Hari berganti hari. Hari ni dah genap 2 bulan aku menjadi kekasih Edjaz.
Dia pun sudah berubah menjadi lebih sweet. Kalau dulu dia selalu kenakan aku. Tapi sekarang terbalik. Aku pulak yang selalu kenakan dia.
Sejak2 kejadian yang aku difitnah tu, dia terus berubah. Ada hikmah rupanya ehee.
Aku ketawa seorang diri melihat Edjaz yang sedang bermain bola sepak dengan rakan2 nya. Ada ke patut dia jadikan bola sepak tu sebagai bola bowling? Suka2 dia je lempar bola tu masuk dalam gol. Siap buat gaya macam pemain bowling lagi. Habis kena kejar satu padang dengan Shahaizul.
Dan aku perasan, sikap Edjaz makin lama makin aktif. Kalau dulu dia pendiam, dingin, susah nak senyum. Tapi sekarang alhamdulillah, dia dah boleh join masuk air sama2 dengan rakan2 dia yang otak tak berapa nak betul tu. Lebih2 lagi Zack.
Angin petang meniup lembut membuatkan tudung aku beralun. Nasib aku pakai tudung labuh. Takde la terangkat tudung ni.
Aku nampak sekumpulan kanak2 berdiri di tepi padang. Nampak gaya macam dalam lingkungan 10-12 tahun. Mereka memegang bola milik mereka sambil ralit memerhati abang2 yang sibuk mengejar bola di tengah padang.
"Gol!" Aku dengar mereka bersorak.
Aku pandang ke arah pandang.
Nampak Edjaz sedang berpelukan bersama teamnya. Sah menang.
"Awak!" Jeritku.
Mereka semua kalih pandang aku.
Aku tunding jari ke arah adik2 yang masih setia berdiri di tepi padang. Nampak macam diorang nak join main.
"Nak join? Sini laa. Abang ajar main" Laung Edjaz.
Adik2 itu pun terus berlari masuk padang. Bukan main ceria lagi diorang.
Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka.
"Aaa tolong, dia bawak lari bola! Help me!!" Zack mengepitkan suaranya sambil berlari macam pondan. Tangannya menunding gedik ke arah adik kecik yang terkedek2 lari bawa bola di hadapannya. Terkial2 budak tu kawal bola. Takut Zack rampas bolanya.
Aduh Zack ni. Ni kalau Zana ada ni mahu pengsan dia tengok boyfriend dia macam ni.
Firdaus pula sedaya upaya buka kasut nak baling dekat Zack namun dihalang oleh Mikhail. Dah la kasut bola an. Kalau baling tepat2 kena kepala Zack mesti sedap.
"Woi buaya. Sebelum aku cantas teruna kau baik kau diam!" Laung seseorang. Aku tak pasti suara siapa sebab aku tak kenal mamat tu.
"Aaa tolong. Teruna i nak kena cantas!" Sekali lagi Zack jerit macam perempuan sambil tutup dia punya err...
Aku terus kalih pandangan. Tak sanggup tengok mereka semua yang cuba nak bogelkan Zack. Bangang betul la.
Aku perasan ada seseorang berlari menghampiri aku. Aku pandang dia. Edjaz rupanya.
"Hai, boring ke?" Soalnya sambil terduduk kepenatan di sebelahku. Habis basah baju dia dengan peluh. Rambut pun. Dah macam baru lepas mandi.
Aku hulurkan air mineral kepadanya sambil tersenyum. Kepala digeleng perlahan.
"Suka tengok awak dengan kawan2 awak. Kelakar" Balasku.
Edjaz turut tersenyum.
"Tak menyesal ikut saya?"
Aku geleng.
"Nanti minggu depan saya bawak awak datang sini lagi untuk game kedua. Giliran Aizul"
Aku mengangguk. Faham maksud dia.
Minggu depan giliran ragbi beraksi di padang ini. Sukan yang sangat lasak dan berisiko tinggi. Macam2 benda boleh jadi. Aizul berapa kali dah injured. Tisu ankle terkoyak la, tangan terseliuh la, lutut retak la. Tapi yang lutut retak tu bukan dia. Kawan dia. Aku tak kenal siapa. Dia la yang bagitahu.
"Awak dah nak stop main ke?" Soalku tenang.
Edjaz yang sibuk mengelap peluhnya menggunakan tuala kecil angguk sekali.
"Dah pukul 6. Nak balik mandi. Rimas ni" Dia membalas dengan wajah cemberut. Jersi merah hitamnya dikibas2. Aku tersenyum lalu menghulurkan cermin mata miliknya. Edjaz menyambut sesudah mengucapkan terima kasih. Dia kalau turun padang memang dia akan bukak cermin mata. Takut pecah.
Aku pandang ke arah padang tatkala mendengar suara Zack menjerit.
Oh damn. Dia dah separuh bogel. Bajunya selamat berada di tangan Amirul. Amirul pula dengan gedik melenggok-lenggokkan badannya sambil memusing baju Zack yang berada di tangannya. Euw apa jenis perangai la diorang ni.
Mereka sudah bersorak kuat. Seronok tengok Zack yang sudah terbaring atas rumput sambil menyilang tangan di dadanya.
"Bagi balik lah bodoh!" Tengkingnya sambil cuba mencapai bajunya.
Aku hanya senyum. Lawa badan Zack. Lekuk2 otot dia menambahkan lagi kekacakan dia. Dah la kulit putih.
Amirul hanya buat tak endah. Dengan selambanya dia membaling baju Zack di tepi padang lalu dia menepuk2 tangannya bersama senyuman mengejek. Makin riuh padang itu dibuatnya. Adik2 kecik tu pun tak lepaskan peluang untuk ketawakan Zack yang persis wanita kena rogol tu.
Aku yang tengok hanya menggeleng. Kesian Zack. Habis rumput2 melekat dekat badan putihnya itu.
"Awak pergi la tolong. Kesian dia. Badan dia miang nanti" Aku goncang bahu Edjaz.
Edjaz habiskan air mineralnya sebelum bergerak ke tepi padang. Cewahh. Hero datang menyelamat.
Aku pula sudah tersenyum melihat Edjaz yang telah pun mengambil baju Zack. Dia hampiri Zack.
"Alooo buchukk buchukk daddy. Come to daddy baby!" Edjaz mengagah-agah Zack seperti bayi kecil sambil menepuk tangannya beberapa kali. Baju Zack pula dijadikan kain lap peluh.
"SIAL LAA!"
Sumpah aku rasa macam nak terajang je Edjaz ni.....
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-