Bab 31

1.2K 79 12
                                    

    Malam itu, aku buat kerja rumah sambil tengok televisyen. Mataku hanya fokus pada televisyen. Buku matematik di hadapan masih tidak sentuh.  Ada la sentuh sikit tadi.

"Adik, buat kerja tu dulu" Tegur abang Aizat yang baru muncul bersama Aizul. Aku yang perasan terus kelam kabut buat. Dengan Aizat jangan main2 ya. Dia tegas orangnya.

Aizul duduk di sebelahku.

"Need help?"

Aku geleng. Latihan yang diberi takde la banyak sangat pun. Kejap je boleh siap ni. Tapi tula, televisyen melambatkan kerja aku untuk siap hahaha.

"Esok abang nak pergi airport. Nak ikut?" Soal Aizul lagi.

Dahiku berkerut. Airport?

"Buat apa kat sana?"

Aizul senyum.

"Kan abang ada kawan dari luar negara. Dia nak datang sini"

Ouh begitu.

Ok Aizul ni betul2 famous sampai ada kawan dari luar negara. Cemburunya aku huaaa.

"Nak ajak Mia boleh? Sebab dia kan nak tumpang rumah kita nanti"

Ya. Mia minta untuk tumpang rumah aku 4 hari kerana keluarganya terpaksa pulang ke kampung. Ada emergancy case. Memandangkan dia bersekolah jadi dia tak boleh ikut sekali.

Aizul hanya angguk.

"Pukul 8 esok kita pergi. Kita pergi ambik Mia dulu then baru pergi airport. Nanti adik sunyi pulak kat sana"

Aku angguk setuju. Tak sabar!

Kerja rumah yang masih tinggal separuh cepat2 aku habiskan. Walaupun esok cuti, aku lebih suka buat awal2. Boleh relax. Nanti takde la kelam kabut nak siapkan.

*********

   Keesokan paginya, aku bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi ke airport. Nanti kalau nak bersarapan dekat sana confirm penuh. Tambah2 lagi hari ni hari Sabtu.

"Abang, makan" Pelawa ku pada abang Aizat yang baru muncul bersama pakaian sukan.

"No thank you. Abang nak pergi joging dengan kawan"

Ouh joging. Haih dah slim pun still nak berjoging?

"Minum la sikit Aizat" Tegur ibu.

Aizat menghabiskan secawan milo....

WEI MILO AKU!!

"Abang!!!"

Habis bergegar satu rumah dengan jeritan aku.

Berani dia habiskan milo kesayangan aku?!! Huaaa penat aku bancuh!!!

**********

    Suasana di airport tersangatlah sesak. Pelbagai jenis kereta mewah keluar masuk kawasan itu. Aizul pula sudah picit dahi. Mana nak cari parking oiii.

Setelah penat berpusing, baru lah jumpa parking. Alhamdulillah.

Fuhh boleh tahan airport ni. Dah macam shopping mall. Sesak!

Aizul membetulkan urat sarafnya. Lenguh mungkin. Aku di sebelah pula mengurut lembut bahunya. Kesian abang aku ni penat memandu.

"Dah. Thank you" Ucapnya mesra.

Aku hanya tersenyum.

Setelah itu, kami pun masuk ke dalam. Fuh manusia. Macam2 jenis. Ada kulit putih ada kulit hitam. Nasib tak warna warni macam pelangi.

"Beb, jom pergi beli gula2" Ajak Mia. Aku setuju. Selepas mendapat kebenaran dari Aizul, kami berlari2 anak ke arah sebuah kedai yang berdekatan dengan Aizul yang duduk di bangku menunggu. Tak boleh jauh2. Kang sesat nanti.

Pelbagai jenis gula2 terbentang di hadapanku. Memandangkan aku dah lama tak makan, jadi aku borong banyak2. Bukan nak makan sekaligus eh. Nak buat stock je kat dalam bilik tu hehe.

"Excuse me miss. Your purse" Aku perasan ada seseorang menepuk bahu aku. Pantas aku menoleh dan.......

Aku terbeliak.

Reno.

**********

Aku mengelap sisa air mata yang masih berbaki. Tak guna. Pagi2 lagi dah buat drama air mata.

"Better?" Soal Reno di sebelah. Aku tersenyum sambil angguk perlahan. Mia pula masih blur. Mamat anime mana ni? Dia cosplay ke?

Terima kasih Ya Allah sebab ketemukan aku dengan manusia yang telah menyelamatkan ku.

Aku rasa macam nak sorok je muka ni dalam baju. Entah macam mana aku boleh peluk si mamat Jepun tu tadi. Dia pulak dah telan air liur. Awkward. Nasib Mia cepat2 sedarkan aku, kalau tak...

"What are you doing here?" Soalku.

Belum sempat Reno menjawab, seseorang datang menyampuk

"Eh Comel. Buat apa dekat sini?" Nazril muncul.

Aku yang masih blur cepat2 menghadiahkan senyuman pada Nazril.

"Saya teman Aizul. Dia nak ambik kawan dia" Jawabku.

Nazril terangguk2.

"Reno, awak pergi mana? Lama saya tunggu awak. Saya nak ucap terima kasih dekat awak sebab dah selamatkan saya" Aku mulakan bicara setelah mendapat kekuatan. Sumpah aku rasa nak jerit satu airport ni. Dia punya bahagia tu fuhh.

Sudah hampir sebulan aku tunggu dia dan akhirnya harini dapat jumpa. Syukur alhamdulillah! Memang tak sia2 aku ikut Aizul datang sini. Ada hikmahnya.

Reno masih loading dengan kata2 ku. Okay aku lupa dia ni mamat Jepun. So agak sukar untuk dia fahamkan ayat aku.

"I kerja" Jawabnya sepatah.

Kerja? Hm dia kan model. Mesti busy teramat kan? Takpe la. Dapat jumpa hari ni pun aku dah bersyukur sangat2.

"Btw Comel, Reno datang sini sebab pihak polis nak siasat dia pasal kes Danial tu"

Lah tak settle lagi?

Hey kau ingat kes bunuh ni kes ringan ke?

"Then dia nak pergi lawat Danial dekat pusat pemulihan akhlak tu"

Ya. Memandangkan Danial masih bawah umur jadi dia terpaksa diletakkan di pusat pemulihan akhlak. Bila dia dah cukup umur nanti mungkin pihak polis akan pindahkan dia dalam penjara.

Aku angguk faham.

"Awak stay sini berapa lama?"

"1 week"

Wow. Lamanya! Muncul pelbagai idea dalam otak aku hehe...

"Oh lupa nak kenalkan. Ini Mia. Kawan saya" Aku baru teringat Mia di sebelah yang macam tiang elektrik. Kesian dia tak dilayan hahaha. Tula teruja sangat dapat jumpa Reno sampai lupa member dekat sebelah. Kejam betul aku.

"Hai" Sapa Mia ramah.

Reno tunduk sikit sebagai tanda pengenalan. Ala macam orang Jepun selalu buat tu.

"Reno Yamada" Ujar Reno mesra.

Mia pula sudah tersipu malu. Eleh aku hempuk jugak minah ni kang. Pantang nampak lelaki handsome. Mula la jadi kucing.

"Adik" Kami berempat pandang serentak ke arah Aizul bersama seseorang di sebelahnya. Hm not bad muka dia. Dia punya handsome tu biasa2 je. Dari mana mamat ni?

"Eh, Reno.." Aizul sudah ternganga.

Reno bangun dari bangku bersama senyuman. Sekali lagi dia menunduk sebagai tanda pengenalan. Tanpa sebarang kata, Aizul terus peluk tubuh  Reno dengan erat. Masih terbit rasa bersalah dalam dirinya sebab tumbuk Reno haritu. Sedangkan Reno dah selamatkan nyawa adik dia. Ya Allah aku rasa bersalah...

"I'm sorry Reno.." Ucap Aizul perlahan.

Reno masih lagi dengan senyumannya. Bahu Aizul diusap perlahan. Dia faham perasaan Aizul ketika itu. Perasaan risau dan sayang terhadap adiknya, Comel.

Aku yang menjadi pemerhati hanya tersenyum. Syukur alhamdulillah. Baru tenang hidup aku lepas dapat jumpa Reno, si penyelamat nyawaku...



The One [C]Where stories live. Discover now