Bab 52 - Break Up

1.2K 87 8
                                    

     Masuk sahaja ke dalam kelas, aku terus dikerumuni rakan2 sekelas.

Dah kenapa diorang ni?

"Beb aku dengar cerita kau nak kahwin lepas spm nanti. Betul ke? Sila terangkan sekarang." Soal Akmal sambil menghulurkan botol airnya di depan mukaku. Kau ingat mikrofon?

"Mana tahu?" Soalku aneh. Tak silap aku, aku tak bagitahu sesiapa pun lagi termasuk kawan baik aku sendiri. Mia, Zana dan Ash.

"Tadi kitorang pergi tandas. Then terdengar someone bercerita pasal kau. And orang itu adalah Edjaz. Dia tengah sembang pasal korang dekat member dia. Kitorang curi dengar la hehe" Sampuk Aminin pula.

Aku terdiam. Edjaz ni kan. Tak menyempat betul. Sembang dalam kelas je tak boleh ke? Ini dekat tandas. Dah confirm2 orang lain boleh dengar aihh. Parah aku macam ni. Confirm akan jadi bahan diorang lepasni.

"Kau setuju ke Comel?" Soal Mia pula.

Aku mengeluh lalu angguk sekali.

"Wuuuu!" Satu kelas mula mengusik nakal. Heihh penat la macam ni. Asyik kena usik je. Nanti kahwin pun kena usik lagi. Lagi teruk aku rasa. Lagi2 bab malam tuttt HAHAHAHA.

"Korang jangan la berharap sangat. Takut kecewa nanti. Aku tahu korang excited, aku pun excited. Tapi jangan terlalu over okay? Korang doakan je" Kataku.

Mereka terangguk-angguk.

"Come, kita gosip pasal si Ash ni pulak. Dia kena langgar dengan kereta semalam"

"Hah?!"

Aku terus berlari mendapatkan Ash yang tekun bermain pubg. Siku dia berbalut.

Erk. Sakit2 pun boleh lagi eh main pubg. Rare betul kau Ash.

"Ash, kau kena langgar? Dengan siapa?!"

Soalku tak sabar. Tangannya aku goncang perlahan. Ash terus tarik tangannya itu.

"Sakit lah minah" Marahnya.

Aku sengih gigi.

"Cepat la ceritaaaa" Desakku lagi. Ash geleng.

"Orang tu orang luar. Tak tahu siapa dia" Balas Ash malas.

Ouh begitu. Hm takpelah. Nanti jela aku tanya pasal dia. Kini aku beralih pada Mia yang sibuk kunyah biskut sambil layan youtube.

"Woi, kau apa citer dengan headprefect tu?" Soalku sambil tepuk meja dengan kuat. Terkejut Mia dibuatnya. Nasib tak terpelanting biskut di tangan.

"Hish kau ni. Buat terkejut aku jelah!"

Hee tadi aku kena marah dengan Ash. Ini Mia pulak? Huhu sedih hati.

"Aku dengan dia okay je. Macam kau dengan Edjaz" Mia senyum senget. Ehh minah ni. Nak kaitkan aku dengan gula hati terchentaa pulak. Pergi la kaitkan Zana dengan Zack. The Z Couple HAHAHA.

Aku pandang Zana. Nak kacau dia pulak la hehe.

"Hai buah hati Zack"

Zana yang mendengar terus menjeling. Aii marah?

"Why ni beb?"

"Hmm aku gaduh ngan Zack"

"Hah? Korang gaduh?" Semua pakat berkumpul di meja Zana. Siap bawak keropok lagi.

Zana mengeluh.

"Dia tidur rumah cousin dia semalam. Ada la beberapa orang perempuan kat rumah tu. Dia hm..." Zana menunduk.

"Apa? Jangan cakap diorang tidur sekatil" Sampuk Aminin.

Melihat anggukan dari Zana membuatkan kami semua melopong. Zack..tidur..sekatil..dengan..  PEREMPUAN? Oh man....

"Errr diorang tidur je kot? Tak buat lebih dari tu" Aku cuba husnuzon.

Zana angkat bahu. "Itu dia yang kata. Hakikatnya aku tak tahu betul ke tak. Nak percaya, takut dia tipu. Kalau tak percaya, takut dia jujur pulak"

"Beb, potong jari la kalau diorang hanya tidur je. Aku lelaki so aku tahu apa perasaan lelaki bila tidur sekatil dengan perempuan. Lagi2 berduaan" Kata Aminin pula.

Aku angguk setuju. Mana mungkin Zack tak buat apa2 dengan perempuan tu. Tambah lagi si Zack tu liar. Bukan la nak cakap dia tu jahat sangat, tapi betul kan? Dia sendiri yang tunjuk perangai tak senonoh dia tu.

"Zana, Zack nak jumpa" Kata Sara iaitu penolong ketua kelas.

Kami semua berpaling ke pintu. Kelihatan Zack dengan Fayyad sedang berdiri di luar pintu sambil berbual.

"Aku teman" Ujarku. Zana angguk. Tangannya aku genggam erat seperti mana dia lakukan masa hari aku kena panggil dengan pengetua dulu.

Tiba sahaja di pintu, Zack pandang kami dengan sedikit senyuman. Aku balas. Tak ikhlas.

"Nak apa?" Soal Zana malas.

"Zana please. Percayakan i. I tak buat apa2 pun dengan Mas"

Zana tayang muka boring. Kau cakap la apa kau nak cakap Zack. Aku takkan percaya dah.

Aku pandang leher Zack. Senyuman sinis diukir.

"Tak payah nak tipu la Zack. Tu, dekat leher awak tu. Nyamuk besar eh yang gigit?" Kataku sinis. Mata masih melekat pada leher Zack. Hebat betul perempuan tu....

Zack yang perasan cepat2 tarik kolar bajunya ke atas. Heh. Aku dah nampak dah pun. Bangang.

Zana pandang sepi wajah Zack. Hatinya hancur.

"Awak janji dengan saya yang awak takkan main perempuan lagi dah. Tapi...." Kata2 Zana terhenti. Air matanya jatuh setitik.

Aku cepat2 gosok belakang badannya. Kau kuat Zana.

Zack menunduk sekejap sebelum kembali angkat wajahnya.

"Okay Zana. I mengaku yang i memang dah buat dengan dia. Bukan dengan dia je, dengan perempuan lain pun i pernah buat. I'm sorry sebab tipu you..."

Fuh...berasap hati aku. Aku pun dah berasap apatah lagi Zana.

Zana pejam mata. Nafas ditarik sedalam mungkin. Cool Zana...

"It's okay. Saya maafkan. Hubungan kita? It's over. Thank you for everything Zayyan Zackrie. I love you so much. Saya ikhlas sayangkan awak Zack" Zana usap lembut pipi licin Zack. Kemudian, dia melangkah pergi dari situ. Nak pergi tandas mungkin.

Aku senyum senget pada Zack. "Teruskan main perempuan. Nak main sampai awak tua pun boleh. Takde siapa halang. Halang pun takde guna. Yelah, daun keladi kan?" Ujarku sinis lalu berlari mengejar Zana.

Zack masih menunduk. Menyesal....

The One [C]Where stories live. Discover now