Bab 36 - Blush

1.3K 89 7
                                    

    Tiba masa yang dinantikan, hari di mana para pelajar menyertai lawatan ke Pulau Langkawi bersama guru2 yang lain.

Aku lah manusia paling excited. Dah lama kottt tak berjalan jauh. Memandangkan aku dengan Aizul masih bersekolah jadi agak sukar untuk mama dengan papa bawak pergi bercuti. Tunggu lah bulan 12 nanti. Aku nak tawaf satu dunia ni muahahahaha.

Luggage pink lembut dalam bonet dikeluarkan oleh Aizul. Tangan kiri dia mengangkat luggage hitam miliknya manakala tangan kanannya mengangkat luggage pink milik aku. Heh dia kan lelaki. Captain ragbi pulak tu. Angkat satu tangan je. Hashtag, abang aye sado hahahahaha.

Aku lihat suasana di stesen keretapi. Ramai pelajar tingkatan 4 dengan tingkatan 5 yang mula memenuhi ruang menunggu. Tingkatan 1 hingga tingkatan 2 punya lawatan pada minggu depan. Taknak buat sekaligus sebab terlalu ramai. Jadi terpaksa diasingkan.

Jam di tangan kiriku dikerling sekilas. Sudah pukul 11:45 malam. Time ni aku dah tidur dah.

"Oitt!"

Aku terkejut dengan sergahan itu. Pantas aku menoleh ke belakang.

Zana senyum dengan muka tak bersalah. Minah ni kan..

Aku perasan Mia dengan Ash takde dengan dia. Hm tak sampai lagi kot. Atau mereka pergi mana2.

"Jom teman aku jumpa Zack. Kau tolong jadi photographer aku. Cepat!" Tanpa menunggu balasan aku, Zana terus menarik lenganku yang berlapik dengan sweater hitam. Malam2 macam ni memang sejuk. Dan aku tahu, dalam keretapi nanti mesti lagi sejuk. Macam duduk dalam peti ais!

Tiba sahaja di kawasan yang sedikit tersembunyi, Zana melepaskan tangan aku. Aku nampak Zack sedang bersandar di dinding sambil main phone. Tengah tunggu kitorang kot.

"Woi!" Jerkah Zana sampai tampar bahu Zack kuat.

Aku terkejut beruk. Gila ah Zana ni. Dia buat Zack tu macam member dia pulak. Kesian Zack. Dia kelam kabut sambut phone dia yang yang hampir jatuh tadi. Lepastu dia urut bahu dia. Bisa woii tamparan wanita ni.

"Jom ambik gambar!" Zana tarik tangan Zack. Minah ni memang suka main tarik2 tangan orang eh?

Zana hulurkan iphonenya padaku. Dan aku dengan muka tak relanya ambik gambar diorang. Tapi tetap lawa okay aku ambik gambar diorang. Zana siap puji lagi.
"Nice picture!" Ujar Zana teruja. Zack intai sedikit gambar yang tertera di skrin iphone Zana. Not bad. Janji aku handsome dekat situ.

"Now. Your turn" Zana senyum senget.

Hah? Turn aku?

"TAKNAK!" Aku sudah meraung saat badan aku diheret oleh Zana menuju ke arah Edjaz yang sedang berbual dengan rakan2 nya. Weii aku perlukan Aizul sekarang ni. Eh takkk. Dia pun sama naik je dengan akal sewel Zana ni.

"Hai Edjaz. Ni, budak comot ni ajak awak ambik gambar"

WHAT?!

Edjaz memandang aku dengan wajah tak berperasaan. Macam selalu.

Kawan2 dia yang lain sudah mula mengeluarkan bunyi sumbang. Faham2 la sendiri.

"TAKNAK!" Aku jerit sekuat mungkin. Sambil2 tu aku meronta2 untuk lepaskan diri aku dari Zana. Peduli apa aku kawan2 Edjaz sedang ketawa mengekek padaku.

"Uhh sukar dibendung lah baby girl awak ni Edjaz" Zana sedaya upaya menahan badan aku dari terus melarikan diri. Aku dah melompat2 dari terus dipeluk Zana. Dasar minah ni.

Eee geli telinga aku dengar perkataan 'baby girl' tu.

"Liatnya budak ni..." Aku dengar seseorang berkata. Firdaus rupanya. Mereka yang lain masih tak henti ketawakan aku. Apa yang lawak?!

Mungkin pada pandangan mereka aku ni seperti beruk yang cuba melepaskan diri dari kena ikat. Grr..

"Chill la Comel. Bukan selalu. Tahun depan Edjaz takde dah"

Mendengarkan kata2 dari ketua pengawas itu terus buat aku berhenti meronta. Hati kembali sayu. Haah la, tahun depan Edjaz takde dah. Aku menunduk. Sedih...

Zana senyum melihat aku. Reti pun duduk diam.

"Now, senyum" Zana memaksa aku untuk senyum menggunakan jarinya. Bibirku ditarik ke tepi. Eee sumpah hodoh.

Edjaz pula hanya diam berdiri di belakang aku. Cepatla yang oi, abang tak sabar nak tengok gambar kita berdua.

Aku dengan malasnya berdiri di sebelah Edjaz. Senyuman paksa aku ukirkan.

"Comel, senyum la elok2" Marah Zana.

Aku tarik nafas.

Aku senyum gigi seperti mana Edjaz buat.

"Rapat la sikit bro" Amirul tolak badan Edjaz ke arahku menyebabkan badan aku bertemu dengan badannya. Eee apa main tolak2 ni? Aku puk baru tau!

"Okay senyummmm" Ujar Zana.

Edjaz menunduk memandang aku. Hal itu membuatkan aku turut mendongak memandangnya.

Dia senyum ke arahku. Aku pula sudah tayang muka cuak. Adehh dia ni. Dah kenapa senyum2 kat aku.

"Fuyoo candid bhai!" Usik Zack yang baru muncul. Di tangannya masih memegang erat lengan Aizul yang nampak macam tak rela je. Mesti Zack paksa dia suruh datang sini.

Aku sudah tertunduk. Aisehh...ini yang aku lemah ni. Duduk dekat2 dengan buah hati terchentaaa. Asyik nak tunduk jeee.

"Hei" Edjaz tolak dagu aku ke atas menggunakan ibu jari dengan jari telunjuknya. Anak matanya menikam lembut ke dalam mataku. Aku amati wajah kacaknya. Dengan pandangan redupnya, bibir yang sedikit tersenyum. Senyuman menggoda.

Sumpah aku cair.

"Wooo woooo!"

"Pewittt!"

"Fuyooo"

Dan macam biasa, akan ada pasukan pesorak yang tak jemu2 dan tak pernah penat bersorak untuk aku dengan Edjaz.

Shahaizul pula sedaya upaya menahan tubuh Aizul dari terus menerkam Edjaz. Adik aku woi!

Aku turunkan tangan Edjaz perlahan2 lalu aku menunduk. Aku pegang kedua2 pipi aku. Panas!

"Omg guys, she blush!" Jerit Zack. Maka, sekali lagi aku terima sorakan yang lebih hebat dari yang tadi. Zana pula dalam diam merakam detik2 itu. Bukan selalu hehe.

Adehh mana nak sorok muka ni.

Nampak sahaja lengan Edjaz yang dibaluti hoodie hitam itu terus aku tarik menutupi wajahku.

Kini, giliran Edjaz pula menunduk bersama senyuman. Dia malu.

"Auchh Edjaz malu guys!" Tambah Zack lagi.

"Woii! Adik aku tuu!" Jeritan Aizul menambahkan lagi suasana riuh di kawasan itu.

Aku tersenyum di sebalik lengan Edjaz dengan pipi yang masih panas.

Edjaz turut tersenyum. Bahagia...

The One [C]Where stories live. Discover now