Bab 21 - Edjaz risau?

1.3K 87 16
                                    

Jam di dinding aku pandang sekilas. Pukul 11:50 malam. Lagi 10 minit nak pukul 12. Dan aku tahu, pasti keluarga aku akan buat report polis nanti.

Aku merenung ke luar tingkap. Bintang2 yang bertaburan di langit menjadi tatapan aku. Angin malam menyapa lembut wajahku.

Aku dah macam orang gila. Termenung sorang2. Kadang aku tersenyum sorang2 bila teringat moment2 indah dengan keluargaku, dengan rakan2 ku, dengan Edjaz.

Senyumanku mati. Edjaz?

Mataku bergenang. Edjaz, saya rindu awak...

Aku membiarkan air mataku mengalir. Nak lap tak boleh. Tangan kena ikat. Dan aku takde tenaga untuk bergerak. Dari petang tadi aku tak makan. Last aku makan pun masa breakfast dekat rumah. Cadangannya lepas lawat Zack aku, Mia dengan Zana nak pergi makan dekat seoul garden. Tapi tulah. Takde rezeki...

Apa boleh buat, hanya doa saja yang mampu aku lakukan.

Aku dikurung dalam bilik yang sunyi. Ibarat seekor kijang yang bakal dibaham oleh seekor harimau. Fuh pepatah apa ni. Ah lantak la. Aku cuba nak fahamkan situasi aku sekarang ni. Betul la kan, aku ni hanya mangsa yang bakal diseksa tak lama nanti. Atau mungkin, bakal di'matikan' oleh Danial.

Keluhan berat dilepaskan. Kalau la aku ikut cakap Edjaz tadi, dah tentu aku selamat sampai rumah. Dan tak mungkin aku ada di sini. Aku terlampau ikutkan ego dan kemarahan aku sampai lupa yang aku sedang diburu oleh seseorang. Aku cuai. Aku sendiri yang bawak diri aku datang sini. Kalau aku tak masuk kereta Danial tadi dah tentu aku selamat.

Tak semena2 air mata aku mengalir untuk kali ke berapa pun aku tak pasti. Banyak sangat aku menangis harini. Mengenang nasib diri. Menangis sebab rindu keluarga aku pun ye. Bukan keluarga je. Kawan2 pun aku rindu. Termasuk Edjaz.

Aku gigit bibir. Langit yang gelap itu aku pandang dengan air mata yang mengalir macam sungai. Selamatkanlah aku Ya Allah....

**********

"Terima kasih encik" Ucap Dato Zaim. Dia mendapatkan isterinya yang masih tak henti menangis dalam pelukan Aizat.

"Rina, sabar ya? Pihak polis akan cari anak kita sampai jumpa" Pujuknya. Datin Arina mengendahkan. Dia mahu anaknya sekarang jugak.

Aizul pula bersandar di bonet kereta sambil termenung jauh. Pelbagai benda negatif bermain di fikirannya. Adakah Comel sudah ditangkap oleh lelaki misteri itu? Adakah Comel masih hidup?

Aizul pejam. Dia tidak henti menyumpah dirinya. Abang yang teruk, abang yang tak reti jaga adik, abang yang pentingkan diri, abang yang cuai!

Dengan perasaan geram, Aizul menumbuk bonet kereta papanya dengan kuat. Kemik wehh. Kuat betul dia. Habis remuk sikit bonet kereta Dato Zaim.

Aizul tak peduli. Kereta remuk boleh dibaiki dan diganti baru, hatinya yang remuk? Heh. Tunggu sampai Comel balik baru elok.

**********

EDJAZ berdiri di balkoni biliknya. Angin malam menyapa wajahnya menyebabkan rambutnya beralun lembut. Dia pandang bintang di langit.

Comel dekat mana sekarang ni?

Comel dah makan ke?

Comel mesti rindu nak kacau Edjaz kan?

Edjaz tersenyum sendiri. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh risaukan comel sampai macam ni sekali. Padahal dia dengan Comel baru je kenal. Tapi, dia rasa macam dah kenal lama. Dengan sikap ramah comel, dengan sikapnya yang garang dan manja itu. Buatkan dirinya menjadi selesa dengan Comel. Dia sudah mula sukakan Comel kah?

The One [C]Where stories live. Discover now