Bab 4 - Kantoi

1.9K 108 2
                                    

Pagi tu aku bersiap dengan lebih awal. Jam di dinding aku kerling sekilas.

6:45 a.m.

Awal lagi. Lepak dulu la.

Kerusi di meja makan aku tarik. Mama kelihatan terkejut melihat kehadiran aku.

"Eh princess mama. Awalnya?" Soalnya. Aku buat muka. Dah agak. Mesti kena perli huh.

"Saja siap awal" Balasku pendek. Mama menghulurkan segelas milo panas kepada ku. Minuman kegemaran ehehehe.

Sementara menunggu yang lain, aku belek telefon. Ig dibuka. Banyak mesej dari rakan2 ku. Ada 1 mesej dari rakan karibku, Zana. Aku buka mesejnya itu.

Erk?! Dia bagi gambar Edjaz?

Mana dia dapat?? Macam mana dia boleh ada gambar Edjaz?? Dia suka Edjaz ke??

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mana dia dapat?? Macam mana dia boleh ada gambar Edjaz?? Dia suka Edjaz ke??

Laju sahaja aku mendail nombornya. Call terus. Senang!

Tak sampai berapa saat dia dah jawab call aku.

"Hello!" Jerit ku kuat. Pandangan pelik dari mama aku endahkan.

"Ee kau ni kenapa jerit2? Gila?"

"Explain now!"

Aku dengar Zana ketawa kecil di hujung talian. Apa yang lawak?

"Cepatlah!" Desak ku lagi

"Okay chill. Kau patut bersyukur aku dapat gambar dia. Bukan senang tau nak dapat"

Aku putarkan mata ke atas. Lambat la dia ni.

"Cepatlah Zana" Sumpah aku tak boleh sabar

"Aku dapat ig dia"

Aku ternganga. Serious ah??? Aku terus bangun dari kerusi lalu berlari ke ruang tamu saat ternampak kelibat Aizul dengan Aizat yang baru turun dari bilik mereka. Taknak diorang dengar. Nanti mula la fikir bukan2.

"Haa explain!"

"Kau ni lembab la. Lupa ke pengawas sekolah kita ada ig? Edjaz kau tu pengawas kan? Of course ig dia ada sekali"

Aku terdiam. Ye tak ye jugak kan? Tapi, aku tak follow pulak ig pengawas2 sekolah aku tu.

"Apa ig dia?" Perlahan sahaja suara ku. Sambil2 tu aku pandang ke arah meja makan. Nampak abang Aizul yang masih tak putus pandang aku. Eii sibuk je la dia ni.

"Ig dia....."

"Okay thanks. Jumpa kat sekolah nanti!" Ujarku gembira. Setelah mematikan talian, aku tersenyum lebar.

Yes! Akhirnya dapat jugak.

"Tu duk tersengih apa lagi tu? Makan cepat. Nanti lambat" Senyumanku mati saat terdengar suara sumbang dari arah dapur. Siapa lagi kalau bukan Aizul si jejaka hot. Hot la sangat. Kat sekolah memang macam anak yang soleh, tapi kat rumah? Macam anak hantu.

The One [C]Where stories live. Discover now