Bab 16 - Confess kali kedua

1.4K 95 9
                                    

    Aizul menghampiri kaunter yang berhampiran dengan bilik Zack.

"Assalamualaikum nurse" Sapanya.

"Waalaikumussalam" Jawab nurse itu bersama senyuman.

"Saya nak tanya, ada nampak lelaki yang berpakaian serba serbi hitam tak dekat sini?"

"Em rasanya ada tadi. Dia lalu jela"

Aizul terdiam. Maknanya betul la apa yang Zack nampak tadi. Tak boleh jadi ni. Sampai ke sini dia cari Zack? Psycho teruk!

Aizul senyuman kepada nurse itu sambil mengucapkan terima kasih. Terus dia melangkah ke bilik yang ditempatkan Zack.

Pintu diketuk.

Tidak lama kemudian, terjengul wajah Firdaus disebalik pintu. Matanya memandang sekeliling.

"Bagi aku masuk dulu" Ujar Aizul. Firdaus sengih. Dia mengenjak sedikit memberi laluan kepada Aizul. Setelah itu, pintu dikunci semula. Cepat2 dia bergerak ke arah katil Zack.

Aizul pandang Zack yang nyenyak tidur. Wajahnya nampak tenang. Walhal dalam hati, tuhan sahaja yang tahu.

"Kau datang dengan siapa?" Soal Shahaizul yang baru keluar dari tandas.

"Comel. Aku tinggal dia dalam kereta"

"What?!" Shahaizul dengan Firdaus sudah ternganga. Boleh Aizul tinggal adik dia dalam kereta sorang2? Gila ke apa!

Aizul senyum sedikit. "Edjaz ada"

Shahaizul saling berpandangan dengan Firdaus.

Edjaz?

Dari dulu lagi mereka tertanya2, apa hubungan Edjaz dengan Comel ni? Couple kah? Takkan la. Edjaz mana pernah couple.

"Jangan pelik. Memandangkan Edjaz dah tahu adik aku tu suka dia, jadi tak salah kalau aku amanahkan dia untuk jaga Comel masa aku takde"

Sekali lagi ketua pengawas dengan ketua kelas itu ternganga.

"Serious doo?" Soal Firdaus tak percaya.

Anggukan Aizul sudah membuktikan bahawa perkara itu benar.

Firdaus tergelak kecil.

"Patutla haritu Comel datang kelas. Dia bagi Edjaz kfc masa Edjaz demam" Ujarnya.

Shahaizul sudah tersenyum. Entah kenapa dia rasa setuju bila Comel dengan Edjaz. Nampak sesuai sangat.

Aizul pula hanya tersengih. Dah agak. Dia nampak Comel berjalan kedek2 bawak kotak kfc tu. Dia nak tegur tapi bila nampak Comel pergi kelas 5A terus terbatal niatnya. Tahu dah dia nak jumpa siapa.

"Zack okay ke tadi?" Aizul tukar topik perbualan.

"Hm dia fobia tadi. Susah jugak la nak tenangkan dia" Balas Firdaus sambil perhatikan Zack yang sedang tidur lena.

Aizul mengeluh. Macam mana nak selesaikan masalah ni?

Telefon di poketnya berdering. Kelam kabut dia ambik. Kuat pulak tu bunyi. Dia perasan Zack mula bergerak. Terganggu mungkin. Terus dia masuk dalam tandas.

"Yes?"

"Aku bawak adik kau makan dekat kedai depan ni. Boleh?"

"Takpe ke? Aku risau lelaki tu ada"

"Memang ada pun. Dekat pulak tu. Dari tadi asyik perhatikan adik kau"

Mata Aizul membulat. Terasa sejuk 1 badannya. Adik aku....

The One [C]Where stories live. Discover now