang sedang betulkan baju melayu warna biru gelap. Sesuai sangat dengan dia. Dah la badan makin tegap.

Aku hanya angguk. Tak kesah pun pergi dengan siapa. Asalkan dapat pergi hehe.

"Jom" Edjaz pimpin tangan aku keluar dari bilik. Tangga dipijak dengan berhati-hati. Perut aku dah penuh sangat ni. Rasa macam nak meletup pun ada.

"Adik, larat tak ni?" Soal Aizul. Kak Fina di sebelah sudah risau tengok aku yang macam peguin itu. Syafiqa yang masih dalam dukungan diturunkan ke bawah. Terkedek-kedek budak itu berjalan menghampiri aku.

Syafiqa Dayana. Anak Aizul dengan kak Fina. Mereka kahwin sebelum aku dengan Edjaz sah jadi suami isteri. Budak ni pun baru umur setahun lebih. And dia baru nak belajar berjalan. Comel je. Ikut muka kak Fina.

"Ok je la abang. Dah jom cepat. Pergi cepat boleh balik cepat" Kataku. Kami terus masuk ke dalam kereta milik Aizul.


************


"Miaaa, secocoknya kau dengan headprefect nii!!" Kataku teruja. Sumpah Mia cantik gila dengan Shahaizul. Masing2 mengenakan busana pengantin warna hijau gelap. Pelamin mereka juga lain daripada yang lain. Pandai mereka pilih.

"Alaa kau dengan Edjaz dulu apa kurangnya. Jealous tau tengok kau. Cantik sangat time tu" Balas Mia rendah diri.

Aku tersengih. Teringat pula moment di mana mereka tak henti2 memuji kecantikan aku. Edjaz pun sama. Merah pipi sis dibuatnya ehee.

"Hai guys. Wow, mak buyung in the house!" Sapa Zack mesra. Zana di sebelah berlaga pipi dengan Mia. Kemudian baru aku.

"Congracts headprefect hipokrit. Akhirnya kau kahwin juga. Tak boleh dah nak buli kau lepas ni" Kata Zack sambil tepuk kuat bahu Shahaizul.

Shahaizul tayang muka geram. Dia terus serabaikan rambut hitam Zack. Nasib ramai tetamu yang dah beransur pulang. Yang tinggal hanya sahabat2 serta saudara mara sahaja.

"Sayang, cepuk dia ni. Dia usik aset mahal i!" Adu Zack gedik. Zana hanya buat tak tahu. Dia sibuk berbual dengan aku dan Mia. Edjaz di sebelah hanya tersenyum. Tak berubah perangai kau Zack. Nasib la Zana dapat tunang macam kau ni.

"Kau dah rasa nasi minyak aku. Nasi minyak kau bila pulak?" Shahaizul angkat kening kiri.

Zack betulkan suara.

"InsyaAllah. Tak lama lagi" Hanya itu yang dia jawab.

Zana tayang muka boring. Asyik bagi jawapan yang sama je. Tak lama lagi, tak lama lagi. Nak tunggu arwah dulu baru nak kahwin ke?

"You ni kan, cuba la bagi cadangan sikit untuk perkahwinan kita nanti. Ini asyik tak lama lagi tak lama lagi!" Bentak Zana geram.

Ah sudah. Mula dah dua orang ni.

"Okay sayang. Balik dari kenduri ni kita terus pergi cari barang kahwin. Okay?"

Terus ceria muka Zana. Siap kerdip-kerdip mata lagi pada encik tunang tersayang. Heee gedik minah ni.

The One [C]Where stories live. Discover now