Special Edition (3) ASH X COBRA

1.6K 88 14
                                    

Ni masa diorang masih bersekolah ya. Sis cerita macam mana Ash boleh ngam dengan Cobra!😝🌹

    Ash menilik jam berkali-kali. Sudah hampir setengah jam dia tunggu si Cobra namun kelibat kereta orennya itu masih tidak kelihatan. Dia ni reti tepati janji ke tak? Aku balik kang.

"Hish!" Ash sudah hilang sabar. Dia terus bangun lalu menoleh ke belakang dan.....


Cobra sudah terpacak di belakangnya.


Ash ketap bibir geram. Dia ni dah la datang lambat. Tak reti nak minta maaf pulak tu.

"Hey kalau tak reti berjanji jangan nak berjanji la!" Marahnya. Cobra diam. Dia menghulurkan satu beg kertas pada Ash. Ash terkebil-kebil.

"Apa ni?" Soal Ash aneh. Namun dia ambil juga beg kertas itu.

Tanpa segan silu, dia keluarkan isi dalam beg kertas itu.

Tudung.

Ash tergamam. Lambat2 dia pandang Cobra yang sedang merenungnya.

Cobra ambil tudung itu lalu dipakaikan dengan kemas di kepala Ash. Entah kenapa Ash boleh biarkan perlakuan Cobra itu. Dia langsung tak bergerak. Jantungnya berdebar hebat.

"Cantik"

Ash terkedu. Cobra puji dia cantik? Serious ah? Dia tak salah dengar ke ni?

Ash merenung lama wajah pucat Cobra. Cuba memastikan yang Cobra tidak menipu.

"Ke...kenapa kau buat semua ni?" Soal Ash tergapap. Eish sejak bila kau gagap ni Ash?

Cobra tidak membalas. Tangannya bergerak perlahan membetulkan tudung di kepala Ash.

"Kau anggap jela bila kau freehair, ibarat kau tengah bogel"

Mata Ash membulat. What the heck?!

Laju sahaja dia cengkam kolar hoodie Cobra lalu ditarik rapat dengannya.

"Kau nak cakap aku bogel la selama ni?!" Marahnya geram. Cobra diam. Badannya sedikit bongkok apabila Ash menarik hoodienya. Nampak kan perbezaan ketinggian mereka.

Cobra senyum senget. "Yes"

Ash ternganga. Hatinya menggelegak. Berani si ular ni cakap dia bogel selama ni?!

"Kau ni memang biadab kan?!"

"Apa kurangnya kau? Biadab dengan Allah sebab tak pakai tudung"

Ash senyum senget. Main nama Allah pula ya. Kau tunggu.

"Hey kau pun sama la. Dye rambut, tindik sana sini. Itu lagi teruk rasanya. Dah la tindik dekat bibir. Kalau kau tindik dekat hidung sebijik lembu" Ash senyum puas. Namun senyumannya mati saat Cobra masih kelihatan tenang. Dia ni memang takde hati dan perasaan ke? Tak reti nak sakit hati?

Cobra masih tenang. Dia turunkan hoodie di kepala.

Ash ternganga. Rambut dia warna hitam?! Bukan sebelum ni warna kelabu ke??

"It just a crayon. Basuh pakai air panas pun boleh hilang" Terang Cobra.

Dia sentuh subang bulat di bibirnya. Terbeliak Ash lihat subang itu ditanggal dengan mudah.

"Fake" Kata Cobra sepatah sambil tunjuk subang magnet itu.

Ash telan air liur. Ok. Dia betul2 tak tahu nak cakap apa sekarang ni.

"Please, pakai tudung" Kata Cobra sebelum berjalan meninggalkan Ash sendirian. Ash terdiam.

Pakai tudung?

Sebenarnya dah lama dia tinggalkan tudung dan tak berminat nak pakai tudung. Last dia pakai pun masa darjah 6. Tu pun kena paksa. Dia memang rimas pakai tudung. Tak tahu kenapa.

Matanya terpandang ke arah sekumpulan gadis yang memakai jubah serta bertudung labuh. Dia terasa dirinya kerdil dan jauh lebih jahil dari mereka.

Tudung berwarna kelabu gelap itu disentuh lembut. Dah bersediakah aku untuk berhijab?

Belajar pakai tudung Ash. Kalau kau tak mula sekarang nanti sampai bila2 pun kau takkan berhijab - akal

Ash mengeluh. Dia membiarkan tudung itu tersarung kemas di kepala. Terus dia mengejar langkah Cobra yang sudah jauh di hadapan.


************

Tiga hari sudah pun berlalu. Alhamdulillah, Ash sudah boleh pakai tudung walaupun kadang2 tu dia berasa malas nak pakai. Leceh. Nak kena iron bagai. Tapi dia gagahkan diri untuk pakai.

Tudungnya semua pemberian Cobra. Cantik2 pula tu. Pandai Cobra pilih.

Dalam tak sedar, hatinya terdetik sesuatu. Perasaan apa ni?

Ash mengeluh. Dia akui, dia sudah jatuh hati dengan Cobra. Dia cuba elakkan perasaan itu namun gagal. Perasaan itu hadir secara tiba2. Nasib la Cobra jenis tak banyak cakap. Takde la dia awkward sangat nanti kalau Cobra tahu dia suka Cobra.

Lamunannya terhenti saat terdengar bunyi hon di luar pagar. Cepat2 dia berlari ke arah kereta itu. Pintu dibuka dan dia masuk ke dalam kereta.

"Hai" Sapanya pada seseorang.

Cobra senyum sikit. Suka dia tengok Ash pakai tudung. Nampak macam model.

"So, nak pergi mana?" Soal Ash semangat. Namun soalannya dibiarkan sepi. Terus dia buat muka. Mulut terkumat-kamit mengutuk Cobra. Aku tumbuk nanti bisu terus kang.




   Tidak lama kemudian, mereka tiba di mcd. Nak tergelak Ash bila Cobra mengadu lapar dalam kereta tadi. Tak pernah2 beb dia mengadu macam tu.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam mcd. Ash perasan ramai mata memandang ke arah dia dengan Cobra. Atau lebih tepat ke arah COBRA. Lagi2 para gadis yang duduk secara berkelompok di satu meja. Semuanya pakat berbisik dan tersenyum gedik ke arah Cobra.

Ash geram. Terus dia tarik tangan Cobra lalu dipeluk erat lengan keras itu. Cobra tergamam. Air liur ditelan. Ash ni memang cari pasal.......

"Let me go" Bisik Cobra tegas. Ash buat tak endah. Selamba dia je tarik tangan Cobra lalu diletakkan atas bahunya. Tangan dia pula peluk erat pinggang Cobra. Sekali tengok macam pasangan suami isteri yang bahagia pun ada.

Cobra ketap bibir geram. Menguji keimanan betul la dia ni...

Ash senyum senget apabila melihat perubahan air muka gadis2 itu. Nampak macam tak puas hati. Heh aku peduli apa.

Entah syaitan mana yang masuk dalam dirinya, terus dia berkata

"Kau jadi boyfriend aku okay? Aku tak suka perempuan2 luar usya kau" Katanya selamba sambil melemparkan senyuman pada beberapa orang pelanggan yang tak putus2 memandang dia dengan Cobra.

"Fuck" Cobra mencarut pendek.

Ash yang dengar terus cubit pinggang Cobra. Mencarut je kerja dia. Cabai mulut tu kang baru tau!

"I don't care Cobra. Now awak dah jadi boyfriend saya" Kata Ash selamba sambil tersenyum suka. Dia pun pelik kenapa dirinya boleh berubah 360°. Dari hati keras macam batu terus jadi lembik macam jelly. Mungkin sebab aura Cobra buatkan dirinya jatuh suka dengan Cobra. Dia suka dengan dirinya yang sekarang ni berbanding dirinya yang dulu. Yang pendiam dan kasar. Namun kehadiran Cobra telah mengubah dirinya menjadi lebih sempurna walaupun belum 100%. Dia masih belajar untuk jadi perempuan.

Cobra turunkan tangan dari bahu Ash.

"Behave girl. I'm just your boyfriend. Not your husband" Kata Cobra dingin. Dia masih merenung ke depan. Sikit pun dia tak pandang muka Ash.

Ash ternganga luas. Kemudian dia tersenyum lebar. Cobra mengaku dia boyfriend aku? Yes akhirnyaaa!!!!

"Thank you bae. You are the one and only one" Bisik Ash sebelum gigit bibir. Dia malu sebenarnya namun dia ketepikan perasaan malu itu.

Cobra diam.

Lama2 dia tersenyum.

The One [C]Where stories live. Discover now