Bab 38 - Penyelamat kedua

1.2K 78 17
                                    

     Kini, kami semua berada atas feri menuju ke pulau Langkawi. Dari sini ke sana mengambil masa dalam 2 atau 3 jam sahaja. Tak lama mana pun.

Mataku ralit memandang pemandangan laut yang terbentang luas. Permukaan laut berkilau-kilau dek sinaran cahaya matahari yang sudah tegak di atas kepala.

Sambil2 itu, aku telan gula2 pemberian Aizul dengan Edjaz. Rasa pening dan loya sudah semakin berkurang. Mungkin sebab aku banyak makan benda manis hari ni. Coklat la gula2 la. Nanti dekat Langkawi makan coklat lagi. Heh jangan tanya kenapa badan aku makin kembang nanti.

"Comel, jom selfie" Mia tepuk paha aku. Aku pun terus buat muka 'aku' (comel) di hadapan camera. Bermacam-macam gaya kami buat sehingga tak perasan seseorang sedang memerhati dari jauh.

Kejap aku buat muncung itik, kejap aku cucuk pipi, kejap aku juih bibir. Pelik2. Nasib cun HAHAHA.

Selesai sesi bergambar, aku terima satu mesej dari seseorang.

Edjaz Pingu :3
-Pandang saya

Aku kerut dahi. Pandang dia?

Mataku meliar mencari kelibat Edjaz. Mana dia?

Ok jumpa.

Dia duduk di hujung tingkap belah kiri. Aku pandang dia dengan wajah aneh. Kenapa?

Edjaz senyum senget sebelum meletakkan kedua2 jari telunjuknya di pipi sambil buat muncung itik. Comel weh!

Eh kejap.

Dia tengah ejek aku ke ni?

WAHH DIA NAMPAK KE AKU SELFIE TADI?!

Aku terus tutup muka dengan beg. Ya Allah malunya aku!

Tak guna. Boleh pulak dia menganjing aku. Tapi sumpah cute gila dia buat macam tu. Dengan cermin mata bulat dia. Cute!

Dalam tak sedar, aku tersenyum di sebalik beg. Heee Edjaz ni kan.

**********

    "Mia, teman pergi toilet" Ajakku. Mia yang ralit menonton tom and jerry di telefonnya angguk sekali. Dia pause video tersebut lalu mengekori aku dari belakang. Dah besar panjang pun layan kartun. Bila ditanya kenapa, jawapannya 'kartun lagi best dari drama melayu yang tah pape tu'.

Aku mula bangun. Semasa aku berjalan, sempat aku tangkap suara Zack

"Nak muntah lagi la tu. Hey la Edjaz. Ganas beno kau. Sampai mengandung budak tu"

"Hahahaha!" Rakan2 nya yang lain ketawa tak ingat dunia. Aizul dengan Mia tak terkecuali.

Edjaz pula sudah panas hati. Earphone disumbat dalam telinga. Mata dipejam. Malas nak layan.

Aku ketap bibir geram. Tak guna betul la mamat mata sepet ni. Kau tunggu. Ada hari aku balas huh!

Semasa aku hampiri tandas, aku perasan macam ada seseorang memandang ke arah aku namun aku hanya buat tak tahu. Perasaan aku je kot.

Tiba di tandas, aku membasuh muka ku. Nak hilangkan rasa mengantuk. Aku taknak tidur sebab aku nak tengok dengan mata aku sendiri burung helang di dataran itu dari jauh. Mesti cantik kan.

Mia disebelah pula sibuk mengoles lipstick di bibir. Heh lawa2 macam ni nak ngorat siapa ha?

"Dah?" Soalku sesudah mengelap muka ku menggunakan tisu.

Mia simpan lipsticknya di dalam beg lalu mengangguk.

Setelah itu, kami berura2 ke pintu tandas. Baru sahaja aku keluar, aku mengundur ke belakang semula secara perlahan2.

Seorang lelaki menghampiri aku dengan wajah bengis. Wehh berani gila dia masuk tandas ni. Dia tak nampak ke ada aku dengan Mia?

Mia? Dia sudah terketar2 di belakangku. Mungkin dia turut rasa apa yang aku rasa. Tapi aku rasa lagi teruk dari apa yang dia rasa sebab aku kenal lelaki ni.

Haikal.

Air liur ditelan berkali2. Dia nak buat apa ni??

"Hey my ex crush" Dia senyum menampakkan braces hijaunya. Kakinya masih bergerak menghampiri aku.

Aduhh dia ni dah kenapa. Nak rogol aku? Berani buat laa! Aku jerit kang.

"Beb.." Mia membisik perlahan saat badan aku menghimpit badannya di sinki. Haikal pula sudah kepung aku dengan Mia. Tangannya ditongkat pada sinki. Nampak tak betapa keciknya aku dengan Mia sampai Haikal mampu kepung macam ni.

Mia di belakangku menyebabkan tubuh aku dengan Haikal hampir melekat. Gila rapat kedudukan kitorang. Muka aku tepat2 dekat leher dia yang sederhana putih. Apa orang kata? Kuning langsat eh? Huh nasib handsome. Kalau tak, aku ludah dah kat muka dia ni.

"Awak nak apa?" Soalku takut2.

Haikal senyum senget.

"Kalau aku cakap aku nak kau, kau boleh bagi?"

Mataku terbeliak. Gila apa mamat ni?

Mia ingin lari. Tangan Haikal yang masih mengepung kami ditolak sekuat mungkin. Huh Mia. Kau tu perempuan. Mana larat lawan kudrat lelaki macam Haikal ni. Lebih2 lagi tubuh dia yang persis orang barat ni. Tinggi, tegap. Jauh beza dengan aku dan Mia.

"Awak lepas la!" Marah Mia. Walaupun tangan Haikal tak berlapik namun dia masih gagah menolak tangan berurat itu dari terus sentuh sinki atau lebih tepat mengepung kami.

Haikal tidak mengendahkan Mia. Mata dia masih fokus padaku.

"Kau patut beruntung dapat aku. Aku setia tunggu kau. Tapi ini yang kau balas?"

Aku terdiam. Dia nak salahkan aku la ni?

Hey! Kalau aku tahu kau suka aku dah lama aku jadikan kau boyfriend. Err boyfriend to be la. Sebab aku tengok mamat ni macam....pervert je? Eee taknak laa aku! Aku lebih rela dengan Edjaz yang kadang sweet kadang menyakitkan hati tu.

Aku tidak membalas. Terus beku otak aku. Tak tahu nak cakap apa. Yang aku tahu aku nak keluar dari sini!

Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Ohh tidak..dia...dia nak kiss aku!

Bibir Haikal hampir bertemu dengan bibir aku. Aku tak mampu bergerak. Aku jadi fobia. Teringat masa kena culik dengan Danial haritu. Bila aku melawan pasti aku kena lempang atau kena tumbuk. Aku taknak!

Perasan takut mula menguasai diri. Apa aku nak buat ni Ya Allah.

Aku pejam mata. Tak sanggup nak hadap.

"Bro, kau keluar"

Suara garau itu membuatkan aku dengan Mia tersentak. Tapi tidak bagi Haikal. Dia menjauhkan sedikit mukanya dari aku sebelum pusing belakang.

Aku tak dapat nak tengok pemilik suara garau plus macho tu sebab badan Haikal ni besar sangat. Bukan gemuk eh. Dia tegap je.

"Aku kata keluar"

Sekali lagi lelaki itu berkata. Kali ni nadanya lebih keras berbanding tadi.

Haikal pandang aku semula bersama senyuman.

"Kita sambung kemudian eh?"

Erk!

Aku taknak pun la kiss dengan kau. Dasar gatal. Dah la hisap rokok. Nak kiss aku pulak. Jijik tahu tak!

Haikal mula menjatuhkan tangannya lalu bergerak meninggalkan aku dengan Mia yang masih dalam ketakukan. Haikal jeling tajam lelaki di hadapanku ni sebelum keluar dari tandas.

Dan kini, baru aku tahu siapa yang jadi penyelamat aku dengan Mia.

Cobra.

The One [C]Where stories live. Discover now