"HAH?!!"
Aku ternganga luas. Serious la apa yang aku dengar ni? Orang lain tikam Zack? Siapa?!!!
"Siapa weh?"
"Budak mana?"
"Kenapa dia tikam kau?"
"Bagitahu aku muka dia macam mana!"
"Form berapa?"
Zack pejam mata sambil picit dahi. Ya Allah kesian dia. Baru je sedar terus kena serang oleh 'abang bawang'.
"Korang, relax boleh? Member baru sedar kot. Faham la keadaan dia" Suasana mula sepi tatkala mendengar teguran tegas dari Edjaz. Dia membetulkan cermin matanya. Lupa ke guys Edjaz ni pakai cermin mata? Hehe..
Mereka semua memohon maaf kepada Zack. Zack pula hanya angguk.
"Sebenarnya...aku tak kenal pun siapa dia. Dia pakai serba serbi hitam dengan mask. Dari mana dia muncul aku pun tak tahu. Datang2 terus tikam aku. And dia cakap..kalau aku nak selamat, aku kena culik Comel. Then bagi dekat dia"
Aku terasa seperti disambar petir.
Keras kejung badan aku setelah mendengar penjelasan Zack.
Culik aku? Untuk apa? Siapa dia sebenarnya?
Dan kini semua mata memanah ke arah ku. Termasuk Edjaz. Dia memandang aku melalui ekor matanya.
"Dan dia ugut aku. Kalau aku bagitau perkara sebenar, bila2 masa dia boleh bunuh aku. Tapi aku tak sanggup beb culik Comel. Sebab tu aku bagitahu ni. Sebab aku memang taknak culik Comel. Budak ni tak buat salah apa weh dengan aku. Kenapa aku nak kena culik dia? Dan andai kata lelaki tu tahu aku bagitahu hal sebenar and dia cuba nak bunuh aku, aku redha" Zack menunduk.
Aku pandang Zack lama. Ya Allah Zack. Kau sanggup pentingkan aku dari nyawa kau sendiri? Allahu....
Shahaizul duduk di kerusi sebelah katil Zack. Dia merenung Zack lama.
"Memang ini je info yang kau ada?" Soalnya. Dia sudah menjalankan tugasnya sebagai ketua pengawas.
Zack angguk sekali kemudian dia pandang aku.
"Jaga diri baik2. Jangan dekat dengan orang yang tak dikenali" Entah kenapa aku rasa nak nangis dengar dia cakap macam tu. Macam nak.... mati.
No! Zack tak boleh mati! Aku takkan biarkan lelaki tak guna tu sentuh Zack buat kali kedua!
Aku kumpul kekuatan sebelum berkata
"Awak jangan terpedaya dengan permainan si kancil Zack. Awak anggap je dia tak serious. Dia hanya cakap tapi hakikatnya dia takkan berani buat"
Zack menggeleng.
"Dia dah buktikan yang dia seorang yang berani Comel. Ni..." Zack tunjuk perutnya berbalut dengan bandage. Walaupun aku segan nak pandang tapi aku pandang juga. Takde maksud lain k.
"Kau jangan takut. Ramai akan pantau kau. Benda ni dah boleh libatkan polis"
Dengar sahaja kata2 dari Amirul terus berubah pucat wajah Zack.
"Aku takut dia cari aku"
"No Zack. Kitorang ada. Kau jangan risau" Shahaizul cuba tenangkan Zack yang nampak fobia. Zack cuba mengaturkan nafasnya dengan baik. Chill Zack...dia takkan tahu kau dekat sini.
"Em Comel, Comel ada musuh ke?" Kini Shahaizul beralih padaku.
Aku diam. Musuh? Tak silap aku takde. Aku mana pernah bergaduh dengan sesiapa.
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-