Special Edition (1)

1.8K 88 6
                                    

     "Aku terima nikahnya Comel Qismiena binti Dato Zaim Hanafi dengan mas kahwinnya sebanyak Rm30,000 tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulilah"

Aku menitiskan air mata. Syukur Ya Allah. Tak sangka aku dengan Edjaz dapat bertahan sampai fasa perkahwinan ini. Sepanjang aku menjadi tunangnya dalam usia muda pelbagai cabaran dan dugaan yang kami terima. Tetapi tidak terlalu banyak cabarannya. Biasalah, aku masih budak. Masa aku umur 18 tahun, aku jadi tak senang duduk asyik memikirkan hal perkahwinan. Edjaz pula sibuk dekat universiti. Aku selalu fikir negatif. Aku cakap dia tak kesah pasal aku la, tak nak kahwin dengan aku la. Padahal dari awal2 aku jadi tunang dia lagi dia pernah pesan supaya jangan bangkitkan apa2 hal perkahwinan dalam usia muda ini. Tunggu sampai dia habis belajar. Aku bersabar dan terus bersabar sampai lah..aku selamat menjadi isterinya dalam usia 21 tahun ini. Dan Edjaz sekarang berumur 22 tahun. Dia hanya belajar bidang perniagaan memandangkan abah melantiknya sebagai pengurus syarikat di Shah Alam. Jadi dia hanya belajar selama 4 tahun. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Aku tersenyum lega. Mulut tak berhenti rasa syukur.

Lamunan ku mati apabila Edjaz mula bergerak ke arahku. Okay. Masa untuk pembatalkan air sembahyang.

"Jangan lupa senyum!" Kata Firdaus sebagai photographer tak berbayar. Begitu juga rakan yang lain. Penuh rumah aku sampai takde ruang nak duduk. Photographer yang diupah juga terpaksa menyelit di celah2 rakanku. Siapa yang kena upah sekarang ni?

"Hulur tangan tu sayang" Bisik mama lembut. Aku pandang Mia, Zana dengan Ash di sebelah. Aku harap diorang rasa apa yang aku rasa sekarang. Nervous wei!

Terketar-ketar tangan aku saat Edjaz menyentuh tanganku lembut.

"Nervous ya sayang?" Usik Edjaz nakal. Ishhh dia ni. Nanti2 laa nak mengusik pun. Dalam bilik ke. Eh?

Cincin berlian bentuk love itu selamat dipasang pada jari manisku. Aku tersenyum melihat cincin itu. Cantik!

Kemudian, aku cium tangan Edjaz penuh hormat. Aku dapat rasa tangan kiri Edjaz memegang lembut kepala ku. Cahaya2 dari camera mula memancar. Silau mataku dibuatnya namun aku hanya sabar.

Setelah selesai, giliran aku pula sarung cincin silver tebal yang terukir nama aku dengan dia. Edjaz tarik dagu aku lalu mencium lembut dahi aku. Aku pejam mata. Tenang....

"Fuyoooo Edjaz kiss Comel!"

"Wowoww sweetnya pengantin ni"

"Alaaa kenapa kat dahi?!"

Edjaz jarakkan bibirnya dari dahi aku sebelum menoleh ke arah Zack.

"Sabar. Kalau dekat bibir tunggu dalam bilik nanti" Edjaz senyum senget.

"Woooooo!!!"

Heeee boleh buat dia balas macam tu. Aku menunduk dengan pipi yang memerah. Segan para tetamu tak berhenti mengusik. Mia, Zana dengan Ash juga tak terkecuali. Siap cuit pinggang aku lagi. Aku hempuk dengan kuali kang baru tau.

"Adat la tu sayang. Lepas ni takde dah" Bisik ummi lembut. Aku hanya senyum. Yelah. Adat la tu mengusik. Lepas ni tak rasa dah. Aku pasti akan rindu moment hari ni uhuhu.

********** 

"Senyum!" Arah photographer. Aku senyum semanis mungkin sambil bertentangan mata dengan Edjaz. Dadanya aku sentuh lembut. Tangan Edjaz pula memeluk kemas pinggang ramping aku.

The One [C]Where stories live. Discover now