Bab 12 - 'Unknown'

1.4K 83 6
                                    

    "Edjaz tunggu la saya!" Aku termengah2. Gila laju mamat ni jalan. Aku punya la struggle kejar dia. Dia boleh relax je berjalan. Itulah untungnya orang yang kaki panjang. Nasib tak tangan panjang eheh.

Edjaz tiba2 berhenti dan menyebabkan aku terlanggar belakang badannya.

Mak! Sakit!

Aku meraba hidung aku. Patah ke? Ke dah penyek?

Edjaz pusing belakang. Kepalanya ditunduk. "Lain kali makan kalsium tu banyak sikit. Biar tinggi. Seksa je saya tengok awak ni"

What?! Dia nak kutuk aku pendek la ni? Huaaaa bagitau mama!

Aku mencebik. Dia yang tinggi macam galah. Err takdelah tinggi mana. Normal je. Cuma aku ni je ha yang terlebih pendek. Takpe guys. Pendek is cute. Pegang ayat tu.

"Jangan nak kutuk lebih2 eh" Marahku garang. Yeke garang? Edjaz cool je. Nampak la dia beri pandangan 'tak takut' dia tu. Erghh annoying.

"Awak nak apa ni?" Soalnya tegas. Rimas mungkin aku asyik ekori dia dari tadi. Dia ke pejabat, aku ikut. Dia ke bilik pengawas, aku ikut. Dia ke tandas, aku ikut. Tapiii aku tunggu kat luar la. Jangan fikir lain ya.
Sekali tengok macam anak ayam dengan mak ayam je. Asyik ikut je dari tadi.

"Saya nak tanya, demam awak dah okay ke? Saya risau awak duduk padang lama sangat. Nanti awak pitam macam mana?" Ujarku. Dia menjeling aku sebelum kembali melangkah. Eee geramnya!

"Edjaz dengar tak apa saya cakap nii..."

"Bisinglah Comel. Pergi masuk kelas!" Budak ni, mentang2 la takde cikgu dalam kelas. Merayap je kerja dia. Atau lebih tepat, kacau aku! Edjaz mendengus geram.

"Awak kata saya bising? Hey awak tahu tak saya risaukan awak? Bla...bla...bla..." (anggap je Comel tengah membebel guys)

Tanpa sedar, ada seseorang di sebalik dinding yang sedang memerhati gelagat 2 merpati tak sejoli itu.

"Tak guna kau Edjaz. Kau tunggu...."

Terus dia beredar dari situ. Pisau disimpan kemas di dalam poket.

*********

    "Zack, kau ada date ke harini?" Soal Firdaus sambil membasahkan rambutnya di sinki. Zack yang baru selesai memakai tali pinggang terus toleh ke arah Firdaus. Seluar sukannya dilipat kemas lalu dimasukkan dalam plastik kecil. Jersi hitam yang dipakainya dibetulkan. Dia hanya memasukkan bahagian depan sahaja di dalam seluar. Bahagian belakang dibiarkan keluar. Baru style eheh.

"Takde. Aku nak rest untuk seminggu ni. Kau tahu kan minggu depan aku ada game dengan dak Seratas?"

Firdaus mengangguk. Ye tak ye jugak.

Firdaus membasuh mukanya. Tisu diambil lalu dia mengelap mukanya sehingga kering.

"Aku nak masuk kelas dah ni. Kau nak ikut tak?" Zack menggeleng. Dia tak puas main air. Yelah, harini pj. 1 jam jemur tengah panas. Main bola sepak. Habis berpeluh badan dia. Nasib dia bawak baju dengan seluar spare.

"Kau pergi la dulu. Lagi 10 minit aku gerak"

Firdaus mengangguk lalu melangkah keluar dari tandas. Zack pula menuju ke sinki. Rambut perangnya dibasahkan berkali2. Kalau boleh nak je dia mandi. Tapi akan mengambil masa yang lama. Lepasni dah la subject fizik. Sebut sahaja pasal fizik, kelam kabut dia bersiap. Mati la kalau lambat masuk kelas. Mahu berbirat tapak tangan dengan punggung aku nanti.

Baru sahaja dia ingin pusing ke belakang,  perutnya terasa ngilu. Seperti ditusuk dengan sesuatu benda yang tajam dan panjang. Matanya terbeliak memandang gerangan di hadapannya. Badannya menggigil teruk. Satu sahaja yang mampu dia ungkapkan.

Sakit.

"Ini baru sikit, Zayyan Zackrie. Tahan lah sikit. Kau jantan kot" Zack makin lemah. Badannya mula melorot jatuh. Tangannya masih mencengkam erat tepi perutnya yang mula mengeluarkan darah pekat. Lain betul warna darah si Zack ni. Pekat sangat warnanya.

"K...kau sape?" Soal Zack lemah. Dia tak mampu melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu pakai mask serta hoodie hitam. Sesungguhnya dia tidak pernah melihat  lelaki dihadapannya ini.

Siapa dia?

Dia nak apa?

Kenapa dia berpakaian begini?

Namun persoalan itu hanya mampu bermain di fikiran. Zack pejam mata erat apabila terasa perutnya berdenyut dan mencucuk tatkala alat tajam itu ditarik kasar dari perutnya. Sakitnya Ya Allah..

"Kau nak hidup atau nak mati?" Lelaki itu mula mencengkam rahang Zack. Ngilu pipi Zack dibuatnya. Terasa urat2 pipinya berlaga sesama sendiri. Sakit wehh

"Hi...hidup" Jawab Zack terketar. Gila kau tak ketar. Pisau tajam tu dekat je dengan leher putih Zack. Tunggu masa nak kelar je.

Zack telan air liur. Dalam hati dia tak berhenti berdoa semoga ada pelajar yang masuk dalam tandas ni.

Lelaki itu ketawa disebalik mask. Bunyinya macam psycho. Zack pulak semakin lemah. Kesakitan di perutnya semakin menyengat. Darah makin ligat memancut keluar. Allah...

"Kalau kau nak hidup, kau kena tolong aku"

"Tolong..apa?" Mata Zack mula kuyu. Sungguh dia lemah saat ini.

"Aku nak kau culik Comel, bagi dekat aku. Dan jangan berani bagitau orang lain. Kalau kau bagitau, aku sendiri yang akan tarik nyawa kau. Anytime, Zayyan. Anytime. Bila2 je aku boleh datang..cari kau.."

Lelaki itu bermain2 dengan pipi Zack menggunakan mata pisaunya. Zack mula cuak. Jangan woi! Habis muka handsome aku nanti. Erk sempat lagi kau Zack.

"Boleh tak?!" Soal lelaki itu sambil menekan perut Zack yang berdarah itu. Zack terjerit namun pantas lelaki itu menekup mulutnya.

"Aku ulang. Boleh...ke...tak..Zayyan?" Suaranya diperlahankan.

Apabila dia menerima anggukan dari Zack, terus dia lepaskan mulut Zack lalu beredar dari situ. Sempat dia letak pisau tadi tu di tangan Zack. Kononnya Zack yang tikam diri dia sendiri. Zack? Sudah terbaring di atas lantai bersama lumuran darah. Wajahnya pucat tak berdarah. Nak tunggu orang selamatkan? Heh, dah terlambat...

**********

    "Monitor, semua dah ada dalam kelas?" Soal cikgu Nani sambil membetulkan cermin matanya. Rotan di tangan masih tidak dilepaskan.

Firdaus pula sudah terkulat2. Aduh mana Zack ni.

"Muhammad Aiman Firdaus! Saya cakap dengan awak ni!"

Bunyi rotan mula memenuhi ruangan kelas. Habis 1 kelas menikus mendengar bunyi rotan yang sangat kuat tu. Shahaizul si ketua pengawas pula memberi pandangan tajam pada Firdaus. Jawab jela!

"Err...Z...Zack takde dalam kelas..cikgu"

"What? Dia pergi mana? Ponteng? Berani betul ya!"

Sekali lagi rotan itu mendarat di atas meja guru. Kuat weh. Silap2 boleh roboh meja tu nanti.

Firdaus sudah menunduk. Zack mana kau ni...

"Shahaizul!"

"Saya cikgu" Tersentak ketua pengawas tu dibuatnya.

"Pergi cari Zack sampai jumpa. Kalau tak jumpa, 1 kelas saya denda. Cepat! Dan kamu semua jangan duduk selagi Shahaizul dengan Zack tak masuk kelas!" Kelam kabut Shahaizul berlari ke luar. Sebelum itu, sempat Firdaus menyebut perkataan 'tandas'. Shahaizul pula hanya memberi isyarat 'okay'.

Firdaus menunduk sambil menggenggam tangan dengan geram. Tak guna kau Zack. Kau punca 1 kelas kena marah....

Edjaz pula hanya diam. Buku latihannya dibelek satu per satu. Nak check kot2 ada yang tertinggal. Kalau tertinggal matilah weii. Murung sebulan dibuatnya nanti.

Okay complete. Semua siap.

Setelah puas hati, Edjaz menutup semula buku latihannya. Menanti arahan 'duduk' dari cikgu garangnya itu. Tapi malang, mereka disuruh berdiri sampai lah Shahaizul dengan Zack masuk kelas. Satu kelas sudah merungut.

Zack punca.


The One [C]Where stories live. Discover now