Bab 23

1.3K 82 3
                                    

     Reno menghampiri Danial. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Patutkah dia halang? Atau biarkan sahaja? Kalau dia halang, sekejap sahaja nyawanya akan ditarik. Kalau dia biar.....

"Kau tengok perempuan ni Reno. Dia dah terseksa hahahahaha!" Danial sudah seperti orang gila. Seram pulak dengar dia gelak macam tu.

Aku cuba sedaya upaya buka mata aku. Reno memandang aku dengan pandangan simpati. Begitu juga Nazril. Mereka tak mampu buat apa2. Hanya jadi penonton untuk penyeksaan ini.

"Dah. Kau settle dia. Pastikan dia hidup. Aku tak puas lagi seksa dia" Arah Danial pada Nazril. Nazril hanya mengangguk. Reno, Zarif dan seorang lagi lelaki mengekori Danial. Memberi ruang untuk Nazril uruskan aku.

Nazril mengangkat tubuhku lalu dibawa ke katil. Tubuh aku ditelakkan perlahan2. Mungkin taknak aku sakit. Dia pantas melilit tuala puas pada perut aku. Taknak bagi darah keluar. Kotak first aid dibuka. Kapas dan minyak gamat diambil.

"Kau boleh bergerak tak ni?" Soalnya.

Aku hanya diam. Tak bermaya.

Tanpa berlengah, Nazril membersihkan bibir aku yang penuh dengan darah. Walaupun perit, tapi aku terpaksa tahan. Sekejap sahaja darah di bibirku hilang. Nazril mula meletakkan minyak gamat pada pipi aku yang bengkak. Aku pejam mata erat. Sumpah sakit. Tapi aku takde kudrat untuk berbunyi. Cengkaman di perutku makin mendalam. Rasa macam nak meletup perut aku ni. Sakit sangat.

Selesai di bahagian bibir. Zack beralih pada perut aku pula. Ok ini sumpah aku cuak. Dan semestinya dia punya sakit tu tak boleh bawak bincang. Boleh meraung aku dekat sini. Dengan takde ubat tahan sakit atau bius. Kalau Zack takpela. Sedar2 je perut dah dijahit siap. Aku ni? Rawat dalam keadaan sedarkan diri? Allahu. Azab weh..

"Tahan zikit eh? Aku cuma nak bersihkan darah ni and tutup luka ni je. Tak buat apa pun"

Aku pejam mata seerat yang mungkin saat terasa satu objek menyentuh kulit perut aku. Sakitnya Ya Allah!

Air mata aku mengalir lagi. Hanya mampu tahan, tahan dan terus tahan.

Nazril membuat kerjanya secepat yang mungkin. Dia taknak aku sakit. Selesai siap bersihkan darah, dia tutup perut aku menggunakan satu benda ni, aku pun tak tahu nama dia apa. Yang macam ada jaring2 tu.

Ok siap.

Dada aku turun naik. Melepaskan lelah. Terseksa aku tahan sakit tadi. Now dah rasa okay sikit.

"Aku ambilkan makanan kejap. Kau mesti lapar kan? Tunggu ya"

Aku hanya menghantar pemergian Nazril melalui pandangan. Baju aku yang berlumuran darah itu aku pandang lama. Ini kalau dibiarkan lama2 ni, susah nak hilang. Buang terus la jawabnya baju ni nanti.

Aku pandang luar tingkap. Entah macam mana aku boleh bertahan sampai tak boleh pengsan. Si Zack tu pengsan. Aku tak pengsan pun. Aku bersyukur sebab Allah beri kekuatan dalam diri aku untuk bertahan. Selagi boleh aku bertahan, aku bertahan. Sehinggalah ajal aku tiba...

"Comel, makan" Nazril muncul bersama dulang makanan. Dia membantu aku untuk duduk. Melihat keadaan aku yang sangat tak bermaya ini, terus dia suapkan aku bubur sayur yang masih panas itu.

Sedap! Tapi lain sikit rasa bubur ni. Macam bukan masakan orang melayu.

"Aku tak sampai hati tengok kau macam ni" Ujarnya. Aku masih lagi diam. Kau cakap la apa kau nak cakap, bukannya boleh keluarkan aku dari sini pun.

"Aku memang tak setuju dengan apa yang Danial buat sekarang ni. Dan untuk pengetahuan kau, aku tengah cari Jasnita. Lepas2 dia bunuh Hana terus dia larikan diri. Dengar cerita dia ada dekat Singapore"

Diam lagi.

"Macam mana aku boleh tahu dia yang bunuh Hana? Sebab aku nampak dengan mata aku sendiri. Dia perasan aku sebab tu dia larikan diri. Bila aku explain dekat Danial, dia tak percaya. Dia sebelahkan Jasnita. Dan aku takde bukti, Comel. Kalau aku ada bukti dah lama aku bagi. Kalau aku report polis pun polis takkan percaya sebab takde bukti. Danial marah aku sebab aku cuba nak backup kau. Yelah, kau tak salah kot. Mestilah aku backup kau. Then sejak tu aku rasa tawar hati dengan Danial. Aku berkawan dengan dia sekarang ni pun sebab aku berkawan dengan dia sejak kecik. Aku sayang dia. Tapi tulah, kawan aku tu dah berubah jadi psycho. Sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri sendiri. And aku cari kau pun sebab aku nak minta maaf pasal hal dulu. At the same time aku nak selamatkan kau dari Danial. Tapi dah terlambat. Danial jumpa kau dulu dari aku" Nazril senyum tawar. Dia menggaul bubur itu lalu disuapkan ke dalam mulut aku.

Aku masih diam. Tak sangka lelaki ini telah berubah. Dari pembuli terus jadi baik macam sekarang ni. Dari air mukanya, aku tahu dia ikhlas. Sebab aku perasan mata dia berkaca. Macam nak nangis.

Aku senyum sedikit. "Takpe, benda dah jadi" Aku bersuara perlahan. Masih tak bertenaga walaupun dah makan bubur semangkuk.

Nazril membalas senyumanku. Maafkan aku Comel...

    MALAM itu aku tak dapat tidur dengan lena. Satu, sebab perut aku yang makin mencucuk. Dua, sebab bunyi bising di luar. Macam ada orang bergaduh. Aku malas nak ambik tahu, terus aku mengiring membelakangi pintu bilik. Aku cuba pejam mata.

Entah kenapa aku rasa macam ada orang dekat dengan aku. Haruman perfume mula menyengat dalam rongga hidung aku.

Wangi. Macam kenal bau ni.

Baru sahaja aku ingin menoleh, terus mulutku ditekup menggunakan kain putih. Mataku juga ditutup oleh satu tapak tangan yang agak besar saiznya. Dan aku tahu itu tangan lelaki.

Lama kelamaan, pandanganku mula gelap. Dan aku pengsan...

**********

   
     "Bro, makan la. Penat kitorang beli untuk kau" Fareed menghulurkan 1 set mcd kepada Aizul. Aizul memandang tajam sahabatnya itu.

"Aku tak suruh kau beli" Balasnya dingin. Sejak2 adiknya hilang terus dia berubah jadi dingin. Asyik nak marah je kerja.

Fareed menggaru keningnya. Tadi cakap lapar. Bila dah beli, taknak pulak. Adoii Aizul.

Amzar, Farhan dengan Ariz hanya tersengih melihat captain mereka itu. Kuat badmood dah Aizul sekarang ni.

Sedang mereka sibuk berbual, tiba2 ada sebuah bmw hitam masuk dalam rumah Aizul. Siapa suruh tak tutup pagar hahaha.

Mereka memandang aneh ke arah kereta itu. Siapa ni?

"Cousin kau kot Aizul" Teka Amzar. Yang lain angguk setuju. Aizul bangun dari kerusinya lalu pergi ke pintu rumah.

"Mama, ada orang datang" Katanya. Datin Arina dengan Dato Zaim yang sedang bersantai di ruang tamu terus bangun mendapatkan anak terunanya itu.

"Siapa?" Soal Dato Zaim. Aizul angkat bahu. Mereka hanya menunggu pemilik bmw hitam berkilat itu.

Pintu dibuka.

Muncul seorang lelaki berambut merah serta berpakaian serba serbi hitam.

Aizul melopong melihat lelaki dihadapannya ini. Model mana sesat ni...
   

The One [C]Where stories live. Discover now