Bab 37 - Sakit

1.3K 85 8
                                    

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Arau,Perlis mengambil masa lebih kurang 6 jam. Itu cikgu yang cakap la. Agak2 je

Suasana di dalam keretapi pula sunyi sepi. Semuanya enak diulik mimpi.

Dan aku? Masih terkebil2 di sebelah Zana. Mia dengan Ash pula sudah nyenyak tidur. Ash dah macam hantu bungkus. Dia selimut satu badan menggunakan tualanya. Warna putih pulak tu. Ni kalau nenek2 atau atuk2 lalu sebelah dia mau kena serangan jantung.

"Comel, kenapa tak tidur lagi?" Soal seorang guru wanita yang lalu di situ.

"Sejuk sangat la cikgu" Balasku. Guru itu hanya senyum lalu duduk di tempatnya.
Aku pandang jam di skrin telefon.

3:17 a.m.

Gila. Dah la masa sampai sana nanti takde nak rehat2 dah. Terus pergi berjalan. Kalau nak tidur pun kena tidur dalam bas la jawabnya.

Entah kenapa tangan ni gatal sangat nak mesej Edjaz dekat whatsapp. Dia tengah buat apa eh? Tidur dah kot?

Aku tengok last seen dia. Pukul 2:05 a.m. Lambat betul dia tidur.

Aku terus send mesej kepadanya.

-Awak, tidur dah ke? Saya tak boleh tidur la :(

Mungkin aku tak selesa dengan suhu dalam keretapi ni. Bukak aircond macam cuaca tengah panas terik pulak. Dah la pagi2 buta pulak tu. Aku time tidur kat rumah pun pasang kipas je. Tak sanggup pasang aircond.

Bunyi notification menyentakkan lamunan ku. Pantas aku membukanya.

Edjaz Pingu :3
-Tengah sembang dengan kawan. Kenapa tak boleh tidur? Sejuk?

Lah tak tidur lagi rupanya. Ingatkan aku sorang je tak tidur lagi.

-Haah. Sejuk sangat :'(

Sejuk? Ya. Aku tak boleh tidur sebab terlampau sejuk. Nanti mula la bersin, lepastu demam.

Sweater pada tubuh aku macam takde fungsi. Langsung tidak membantu untuk kurangkan sejuk. Pakai ke tak pakai ke tetap sama. Menggeletar badan aku dibuatnya.

Dalam sibuk termenung ke luar tingkap, aku perasan ada seseorang menghampiriku. Aku pusing pandang dia.

Edjaz? Dia buat apa kat sini?

"Tidur. Nanti dekat sana maybe susah nak dapat peluang untuk tidur" Dia menghulurkan jaket adidas warna hitam miliknya.

Aku terkebil2 memandang. Dan aku nampak dia hanya pakai t-shirt kelasnya.

"Kalau saya pakai jaket awak ni, awak macam mana?"

Edjaz senyum sambil geleng perlahan.

"Saya okay" Dia masih menghulurkan jaket mahal itu.

Lambat2 aku menyambut dengan perasaan bersalah. Aduh kesian Edjaz. Nanti dia sejuk macam mana?

Niatnya aku nak pergi jumpa Aizul, tapi teringat pulak yang dia dah tidur sejak bertolak tadi.

"Terima ka....hacumm!" Baru sahaja aku ingin mengucapkan terima kasih terus aku terbersin. Aduh buruk beno bunyinya. Malu crush i tengok. Opss! boyfriend ehehe.

Edjaz senyum.

"Tidur eh? Bye" Dia melangkah pergi dari situ.

Tanpa membuang masa, aku menutupi tubuh aku dengan jaket itu. Aku tak sarung kat badan pun. Lagi sejuk. Kalau balut macam selimut baru okay.

Haruman minyak wangi Edjaz pada jaket itu membuatkan aku lalai. Lama kelamaan, aku mula terlelap.

*********

The One [C]Where stories live. Discover now