Ash termenung di mejanya. Otaknya ligat memikirkan hal kelmarin.
*Flashback*
Cobra merenung lama anak mata hitam pekat milik Ash sebelum pandangannya jatuh ke bawah.
Ash menunduk. Perlahan-lahan dia tanggalkan hoodie itu. Yang tinggal hanya t-shirt hitam nipis. Dia letak hoodie itu di sebelah lalu menunduk. Dia tahu Cobra sedang merenungnya.
"Kenapa kau tak cakap kau perempuan?" Kata2 Cobra membuatkan Ash mengangkat laju mukanya. Dia nampak mata Cobra tak lepas memandang dadanya dan....
Pang!
"Sial kau jantan. Pervert! Tolonggg!" Ash menjerit namun cepat2 Cobra menutup mulut dia menggunakan tangan kirinya. Tangan kanannya pula masih melekap di pipi. Betul la orang cakap, tamparan wanita memang berapi. Kebas pipi dibuatnya.
"Kau fikir aku nak rogol kau ke bodoh?!" Suara Cobra mula meninggi. Terdiam Ash dibuatnya. Mata ular itu membuatkan dirinya menggeletar. Pertama kali dia rasa begini. Lebih2 lagi dengan lelaki.
"Kau. Tunggu. Sini" Satu persatu perkataan disebut sebelum dia keluar dari bilik privasi itu. Ash masih terkebil-kebil. Dia pulak marah aku? Patutnya aku yang marah dia! Dia cuba nak apa2 kan aku! Dasar jantan tak gunaaa!
Tidak lama kemudian, muncul seorang gadis yang berpakaian seperti doktor. Dia menghampiri Ash.
"Maaf ya dik. Tuan ingat adik ni lelaki. Dia cuma salah faham. Maafkan dia ya? Lagipun niat dia baik. Dia cuma nak tolong rawat adik" Ujar gadis itu ramah.
Ash kerut dahi. Tuan?
"Dia boss ke?" Soal Ash. Gadis itu geleng.
"Then kenapa panggil dia Tuan?"
"Sebab tu memang nama dia. Tuan Jafni Anaqi"
Ash angguk faham. Unik gila nama. Nampak sangat anak orang kaya.
"By the way akak ni kakak ipar dia. Nama akak Farhana. Klinik ni, abang dia yang punya. Tapi Qrizani takde dekat sini. Dia ada urusan dekat luar negara. Jadi akak yang tolong handle klinik ni"
"Qrizani?"
"Yup. Nama suami akak. Tuan Qrizani Syafikie"
Ash terangguk-angguk. Sangat unik nama dua beradik ni. Pandai mak dia bagi (author la tu HAHAHA)
"Ouh ya. Sakit dekat mana? Mari akak rawat"
Ash baru tersedar. Terus hilang rasa sakit dia lepas berdepan dengan ular tedung tu. Kau guna minyak guna2 ke Cobra? Sampai aku yang dingin dengan lelaki ni boleh ajak kau bersembang. Tapi malangnya kau tak layan huhu buduh betul kau ni.
Farhana mula jalankan tugas dia. Dia merawat Ash dengan berhati-hati memandangkan tangan kanan Ash tidak boleh bergerak. Jangan la patah. Kesian budak ni.
Setelah hampir satu jam berada dalam bilik privasi itu, Ash keluar bersama Farhana.
"Terima kasih kak" Ucapnya.
"Sama2. Hati2 ya lepas ni" Pesan Farhana. Ash hanya angguk. Wajahnya berkerut. Sakit gila tangan dia. Nasib retak je. Kalau patah?
Ash nampak Cobra sedang berdiri di tepi kereta. Dia tunggu aku ke?
"Kak, saya balik dulu" Ash salam tangan Farhana sebelum melangkah ke arah Cobra.
"Bro" Tegurnya. Cobra angkat muka sikit sebelum kembali menunduk.
"Masuk" Arahnya.
Ash hanya akur. Dia pun tak berapa tahu selok belok dekat sini. Hanya Cobra sahaja yang tahu.
Masuk sahaja dalam kereta, terus Cobra hulurkan satu plastik putih kepada Ash. Ash terkebil-kebil.
"Apa bro"
Diam.
"Huh boring la kau ni" Terus Ash rampas plastik itu lalu intai isi dalam plastik tersebut. Matanya terbeliak.
Ada pelbagai jenis ubatan serta bandage dalam tu.
"Weh aku tak mintak semua ni"
Diam lagi.
Urghh mamat ni. Aku hempuk kepala dekat stereng kereta ni kang baru tau.
"Thanks. Aku bayar balik" Ash keluarkan 5 keping not seratus lalu dihulurkan kepada Cobra. Namun Cobra masih sama. Diam dan langsung tidak bergerak. Hanya fokus pada pemanduan.
"Eee asal susah sangat kau ni?!" Ash terus letak not itu atas paha cantik Cobra. Cobra tekan pedal minyak dengan kuat dan kereta mula meluncur laju seperti mahu berlumba.
"Wehhh kauu pehal siot?! Kau nak mati keee?!!!" Ash sudah menjerit. Gila lajuuuu. Dekat jalan sesak pulak tuuu!!
Cobra diam. Pedal masih ditekan sekuat mungkin. Nampak gaya macam taknak lepas langsung. Dan Ash mula cuak. Lori2 besar di hadapan kereta membuatkan jantungnya tidak stabil. Ash perasan Cobra pandang sekilas duit atas pahanya itu. Tak cukup? Okay kejap. Dia keluarkan semua sekali duit dalam pursenya lalu diletakkan atas paha Cobra. Namun masih sama, kereta dipandu dengan kelajuan maksimum.
Ya Allah mamat ni nak apa sebenarnya?!
"Ok fine! Aku ambik balik duit aku!" Ash ambil semula duitnya itu dan kelajuan kereta kembali macam biasa. Sekali tengok dari luar macam pemandu yang berhemah pun ada. Bawak slow je. Tapi hakitkatnya? Korang sendiri tahu kan apa jadi tadi hahahahaha.
Tak guna. Pandai kau ugut aku eh Cobra. Dasar ular tedung. Kutuk Ash dalam hati. Dia melempar pandangan ke luar tingkap. Sakit hati.
Tanpa sedar, Cobra tersenyum di sebalik hoodienya....
*End Flashback*
Ash bangun dari tempat duduknya. Banyak benda dia buat dengan Cobra kelmarin. Dan dia nak buat salah satu 'benda' tu hari ni.
"Weh kau nak pergi mana?" Soal ku. Zana dengan Mia terpinga-pinga.
"Macam tak biasa. Ponteng la tu" Sampuk Akmal. Satu kelas ketawa. Siapa tak kenal Ash. Suka ponteng bila cikgu tak masuk kelas.
Ash bergerak ke bangunan B3. Tingkat 4 iaitu tingkat paling atas sekali dituju. Dia nak jumpa Cobra.
Dia berhenti di hadapan sebuah pintu berwarna kelabu. Dari pintu itu dia dapat rasa aura dingin dari dalam kelas itu. Cobra ada di dalam.
Pintu dibuka tanpa minta izin. Pandangannya jatuh pada Cobra yang sedang duduk termenung di kerusi. Kakinya pula diletakkan atas meja. Suka hati dia je. Mentang la satu kelas ni mak bapak kau yang bayar.
Ash melangkah masuk. Dia berdiri di hadapan Cobra itu.
"Cobra" Serunya tanpa perasaan.
Cobra merenung Ash seperti mahu telan. Lidahnya dikeluarkan sebelum menjilat gigi. Ash tersenyum senget. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Begitu juga Cobra. Dia keluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan...
BANG!
BANG!
BANG!
Yes. Diorang tengah main pubg sama2.....
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-