Edjaz memandang Haikal dengan pandangan tak percaya.
"Apa maksud kau?" Soal Edjaz perlahan.
Haikal berjalan mengelilingi Edjaz.
"Kalau kau nak tahu, aku dah lama pendam perasaan dekat adik Aizul ni. Niat aku lepas dia keluar hospital haritu, aku nak try dia. Tapi dah terlambat. Kau rembat dia dulu dari aku!" Haikal meninggikan suaranya saat menyebut ayat terakhir.
Aku yang dengar dari jauh pun boleh kena heart attack apatah lagi Edjaz yang berada dekat dengan dia. Harap2 Edjaz tak pekak lepas kena jerkah dengan suara garau itu.
"Kau jangan nak salahkan aku Haikal. Kalau aku tahu kau suka dia dah lama aku jauhkan diri dari dia"
Entah kenapa hati aku berasa pilu tatkala mendengar kata2 Edjaz itu. Aku terasa diri aku ni macam barang. Sesuka hati nak ambik, sesuka hati nak bagi dekat orang lain. Allahu....
Haikal berhenti di hadapan Edjaz. Dan kini dia membelakangi aku.
"So now, kau dah tahu kan? Kau mintak putus dengan dia sekarang!"
Jantung aku berdegup laju. Sumpah aku rasa macam nak pengsan. Aku tak sanggup nak hadap situasi ni...
Edjaz terdiam lama. Dia tersepit. Apa yang perlu dia lakukan? Kalau dia tak ikut cakap Haikal, kemungkinan dia akan kena hukuman yang berat oleh pengetua. Dan imej yang dia jaga sebelum ni pasti akan tercemar. Imej sebagai pengawas paling berdisiplin dan bertauliah. Pada masa yang sama, dia tak sanggup lepaskan Comel. Gadis itu tidak bersalah, dia hanya mangsa keadaan. Dan Edjaz akui bahawa dia mula cintakan gadis itu. Ya Allah macam mana ni...
"I'm waiting..." Sengaja Haikal meleretkan suaranya. Rakan2 nya di belakang sudah tersengih. Suka mungkin tengok Edjaz macam ni.
Aku menunduk bersama mata yang berkaca. Menunggu kata2 keramat dari mulut Edjaz.
"Aku takkan lepaskan Comel. Dia hak aku"
Automatik air mata aku jatuh. Edjaz......
**********
"Jangan buat lagi"
Edjaz hanya angguk sekali. Dia keluar dari bilik pengetua bersama blazer pengawas di tangan. Kesakitan yang menyengat pada tangan kirinya tidak dihiraukan. 5 kali beb dia kena rotan. Kuat pulak tu. Sampai melecur tapak tangan. Tapi dia masih mampu bertahan.
Dia menarik nafas setelah keluar dari bilik pengetua. Bilik pengawas dituju.
Tiba sahaja di bilik pengawas, dia mengetuk pintu.
"Masuk" Arah seseorang.
Dia tarik nafas sebelum menolak pintu.
Shahaizul yang sedang membaca buku rekod pelajar terus angkat muka memandang wajah anak buahnya itu. Dia berdiri dengan mulut yang sedikit ternganga.
"Macam mana bro?" Soalnya tak sabar.
Edjaz diam. Dia menghulurkan blazer pengawasnya kepada Shahaizul.
"Aku kena gantung seminggu"
"What?!"
**********
Aku kehulur-kehilir di hadapan kelas 5A iaitu kelas Edjaz. Mana budak kelas Edjaz ni.
Memandangkan cikgu aku bagi keluar rehat awal, jadi kesempatan ini aku ambil untuk berjumpa dengan Edjaz. Namun hampa, kelasnya kosong. Mungkin mereka berada di makmal komputer? Makmal bio? Fizik? Kimia? Or whatever.
Aku menunggu dengan sabar. Sekarang dah pukul 10:05 pagi. Mesti sekarang budak kelas 5A dah otw naik kelas.
Tekaan ku tepat. Kini pelajar kelas 5A sedang berjalan menuju ke kelas mereka. Aku pula berdiri di tepi dinding kelas mereka.
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-