Aku terjaga dari lena saat terdengar bunyi alarm. Erghh kacau lah! Aku baru je nak tidur.
Alarm itu aku matikan cepat2. Dah pukul 5:30 pagi. Uhh malasnya nak bangun.
Aku kembali pejam mata. Cuba untuk hilangkan rasa penat. Kenapa la aku kunci cam pukul 5:30. Dah la aku baru tidur 3 jam lepas. Tak cukup tidur weii.
Aku toleh ke sisi. Wajah Edjaz yang tenang itu aku tenung lama. Alahai. Tidur pun handsome ya. Aku senyum melihat dia. Lenanya abang tidur...
"Abang, abang" Bahunya yang terdedah itu aku goncang perlahan. Takut jugak nak kejut dia. Mana la tau dia mengamuk an sebab orang ganggu dia tidur errr.
Edjaz bergerak sedikit. Yes! Finally dia bangun jugakkk.
Namun hampa, dia kembali lena. Hampeh punya suami.
"Abang bangun solat subuh. Nanti lewat" Kali ni aku goncang bahu dia lebih kuat.
Terus Edjaz terjaga. Wajah dia berkerut melihat aku.
"Why sayang?"
"Solat subuh. 5:30 dah ni haa" Terus hilang rasa penat aku bila tengok muka encik suami ehehee.
Edjaz gosok matanya namun cepat2 aku menghalang.
"Jangan gosok la abang. Nanti bertambah rabun"
Edjaz hanya diam. Masih mamai sebenarnya.
"Sayang nak mandi dulu atau abang?"
"Ikut la mana2 pun"
Edjaz senyum senget.
"Jom mandi sama2. Jimat masa. Pahala pun dapat"
Ngeeeee dia ni. Bab itu lajuu je. Dasar lelaki.
Aku geleng perlahan. Mengada tau dia ni. Nasib suami.
"Jom" Edjaz turun dari katil. Seluar jeans nya dibetulkan. Baju serta tali pinggangnya yang terdampar di atas lantai dikutip. Ganas bini aku ni.
Aku mahu bangun. Tapi masalahnya....baju aku....
Edjaz capai bathrobe di dalam closet sebelum serahkan kepada aku.
Aku senyum. Macam faham2 je. "Thanks abang" Ucapku.
Edjaz hanya senyum
"Thanks jugak untuk malam tadi. Abang suka" Dia sengih serta kenyit nakal ke arah ku sebelum bergerak ke bilik air. Cepat2 aku tutup muka pakai tangan. Omg i cannot!!!! Bila teringat balik mahu terbakar pipi aku. Malu woii.
"Sayang, cepat la" Laung Edjaz dari dalam bilik air.
Aku cepat2 sarung bathrobe pada tubuh sebelum turun dari katil. Pakaian2 aku yang bertaburan atas lantai dikutip lalu dimasukkan ke dalam bakul.
************
"Amin"
Aku dengan Edjaz mengaminkan doa. Edjaz pusing belakang untuk bersalam dengan aku. Aku cium tangan dia dan dia terus cium dahi aku lama. Aku senyum. Sumpah rasa tenang.
"Thanks sebab sudi jadi makmum abang" Ucapnya.
"Thanks jugak sebab sudi jadi imam sayang" Balasku.
Edjaz masih tak lekang dengan senyuman. Dia cubit pipi aku dengan lembut. Eii suka main pipi orang. Mentang la dah halal.
"Hari ni sayang nak masak apa?"
Aku terfikir. Hm nak masak apa ya?
"Abang nak makan apa?"
"Apa2 je. Abang tak kesah. Janji dari air tangan isteri abang ni" Edjaz geselkan jemarinya pada pipi aku yang sejuk. Aku tertunduk. Ya Allah bila kau nak buang sikap pemalu kau ni Comel? Dah kahwin dah pun. Tak payah nak malu2 sangat la.
"Jom. Lapar la" Adu Edjaz sambil pegang perut dia. Aku sengih. Kesian husband i lapar. Okay jom kita makan!
***********
"Assalamualaikum. Morning semua" Ucapku mesra. Ummi dengan abah menjawab sapaan ku bersama senyuman manis.
"Awal bangun?" Perli Aizul bersama sengihan. Lupa. Dia dengan kawan2 Edjaz tidur sini semalam. Katanya nak teman aku dengan Edjaz ber'malam pertama'. Huh teman la sangat. Sibuk je lebih.
"Kang adik bangun pukul 11 kang abang terkejut pulak"
"Takpe. Abang faham. Yela, penat 'buat' kan" Aizul senyum senget.
Mataku membulat. Terus aku pijak kaki dia dengan geram. Haaa amik. Usik aku lagi.
"Dah2. Jangan bergaduh. Comel, mana Edrie?" Soal ummi.
"Ada dekat atas. Kejap lagi turun la" Balasku.
"Ummi nak Comel tolong?"
"Eh tak payah. Dah siap dah ni haa"
"Ala ummi. Kenapa tak tunggu Comel?" Aku mencebik. Baru nak masak untuk Edjaz huhuhu.
"Takpe la. Lepas ni kan Comel nak pindah Shah Alam. Tak merasa dah air tangan ummi ni" Balas ummi sambil usap pipi aku.
Yela. Aku nak pindah Shah Alam dah minggu depan. Waaa sedih. Nasib tak jauh mana.
Tidak lama kemudian, Edjaz turun sambil bermain telefon. Dia berbalas senyuman dengan Aizul sebelum duduk di sebelah aku.
"Fuyoo pengantin baru" Firdaus, Zack dengan Fayyad muncul. Aduhh datang dah jebon2 ni.
Aku hanya membiarkan. Pura2 tak dengar. Edjaz pula senyum senget. Senyum tak ikhlas namanya tu.
"Bro, best?" Soal Fayyad.
Edjad kerut dahi. "Apa yang best?"
Fayyad muncung ke arah leher Edjaz. Cepat2 Edjaz tarik baju dia ke atas. Damn. Macam mana boleh lupa ni.
"Hahahahahaha!" Riuh meja makan itu. Ini baru 4 orang. Tak campur lagi dengan kawan2 Aizul. Ummi dengan abah hanya geleng. Apa la budak2 ni.
"Edjaz, maruah adik aku dalam tangan kau sekarang ni. Please, jaga dia macam yang aku jaga. Aku dapat tahu dia sedih sebab kau, ni..melekat dekat muka kau nanti" Aizul tayang penumbuk.
Aku tersengih. Amboi garangnya abang i ni. Garang tanda sayang. Ye dok??
"Jangan risau. Aku sendiri bersumpah depan kau, kalau jadi apa2 dekat dia, kau boleh buat apa yang kau nak dekat aku" Balas Edjaz tenang.
Aizul angguk perlahan. Baik. Saya pegang kata2 anda heh.
"Abang, ni semua ummi yang buat. Sorry.." Ucapku perlahan. Sedih pula tak dapat turutkan permintaan suami. Edjaz minta dia masak tadi. Tapi hmm.
Edjaz senyum. "Takpe. Nanti dekat rumah kita sayang masak banyak2 okay untuk abang?" Edjaz genggam erat tangan aku. Aku tersenyum. Genggaman tangan dieratkan. Comel sayang abang...
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-