Special Edition (4)

1.5K 96 29
                                    

   Setelah 4 bulan berkahwin, alhamdulillah rumahtangga aku dengan Edjaz berada dalam keadaan baik. Tiada lagi pergaduhan atau salah faham antara kami buat masa ni. Aku dengan Edjaz pula tidak menyimpan rahsia antara satu sama lain. Kalau ada masalah pun kami cuba selesaikan bersama. Kami cuba kekalkan cara ini untuk elakkan pergaduhan. InsyaAllah, semuanya baik2 sahaja.

Hari ni Edjaz cuti. Dia ajak aku keluar. Katanya dah lama tak dating macam dulu. Cehh. Nak throwback la tu kononnya.

Aku bersiap ala kadar. Takde semangat nak siap lawa2. Tak tahu kenapa. Badan pun rasa letih je. Sebenarnya aku nak tidur, tapi demi Edjaz aku gagahkan juga diri ni.

"Sayang, dah siap?" Soal Edjaz. Aku yang baru selesai pinkan tudung hanya tersenyum. Setelah itu, aku capai beg tangannya lalu keluar dari bilik bersama suami terchentaaa.


    Kereta dipandu dengan tenang. Tangan kanan Edjaz menggengam erat tangan aku. Aku lepaskan pegangan itu lalu mengusap paha Edjaz perlahan.

Edjaz sesak nafas. Aish bini aku ni. Ada jugak yang kena terkam kang.

"Sayang, dalam kereta pun jadi eh?" Kata Edjaz. Aku hanya sengih. Biar la. Janji halal hehe. 

Aku usap lembut paha Edjaz. Sengaja!

Edjaz cepat2 alih tangan aku dengan wajah yang merah. HAHAHAHA!

"Sayang tunggu la balik nanti. Abang ngap sayang!" Ugut Edjaz. Aku senyum senget. Ada ku kesah? 

Sedang aku asyik mengusik dia, aku rasa badan aku lenguh. Uhh ni mesti nak demam ni.

"Em abang, boleh tak kita pergi klinik dulu? Sayang rasa macam nak demam la. Baik pergi check awal2" Kataku.

Edjaz letak tangan pada dahiku. "Tak panas pun?"

Terus aku cubit pinggang dia. Eee la dia ni kang.

"Abang faham tak orang cakap 'orang rasa macam nak demam'? Tak demam lagi punnn" Kataku geram.

Edjaz tersenyum lalu usap pipiku lembut. "Sorry sayang. Abang cuma risau je. Abang tak boleh kalau tengok sayang sakit. Nanti abang pun akan sakit sekali"

Naaaa itu dia. Pabila si suami memujuk si isteri.

Aku tertunduk malu. Hati mula menggebu. Haih la Edjaz. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah tak sweet eheee.

***********

   Tepat pukul 10:15 pagi, kami tiba di sebuah klinik kerajaan. Fuhh orang. Sampai takde tempat duduk. Ada yang terpaksa berdiri. Huh macam mana ni.

Aku pandang Edjaz. Cuba mintak dia cari jalan lain.

"Kita pergi klinik swasta okay? Ramai sangat ni. Takut sayang tak selesa nanti" Cadangnya. Aku hanya mengangguk. Badan pun dah makin tak selesa ni.



Kereta kembali dipandu dan berhenti di sebuah klinik swasta. Apakk mewah klinik ni. Tak macam klinik langsung.

Aku terkebil-kebil memandang klinik itu sebelum tanganku ditarik oleh Edjaz. Kami masuk ke dalam. Kaunter dituju lalu kami duduk di kerusi menunggu.

Boleh tahan ramai manusia yang datang klinik ni. Yela. Klinik lawa kot. Siapa je tak tak berkenan.

Sedang aku sibuk berbual dengan Edjaz, aku nampak kelibat seseorang yang masuk dalam klinik itu.

Aku tergamam.


Cobra.




************


Aku tersenyum gembira sambil usap perut.


Anak Edjaz....


Ya. Doktor sahkan aku hamil 2 bulan. Edjaz tak henti2 mengucap rasa syukur tadi. Dia orang paling bahagia berbanding aku. Siap menangis lagi. Boleh la aku balas balik. CENGENG.


"Sayang, lepas ni kita shopping barang baby nak? Abang nak beli baju dia banyak2. Then kita pergi beli susu untuk baby dengan susu untuk sayang, lepas tu kita......."

Aku tersenyum sambil menggeleng melihat Edjaz yang tak henti2 bercakap itu. Semangatnya dia. Aku pun tak terfikir lagi nak beli barang baby semua tu sebab terlalu awal. Lain la kalau kandungan aku ni dah cecah 6/7 bulan. Ini perut pun tak nampak lagi. Adoii abang. Bawak la bersabar sikit. Nak shopping baju baby? Jantina pun belum tahu. Haih Edjaz Edjaz...

"Nanti laa. Awal lagi la abang" Kataku sambil usap pipi Edjaz. Laju saja dia menggeleng.

"No. Kita kena beli awal. Nanti barang baby habis"

Lol.

Aku tersenyum. Edjaz ni kan. Kalau dia cakap A,A lah. Takde B takde C.

"Okay. Apa kata kita beli barang untuk sayang dulu? Macam susu ibu mengandung ke, baju ibu mengandung ke. Mulai sekarang sayang tak boleh pakai seluar dah. Sian baby tersepit nanti" Aku tepuk perlahan perutku yang masih leper.

Edjaz tersenyum lebar. "Boleh sayang. Jom!" Edjaz tarik tangan aku namun aku enggan.

Edjaz pandang aku aneh. "Why sayang?"

Aku senyum lalu bergerak ke Cobra yang sedang berbual dengan telefon di luar klinik.

"Cobra" Sapaku lembut. Cobra yang perasan cepat2 matikan panggilan lalu pandang aku.

"Thanks sebab mintak kakak ipar awak rawat saya tadi. Saya orang paling last datang tapi saya yang dapat jumpa doktor dulu" Ujarku.

Dan baru ku, klinik ni milik abang Cobra. Patut la Edjaz bawa ku ke sini. Bila aku tanya Edjaz kenapa tak bagitahu aku pasal klinik ni, jawapan dia hanya 'dah sayang tak tanya'. Nasib suami. Kalau boyfriend, dah lama aku pukul dia dengan kasut.

Cobra hanya angguk sekali sebelum matanya turun pada perut ku.

"Berapa bulan?" Soalnya.

Uish macam mana dia boleh tahu? Perut aku leper lagi kot. Hebat betul mata dia ni.

"2 bulan" Jawabku bersama senyuman. Cobra angguk sekali.

"Awak dengan Ash bila pulak?" Aku mengusik. Dan aku perasan pipi Cobra sedikit memerah. Auchh dia blush guys hahahahahhaha.

"Hai bro. Long time no see. Ash mana?" Soal Edjaz yang baru muncul.

"Rumah" Jawabnya pendek. Ouh Ash kat rumah. Heh minah tu. Sejak2 dah ada Cobra ni terus lupa member ehh. Dasar loo.


"Kau dengan dia bila nak kahwin?" Kali ni Edjaz pula mengusik.

Lama Cobra mendiamkan diri.


"Next year"


Cobra pusing ke belakang lalu melangkah pergi.


Aku dengan Edjaz ternganga. Cobra nak kahwin dengan Ash? Tahun depan?

Arghhhhh!!!!!!




Guys, nak lagi ke? Kalau nak komen 'nak' and jangan lupa vote. Kasi semangat sikit author nak menulis. Nanti kalau ramai yang mintak, author akan buat part hari perkahwinan Ash dengan Cobra😝🌹

The One [C]Where stories live. Discover now