Hari ni giliran Edjaz pula bawa keluarganya datang jumpa dengan keluarga aku.
Benda yang buat aku sakit hati adalah Edjaz. Dia cakap nak datang pukul 2. Sempat la jugak aku nak buat kek red velvet dengan mama.
Tapi tengok lah sekarang...
DIA DAH SAMPAI RUMAH AKU. TEPAT PUKUL 12 TENGAHARI
Arghhh mana sempat buat kek aku tu!!!
"Comel, buat apa tu lama2? Kesian Edjaz tunggu tu. Bawa dulang tu pergi depan" Mama muncul di dapur.
Aku yang sibuk mengemas bahan2 nak buat kek terus menoleh. Hm kalau boleh aku nak biar je Edjaz tu dekat depan. Tapi disebabkan ada keluarga dia jadi aku terpaksa batalkan niat tu.
Aku cuci tangan terlebih dahulu sebelum bawa dulang minuman serta kuih pergi depan.
"Ha sampai pun anak dara ni" Usik papa.
Aku hanya sengih. Dulang itu aku letak dengan cermat atas meja kopi. Sekali tengok macam perempuan melayu terakhir pun ada. Tapi hakikatnya? Luu fikir lah sendiri.
"Duduk sini sayang" Mama memanggil aku duduk di sebelahnya. Tanpa berlengah, aku terus melangkah ke arah mama. Sofa kosong di sebelah mama aku duduk.
"Edjaz anak sulung ya?" Soal papa.
Edjaz senyum lalu geleng. "Saya ada kakak sorang"
Papa mengangguk.
"Sebenarnya semalam Edrie ada bawa Comel datang rumah. Saya tengok Comel ni haih, berkenan pulak nak satukan dia dengan si Edrie ni" Sampuk ummi.
"Tula. Orangnya pun baik. Sesuai ha dengan Edrie ni" Kata abah pula.
Aku tersentak. Apa sebenarnya tujuan mereka datang sini? Nak bincang pasal kahwin? Aku tak kesah. Tapi bila teringat kata2 Edjaz semalam...hati kembali layu.
Entah kenapa, kaki aku secara automatik melangkah pergi dari situ dan menuju ke dapur. Maafkan Comel semua...
Semua yang berada di ruang tamu itu terpinga2 memandang Comel. Edjaz pula mengeluh.
Aku menyambung kerja ku yang tergendala tadi. Buat kek red velvet! Bahan semua dah disiap adun. Cuma tunggu nak masukkan dalam tray sahaja.
Sedang aku sibuk buat kerja, aku perasan ada seseorang datang menghampiri. Aizul kot.
"Comel"
Okay. Bukan Aizul.
"Nak apa Edjaz?" Soalku dengan nada biasa. Sebelum ni bila Edjaz seru nama aku pasti aku akan jawab dengan ceria. Tapi kali ni tak. Aku takde mood.
"Marah ke?" Soalnya.
Aku hanya diam. Aku harap dia faham apa yang aku rasa. Aku tersepit. Aku nak jaga hati ummi dengan abah, pada masa yang sama aku nak jaga hati Edjaz. Hati aku? Takpe. Biarkan sakit. Ahh bencinya perasaan macam ni!
"Patutnya saya yang tanya soalan tu dekat awak. Awak kan tak suka topik ni dibualkan" Balas ku mendatar. Tangan masih ligat menyusun peralatan2 buat kek tadi.
Edjaz mengeluh lagi.
"Kesian ummi abah. Diorang nak sangat awak jadi menantu diorang"
"Awak boleh pujuk diorang supaya jangan bangkit isu ni lagi. Yela, kita kan masih sekolah. Awak spm pun belum. Lagipun, taknak la terlalu berharap. Takut KECEWA" Ha ambik kau. Aku pulangkan paku buah keras. Semalam dia sentapkan hati aku, harini giliran aku pulak. Puas hati gue.
Edjaz tersentap. Adehh sayang ni kan...
"Saya dah cuba cakap dengan diorang semalam. Tapi diorang tetap dengan keputusan diorang"
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-