Harini guru subject sejarah tak hadir. Katanya ada emergency case. Dan aku? Letak kepala atas meja, tidur.
Baru beberapa saat pejam mata, tiba2
"Woi anak dara! Bangun!"
Aku kenal suara ini. Siapa lagi kalau bukan Zana si makcik kepoh. Terus aku celik mata. Kelihatan dia sedang tersenyum gedik. Ha ada benda la tu.
"Nak apa?" soal ku malas. Zana menarik kerusi di sebelah aku. Suka hati dia je duduk tempat Ash. Ni kalau Ash tahu ni mahu kena karate percuma. Nasib Ash takde dalam kelas. Cikgu takde dalam kelas, merayap la kerjanya. Itu hobi sahabat karibku yang sorang tu.
"Ni, abang kau free sabtu ni?" Soal Zana sambil tongkat kepala pandang aku.
Uhh ni mesti nak mintak tolong ajarkan addmath. Alasan je. Cakap jela kau nak menggatal dengan abang aku tu. Dasar udang di sebalik batu.
"Tak tahu. Rasanya dia nak keluar dengan GIRLFRIEND dia" Sengaja aku tekankan perkataan girlfriend itu. Biar sedar sikit yang Aizul tu dah berpunya.
Zana mencebik. Kacau daun betul la kak Fina ni. Bisiknya dalam hati.
Zana terus bangun dari tempat Ash lalu duduk di tempat asalnya. Aku senyum mengejek. Patah hati la tu. Tapi memang betul, kak Fina ada ajak Aizul teman dia pergi beli baju untuk hari lahirnya nanti. Macam mana aku boleh tahu? Sebab mereka berdua ajak aku sekali. Tak elok la kan keluar berdua.
Aku pandang jam di dinding.
Baru pukul 9:25
Rehat pukul 10. Ah lambat lagi! Lapar ni. Dan aku baru teringat, ada kakak form 5 ni bagi aku kitkat dengan kinder bueno. Cepat2 aku keluarkan dari beg. Untung juga jadi adik Aizul ni. Apa yang Aizul dapat, mesti aku akan dapat sekali. Kadang2 dapat benda yang sama, kadang2 berlainan. Macam haritu Aizul dapat 2 jersi adidas, aku pulak dapat 2 tudung. Manyakk untungg wooo.
Sedang aku sibuk menikmati kitkat pemberian peminat abang aku tu, Ash dengan Mia masuk ke dalam kelas. Mereka menghala ke arah aku bersama wajah yang....
Aku angkat kening. Kenapa muka diorang ni kronik sangat? Macam takut + cuak. Apahal?
"Korang ni kenapa?" Soal ku aneh sambil mengelap kesan comot di tepi bibir. Makan coklat of course la comot kan.
Ash dengan Mia saling berpandangan. Diorang ni kenapa? Aku cepuk naya. Kelihatan Mia sedang menarik nafas sebelum berkata...
"Kitorang nampak crush kau, Edjaz dengan sorang perempuan dekat belakang tandas perempuan. Berduaan"
Zapp!
Hati aku terguris.
Jantungku seperti sudah berhenti berdegup.
Kitkat di tanganku hampir terjatuh.
Benarkah? Kalau betul..siapa perempuan itu? Apa mereka buat di belakang tandas? Waktu pdpc pulak tu. Takkan la diorang...
Astaghfirullahalazim. Tak baik fikir bukan2 Comel. Think positive!
Cepat2 aku sedarkan diri. Kitkat di tangan aku letakkan atas meja. Terus hilang selera makan aku. Aku menunduk. Kenapa aku berdebar sangat ni? Baru dapat tahu dia berduaan dengan perempuan dekat belakang tandas aku dah down macam ni. Mana la tahu itu adik dia ke. Kan? Tapi kenapa mesti belakang tandas? Kalau ada hal penting sangat pun, kenapa tak jumpa dekat kelas je? Ah tak boleh jadi ni!
Aku terus bangun lalu melangkah keluar dari kelas. Laungan dari sahabat ku tidak dihiraukan. Dan aku dengar ada bunyi tapak kasut di belakang. Aku tahu siapa dia.
"Comel kau nak pergi mana ni?" Soal Mia yang sudah berada di sebelah ku. Aku diam. Kenapa aku rasa marah sangat ni?
Ash dan Zana turut mengekori aku. Risau betul diorang. Bukannya aku nak pergi wrestling perempuan tu. Aku cuma nak tengok je. Kot2 aku kenal kan? Boleh aku debik terus hahahaha.
Sedang kami berborak pasal Edjaz dengan gadis itu, tiba2 kami bertembung dengan mereka berdua. Nahh panjang umur. Langkah ku terhenti melihat mereka.
Mereka kelihatan sangat mesra. Aku dapat rasa rakan2 ku sudah tidak senang duduk. Mia pula cuba menarik tangan aku untuk beredar dari situ namun aku enggan. Mungkin mereka risau aku akan buat sesuatu dekat perempuan tu? Hahahahaha gila.
Aku berdebar saat pandangan Edjaz menghala ke arah aku. Begitu juga perempuan di sebelahnya.
Aku telan air liur. Patutkah aku lari? Atau mengaku yang aku ni kekasih Edjaz?
Gila.
Kalau betul perempuan depan aku ni girlfriend dia, mampus aku. Tapi, kenapa aku sedih sangat ni...
"Comel? Adik Aizul kan?" Soal perempuan di hadapan ku ini, atau lebih tepat di sebelah crush aku. Huh rapat pulak tu. Aku lempang baru tau.
Aku hanya angguk dengan wajah kosong. Faham kan? Tanpa sebarang senyuman or what. Sebab apa? Sebab tiba2 rasa menyampah dengan perempuan ni. Ringan sangat kaki ni nak hinggap ke muka bujur dia tu.
"Wahh tak sangka. Akhirnya dapat jugak jumpa adik captain ragbi yang hot tu"
Eh eh dia ni. Dah ada Edjaz lagi mau menggatal sama abang gue? Dasar loo minah tamak.
Aku tayang muka boring. Dia ni nak apa sebenarnya?
"Kau ni siapa?" Soal Zana garang. Wahh lupa. Kawan baik kat sebelah aku ni peminat setia Aizul. Aku tersenyum sedikit saat melihat perubahan pada wajah perempuan itu. Mungkin dia terkejut? Hahaha.
"Saya Leena. Baru pindah sini tadi. Dan saya form 5. Senior awak " Oh Leena. Hm not bad. Muka pun boleh tahan cun. Tapi aku cun lagi hohohoho. Mohon sediakan baldi please. Tapiii betul apa! Ramai puji aku tau! Astaghfirullahalazim. Tak baik riak Comel. Huhu maaf readers. Ok sambung tadi.
Aku dapat rasakan Zana mula menggelegak saat Leena sengaja tekankan perkataan 'senior awak' itu. Seolah2 ingin menyuruh Zana untuk menghormatinya sebagai seorang senior.
"Baru pindah? Awak daftar dekat belakang tandas ke apa?" Cepat2 aku tekup mulut. Ash, Mia dengan Zana pula sudah melopong. Aduhh Comel niii!
Mereka seperti ingin menerkam aku. Aku? Sudah cuak saat Edjaz memberi pandangan yang tajam ke arah ku. Namun, perasaan takut diganti dengan perasaan sedih. Aku menunduk. Betul ke diorang ni couple?
"Eh mana awak tahu kitorang dekat belakang tandas tadi?" Soal Leena padaku. Aku gigit bibir sambil pandang Ash dengan Mia. Mereka memberi pandangan 'jangan bagitahu'. Hm memang tak la aku nak bagitau.
Aku senyum tawar sambil geleng perlahan. "Longlast" Ucapku perlahan sebelum patah balik ke kelas. Aku genggam tangan. Kuat Comel. Kau kena kuat!
Zana mendengus kasar sebelum menjeling Leena. "Kalau kau nak tahu, Comel minat sangat dengan Edjaz ni. Tapi kau punca hati dia retak" Katanya lalu melangkah pergi. Leena tercengang. Bukan dia sahaja. Edjaz turut terkejut dengan kenyataan itu tadi. Dia mengeluh.
Alahai Comel, abang dengan kak Leena takde pape lah sayang. Manja sangat awak ni. Macam mana abang nak handle awak nanti..
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-