Macam biasa, setiap hari isnin je mesti ada perhimpunan. Kalau dulu aku tak suka perhimpunan sebab lambat dan buatkan aku mengantuk. Tapi sekarang, dia punya semangat tu lain macam. Sebab apa? Sebab ada encik crush laaa~
Aku menunggu Zana di luar kelas. Lambat betul makcik ni. Nak makeup bagai. Bukannya nak pergi konsert. Pergi perhimpunan je pun.
"Ash, tangan kau dah okay?" Soalku pada Ash.
Ash accident semalam guys. Dia keluar dengan kakak dia. Then kereta diorang kena rempuh dari tepi. Habis tangan Ash terseliuh. Tapi apa pun aku salute Ash, walaupun tangan hampir patah tapi dia gagah datang sekolah. Ash kan kental hehe.
Ash hanya mengangguk sambil menyentuh sikunya. Sikunya berbalut dengan bandage. Kesian Ash. Nasib tangan kiri. Kalau tangan kanan? Jenuh nak menulis and nak makan.
"Sorry lambat girls" Ujar Zana sambil membetulkan tudungnya. Hmm aku tengok dia ni dah lawa sebenarnya. Tak perlu nak bersiap lebih2 pun dah okay.
"Kau ni lawa2 nak ngorat siapa?" Soal Mia sambil peluk tubuh.
Zana tersenyum.
"Memandangkan aku dah lama single, jadi..aku nak try Zack lah"
"WHAT?!!"
**********
Tiba sahaja di dewan, kami berempat ambil tempat di tengah2. Nanti kalau nak tidur ke makan ke senang. Cikgu dan pengawas takkan nampak hehe.
Aku lihat Ash tidur sambil sandar kepada di belakang badan Zana. Mia disebelahnya pula curi2 main telefon. Aku dengan Zana? Bergosip. Pasal siapa? Pasal dia dengan Zack!
Terkejut beruk kami tadi lepas dengar dia sebut nama mamat buaya tu. Macam tu ke taste Zana? Ke dia memang tak kesah kalau kena game? Member jenis apa la dia ni, pandang rupa *tepuk dahi*
"Tolong explain. Kenapa kau tiba2 nak try Zack?" Soalku garang. Suara pengerusi majlis tidak ku hiraukan. Kalau itu Edjaz dah lama aku tenung dia lama2 dan lupakan kawan2 aku HAHAHAHA.
"Bukan apa. Aku memang suka Zack tu lama dah. Walaupun dia playboy tapi err..cara dia tu menarik minat aku" Aku menggeleng. Ye aku akui Zack tu terlampau kacak sampai aku pun boleh cair. Tapi takde la sampai nak jadikan dia boyfriend. Gila. Playboy kot tu.
"Takpe. Kena game pun aku tak kesah. Aku tetap akan ganggu dia hehee"
Aku menggeleng lagi. Nampak sangat la dia dah lama berkenan dekat si Zack tu.
Aku perhati sekeliling dewan. Aik? Mana Edjaz? Dia tak bertugas ke?
"Cari siapa tu?"
Aku dengar suara Mia. Aku pusing belakang. Kelihatan Mia tersenyum senget ke arahku. Heh dia ni. Macam tahu2 je aku cari siapa.
Sedang aku sibuk berbual dengan Mia, aku perasan ada kelibat seseorang.
Edjaz.
Dan dia....
Aku kerut dahi. Kenapa muka dia nampak pucat? Dan aku perasan dia asyik batuk. Dia sakitkah? Ke demam? Haa janganlah. Nanti ayee risau. Haktuihhh.
"Tu. Buah hati kau asyik batuk2 je. Demam la tu. Kau as kekasih dia pergi la belikan dia ubat ke, bagi kata2 semangat ke. Baru dia sayang hehe" Kini giliran Zana pula mengusik.
Aku cubit pinggang Zana. Haa amek kau! Usik aku lagi. Aku mencebik. Mata masih terarah pada Edjaz. Dia sedang berdiri di tepi dewan bersama pengawas yang lain.
Aku mengeluh. Hmm nak buat apa ya?
*********
"Okay kelas, jangan lupa siapkan latihan tadi. Saya nak check esok. Siapa tak siap, ada habuannya tadi..."
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-