Bab 20 - Bongkar

1.3K 85 8
                                    

     Aku menangis semahu-mahunya di lutut. Teringat pemakaian Danial yang serba-serbi hitam bersama mask itu membuatkan aku rasa ingin meraung sekuat hati. Teringat pulak Zack cakap yang lelaki ini mahukan aku. Apa sebabnya aku pun tak tahu.

Jadi betul la dia yang tikam Zack? Dia sengaja gunakan Zack untuk dapatkan aku memandangkan Zack satu sekolah dengan aku? Tak guna. Kesian Zack. Bodoh punya jantan!

Aku pun tak tahu aku dekat mana sekarang ni. Yang aku ingat masa aku cuba nak pecahkan tingkap kereta Danial tadi, Danial berhentikan kereta dia lepastu lempang aku banyak kali sampai pengsan. Sial kan perangai dia?

Aku pandang sekeliling bilik itu. Ni bilik Danial ke? Takkan kemas macam ni?

Pintu bilik dibuka kasar. Terkejut aku dibuatnya. Memang tak sayang pintu bilik ke mamat ni?

Danial menapak masuk bersama segelas air kosong. Dan diikuti dengan 3 orang rakannya. Mataku membulat memandang Nazril yang sudah berubah 360°. Dulu dia kemas, rambut pendek. Dan sekarang..dia dye rambut?! Dan bertindik.

Gila.

"Bangun pun kau. Ingat mampus dah tadi" Ujar Danial kasar.

Aku mengesot ke tepi saat Danial duduk di sebelahku. Tangan dan kaki aku diikat menyukarkan aku untuk bergerak. Kalau boleh ikat ketat lagi. Biar putus tangan aku ni ha! Kutuk ku dalam hati. Sakit siot tangan aku. Takde hati perut betul jantan ni.

"Kau nganga" Pipiku dicengkam kuat. Ingat tak macam mana Danial cengkam  Zack? Macam tu jugak la dia cengkam pipi aku tanpa belas kasihan.

Aku menangis. Terseksa dengan layanan Danial. Dah la sakit dia cengkam pipi ni, lepastu dipaksa minum pulak. Aku tersedak. Air itu melimpah sehingga masuk ke dalam hidung aku. Ya Allah...

Danial puas melihat aku yang basah dengan air kosong itu. "Kau settle dia" Arahnya pada Nazril. Nazril hanya diam. Dia nampak macam takde perasaan. Lagi 2 orang rakannya ikut Danial. Kini, hanya aku dan Nazril saja dalam bilik ini.

Nazril menghampiri aku. Dia cuba untuk sentuh pipi aku namun aku pantas mengelak. Jijik!

Nazril mengeluh.

"Lama aku cari kau. Dekat sekolah Aizul rupanya"

Aku kerut dahi. Macam mana dia boleh kenal Aizul? Dia ni stalker ke?

"Jangan pelik. Aizul tu famous. Aku ada follow dia dekat ig. So aku tahu pasal dia. Tak sangka kau ni adik dia"

Aku diam. Oh begitu. K.

"Kenapa korang culik aku? Tak cukup lagi ke dengan apa yang korang dah buat dekat aku tahun lepas?!" Tengkingku berani. Lelaki macam diorang ni tak layak cakap lembut2. Kita buat baik dengan dia, dia bagi taik dekat kita.

Nazril mengeluh. "Sebenarnya aku tak berapa setuju sangat dengan cadangan Danial ni. Dia nak culik kau, nak seksa kau sampai puas. Sebab..."

Aku menunggu dengan sabar.

"Lepas kau pindah sekolah, Danial ada couple dengan sorang perempuan ni. Nama dia Hana. Tak lama pun diorang couple, baru nak dekat sebulan. Then kecoh 1 sekolah, Hana mati kena tikam. Danial bengang sangat. Dia tekad akan cari siapa yang bunuh awek dia. Then kau ingat Jasnita?"

Aku angguk sekali. Dahsyat betul cerita dia ni. Hilang segala sakit yang aku rasa tadi.

"Jasnita tuduh kau yang bunuh Hana. Kononnya kau dendam dengan Hana sebab couple dengan Danial. Padahal, dia sendiri yang bunuh Hana tu. Yes, Jasnita..kawan kau tu yang bunuh Hana. Atas sebab dengki. Dia memang nak Danial tu lama dah. Dia ingat lepas kau berambus dari sekolah tu dia dapat tarik perhatian Danial, tapi tak dapat. Sebab Danial dah couple dengan Hana. Yang Danial pun percaya cakap Jasnita bulat2 sebab Danial kan anti dengan kau. Kau buat silap sikit pun dia dah angin. Apatah lagi bila dapat tau kau yang bunuh Hana. Danial sedaya upaya cari kau melalui ig, facebook dan sebagainya. Sampai la dia jumpa ig abang kau, Aizul. Then dia nampak ada gambar kau dalam ig Aizul. Dia stalk lagi. Then ada satu gambar Aizul dengan kau pakai baju sekolah. So dia tahu kat mana Aizul dengan kau sekolah. Dia datang sekolah korang, dia cakap dekat guard nak bagi barang dekat adik. Padahal nak cari mangsa yang boleh tolong dapatkan kau. Mangsanya adalah Zack. Dia kenal Zack pun melalui ig sebab Zack kan famous jugak. So dia gunakan Zack untuk dapatkan kau. Now, Danial dah dapat kau setelah berbulan dia cari kau. And aku tak tahu apa dia akan buat dekat kau lepasni. Maybe dia nak bunuh kau balik? Dia nak macam mana Hana mati, macam tu jugak kau mati"

Aku terkejut beruk. Terasa badanku mula lembik seperti jelly. Aku tidak bermaya.

Penerangan yang cukup jelas.

Kini, semua persoalan sudah terjawab. Siapa yang tikam Zack, apa tujuan lelaki tu cari aku. Rupanya ini tujuan dia. Nak balas dendam atas kematian kekasihnya. Walhal bukan aku yang bunuh Hana. Aku hanyalah mangsa keadaan yang difitnah oleh manusia yang dengki. Dan sekarang, aku sudah ada dalam genggaman Danial. Macam2 dia boleh buat dekat aku. Zack pun dia berani buat apatah lagi aku. Memang aku takkan selamat.

Sumpah, aku rasa macam nak jerit sekarang ni. Dugaan apa lagi ni Ya Allah...

Aku menunduk. Mama...Comel nak mama..Comel nak minta ampun dekat mama. Comel nak minta ampun dekat semua orang. Comel takut Comel tak sempat jumpa mama, papa, abang Aizat, abang Aizul.

Air mata aku mula menitik.

Aku dapat rasakan yang ajalku makin menghampiri. Mungkin hari ni, mungkin esok, atau hari seterusnya.

Aku pejam mata. Maafkan aku Ya Allah..

Maafkan aku semua....

The One [C]Where stories live. Discover now