Aizul melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia berasa aneh melihat rakan2 nya yang sedang berkumpul di mejanya.
Kenapa?
Ada surat cinta dari peminat ke? Hehe
Terus dia mendekati mereka.
"Asal ni?" Soalnya aneh.
Fareed memberi isyarat pada yang lain untuk memberi ruang kepada Aizul.
"Ni ha. Ada surat cinta" Kata Malik pula. Aizul terus mengambil surat itu.
Adik sedih :(
-Your princess-Aizul tersenyum. Haih la Comel ni. Kenapa la kena bagi surat bagai. Aizul memasukkam surat itu ke dalam poket lalu duduk di tempatnya.
"Asal adik kau sedih bro?" Soal Aidan sambil membetulkan blazer pengawasnya. Aizul mengeluh. Perlu ke tak eh bagitahu? Dia nak Comel bahagia, pada masa yang sama dia risau kalau Edjaz tak selesa. Dia mengaku silap dia kerana cuba untuk mengatakan bahawa Edjaz tu crush Comel. Depan kawan dia pulak tu. Mesti dia malu.
Aizul menongkat dagu. Apa patut dia buat eh?"Bro, citer ahh. Apa dah jadi?" Desak Amzar pula. Dia mencucuk2 bahu Aizul. Geram pulak dengan ketuanya itu. Bila tanya suka diam. Jahit mulut tu kang baru tau. Biar tak boleh bercakap terus. Nak sangat diam kan.
Aizul menarik nafas sebelum...
"Adik aku suka Edjaz"
"HAH?!!"
Aizul berdecit. Ni yang malas nak bagitahu ni. Dah agak. Mesti akan bising punya.
"Korang diam2 dah la. Aku dalam proses nak satukan diorang ni. Cuma tula, kalau aku sorang je yang buat susah jugak. Aku nak kena jaga hati Comel lagi, nak kena faham keadaan Edjaz lagi" Aizul meraup wajahnya. Serabut!
Dia kalau boleh taknak masuk campur sebab banyak benda lagi dia nak kena buat. Tapi kesian pula dekat adiknya itu. Inilah dia pengorbanan seorang abang. Cecehhh.
Fazmie membetulkan bajunya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Aizul. "Kau tahu kan Edjaz tu jenis dingin? Kalau dia couple dengan Comel pun aku rasa dia akan silent. Taknak heboh2" Ujarnya.
Sekali lagi Aizul mengeluh. Apa nak buat ni..
*********
Tiba sahaja waktu rehat, aku dengan Mia terus ke tandas. Zana dengan Ash pula pergi cafe. Nak cari tempat. Nanti ramai susah pula.
Sambil2 tu, aku dengan Mia berbual pasal seseorang.
"Mia, Zack tu memang player ke?" Soal ku. Mia berdehem sebelum tersenyum.
"Kau minat dia eh?"
"Tak la! Tanya jeee"
Hish ke situ pulak. Memang la Zack tu handsome. Tapi tak bermakna aku nak suka dia okay? Aku tak pandang rupa. Aku pandang attitude je cewahhh. Attitude sendiri pun tunggang langgang ada hati nak dapat yang elok.
"Ya dia tu player. Selalu bagi ayat manis dekat perempuan. Sebab tu perempuan boleh suka dia. Kenapa kau tanya?"
Aku terdiam. Teringat hal haritu...
*Flashback*
Aku melangkah menuju ke kelas 5A iaitu kelas 1. Haih berdebar. Tiba sahaja di kelas 5A, aku mengetuk pintu. Semua pelajar toleh ke arah ku termasuk...
CRUSH!
Aku telan air liur. "Ye nak cari siapa?" Soal ketua kelas. Nama dia aku taktahu. "Em cikgu Raziq suruh pergi bilik komputer. Dia realif cikgu pj korang" Kataku perlahan. Taktahu diorang dengar ke tak. Dah la ada pelajar lelaki je dalam kelas ni. Aduh malunya.
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-