Bab 59 - Malang tak berbau

1.2K 77 1
                                    

     "Morning birthday girl!" Sapa Zana mesra. Aku tersenyum lebar. Senang hati dapat lihat Zana yang dulu. Yang periang dan aktif.

"Happy birthday sayang!" Kata Mia pula sambil tepuk tangan.

Aku tersenyum gembira. "Thanks semua. Ash mana ya?" Baru perasan Ash takde.

"Oh Ash demam. Dia tak datang sekolah. Dia suruh ucap happy birthday dekat kau" Balas Mia. Aku angguk. Takpe. Lagipun pukul 12:15 a.m. tadi dia ada send wish. Kemain panjang lebar. Nasib dia ingat. Bukan macam orang tu huh.

"Okay jom masuk kelas" Kataku. Kami bertiga berjalan sambil...heh, bergosip la apa lagi.

Masa kami berjalan di koridor yang berhampiran dengan tempat parking kereta, aku dengar suara seseorang menjerit.

"Fuyooo comelnya abang King kita naik kereta tu hahahahaha!"

Riuh di tepi pondok itu. Aku pandang kawasan parking. Nampak King tengah keluarkan barang dari kereta....

Mini cooper?

HAHAHAHAHAHAHAHA!

"Uish asal dia naik mini cooper kakak dia?" Soal Mia. Ohh kereta kakak dia rupanya.

"Kereta dia masuk bengkel. Aku tengok story ig dia semalam" Balas Zana.

"Ouh"

Aku tergelak kecil melihat wajah bengang King. Dia nak marah tapi dia diam. Adoiyaii King. Nampak cute bila kau naik kereta tu. Warna pink pulak tu. Kau dah la tinggi, tegap, nampak kelakian sangat. Tapi bila naik kereta kontot warna pink tu aduhh. Berdekah aku gelak.

"Bila aku mesej seko2 mintak tolong ambik kat rumah sorang pun tak reply. Elok buang je fon tu!" Marah King setelah berada dalam kelompok rakan2 nya. Alamak! Abang King sudah marah. Chaw dulu hehe.

Tidak lama kemudian, kami tiba di kelas dan....

"HAPPY BIRTHDAY COMEL QISMIENA!" Satu kelas menjerit riang.

Aku terkedu. Mataku jatuh pada 2 buah meja di hadapan whiteboard yang dipenuhi dengan makanan serta sebiji kek secret recipe. Allahu.....

"Yeay! Comel turn's 16!!!" Sorak Akmal pula.

"Kitorang doakan kau panjang umur murah rezeki ya Comel"

"Stay cute Comel Qismiena!"

Dan bermacam lagi ucapan yang aku terima.

Aku tersenyum. Mataku berair. Terharu....

"Nah. Potong cepat, tak sabar nak makan" Kata Ella.

"Sibuk la kau. Ini kek Comel bukak kek kau!" Marah Akmal.

"Ehh suka hati la. Comel tak kata apa pun yang kau sibuk sangat pehal?!"

"Benda betul. Kau tu yang menyibuk"

Ya Allah...diorang ni kalau tak bergaduh tak sah kan. Aku kahwinkan jugak baru tau.

"Comel. Potong la. Kejap lagi cikgu masuk" Kata ayu bersama senyuman manis. Lambat2 aku potong oreo cheesecake itu.

"Yeayy!" Satu kelas tepuk tangan termasuk aku.

"Korang, terima kasih sangat2. Korang sanggup habiskan duit semata-mata nak beli semua ni" Aku mengucap sambil tahan esakan. Sumpah aku terharu gila...

"Alah jangan la nangis. Kau kan birthday girl. Birthday girl mana boleh sedih2" Pujuk Zana sambil lap air mata aku yang mengalir di pipi. Ni kalau Edjaz tengok mesti dia cakap aku cengeng.

Edjaz?

Hm. Dah lama aku tak contact dengan dia. Dia pun senyap je. Aku dah unblock dia kot. Tapi dia takde chat pun. Takpe lah, orang tak sudi. Nak buat macam mana...

"Okay kita simpan dulu kek ni, nanti rehat kita makan ya? Nak pukul 7:30 dah" Ujar Mia. Kami semua setuju. Segala jenis makanan atas meja itu kami alih letak di tepi. Kek pula disimpan kemas. Dalam kelas ada aircond. Rasanya takkan cair.

************

    "Adik, adik sure nak drive?" Soal Aizul risau. Aku senyum yakin.

"Semalam kan adik dah berlatih bawak"

"Yela. Tapi itu hanya basic. Itu pun masih tergagap lagi. Ni kat jalan raya ni dik" Aizul cuba menegas.

"Adik nak cuba dulu abang. Kalau adik tak yakin nanti kita tukar la" Aku cuba memujuk.

Lama Aizul diamkan diri sebelum angguk setuju. Yes!

Aku mula bergerak ke tempat pemandu. Pandangan pelik dari rakan2 Aizul tidak ku hiraukan. Tak pernah tengok perempuan drive kereta ke ha?

Setelah itu, aku mula memandu keluar dari kawasan sekolah.

Kini, kereta berada di kawasan jalan raya. Aku tarik nafas. Cuba memandu sehabis baik. Aizul di sebelah pula sudah tidak senang duduk. Kejap dia pandang aku kejap dia pandang depan.

"Em adik, bagi abang drive la" Aizul cuba memujuk. Dia kelihatan risau. Mahu tak risau, kereta kiri kanan depan belakang haa. Bukan tu je. Lori2 pun banyak di jalan raya ni.

"Lek luu abang" Aku tersengih.

"Apa lek? Tahu tak sekarang ni kita dalam bahaya?!" Aizul naikkan sikit suaranya.

Aku mengeluh lalu pandang dia.

"Masa ni la adik kena belajar" Ujarku.

Aizul pandang depan.

"Adik lori!"

Laju sahaja aku pandang ke depan lalu kelam kabut aku tekan brek. Eh bukan brek yang aku tekan, tapi pedal minyak! Kereta meluncur laju ke depan dan bertembung dengan sebuah lori simen

"Abang!!!!"




BAM!

The One [C]Where stories live. Discover now