Bab 46 - Blush Again

1.3K 82 2
                                    

   Chicken rice shop menjadi pilihan kami berempat. Cuba teka siapa lagi 3 orang?

Edjaz tu dah semestinya. Aizul dengan kak Fina? Salah!

Aku memilih meja yang agak tersembunyi dari pandangan manusia. Nak berborak senang.

"Awak nak makan apa?" Soal Edjaz sambil meneliti menu di dalam buku di tangannya.

"Nak nasi" Balasku. Aku tak tahu nama penuh menu untuk 1 set nasi ayam tu. Aku harap Edjaz faham.

Edjaz mula memesan termasuk makanan dia sekali.

"Sayang, you nak makan apa?"

Aku kalih ke tepi.

"I nak makan makanan la. Makan you nanti you tak bagi pulak"

"Zayyan Zackrie!"

"Hahahahaha!"

Zana sudah mencebik. Orang tengah serious dia boleh main2 pula.

"Okay2 i'm sorry baby" Zack mahu menarik hidung Zana namun Zana pantas mengelak. Penumbuknya diangkat tinggi. Wowowoo gila rare member aku sorang ni. Ganas!

"Order cepat sebelum aku bogelkan kau untuk kali kedua"

"Sayang tengok lelaki sebelah i ni. Pervert. Dah la rogol i kat tengah padang. Nafsu kuda betul" Zack tayang muka jijik. Aku dengan Zana pula sudah ketawa terbahak2.

Edjaz melopong. What daa heck.....

Dia berdiri. Lengan kemejanya disinsing hingga paras siku.

"ARHHH AMPUN BANG!"

**********

Alhamdulillah kenyang.

Aku lap mulut menggunakan tisu. Edjaz pula sibuk menyusun pinggan2 kotor kami semua. Bagus kan dia. Tolong ringankan beban pekerja dekat sini.

"Apa plan lepas ni?" Soal Zack sambil tongkat kepala menggunakan tangannya. Jaket hitamnya dibetulkan sedikit. Dah macam model.

"Ikut ah. Aku datang sini sebab nak beli baju je" Balas Edjaz. Dia menghirup air lemon yang masih berbaki. Matanya merenung ke arah aku.

Aku pula dengan sengaja tongkat dagu di hadapannya. Lawan mata dengan dia. Kejap kami kecilkan mata, kejap bulatkan mata. Last2 aku kalah. Sebab apa? Sebab Edjaz main tipu. Dia kenyit mata kat aku. Biadab betul. Tak keruan aku dibuatnya.

Zack yang perasan terus berdehem.

"Balik ah. Pukul 5 dah" Cadangannya. Kami bersetuju. Lagipun lama jugak kami dekat sunway pyramid ni. Dari pukul 3 tadi. Niatnya nak teman si Edjaz ni beli jersi. Zack pun kebetulan nak beli juga. Dia bawak Zana, Edjaz bawak aku. Orang dekat sini pun makin ramai. Rimas. Baik blah dulu.

"Let's go baby" Pamit Zack pada Zana. Zana hanya tersenyum suka. Ee nyampah aku.

Aku dengan Edjaz hanya mengekori mereka dari belakang. Nak tergelak tengok diorang. Sorang pendek sorang tinggi. Kadang si Zack tu menganjing Zana. Berjalan sambil bengkokkan lutut. Mengamuk gadis ayu itu dibuatnya.

Heh apa kurangnya aku? Tapi aku dengan Edjaz tak ketara sangat la memandangkan Edjaz ni takde la tinggi mana. Tak silap aku dia bagitahu tinggi dia haritu 172. Biasa2 je. Tapi Zack? Allahu. Aku rasa lebih dari 180.

Sedang rancak berbual dengan Edjaz, muncul seorang gadis bertudung hitam di hadapan kami.

Edjaz terkejut beruk.

Aku pula hanya memandang pelik. Kenapa?

Gadis itu tersenyum ke arah kami.

"Hai Edjaz. Lama tak jumpa" Sapanya ramah.

The One [C]Where stories live. Discover now