Bab 33 - Dam ular

1.3K 91 9
                                    

   Penuh ruang tamu rumah aku dengan para jejaka dari kelas 5A dan 5B. Dia punya riuh tu jangan cakap. Kalah pasar malam.

"Wei sakit laaa bodo!" Jerit Firdaus sambil usap kepalanya. Fayyad pula tersenyum puas selepas tarik rambut panjang Firdaus. Siapa suruh main tipu.

"Cepat la jalan" Arah Shahaizul dengan wajah boring. Sebenarnya dia dipaksa main benda ni.

Dam ular.

Takde benda lain ke nak main? Pubg ke ML ke. Ini dam ular? Urghh.

"Wei wei tengok ni. Macam Cobra" Zack perlahankan suaranya.

"Hahahahaha!" Riuh satu rumah. Ada yang ketawa mengilai. Buruk beno bunyinya.

Aku yang dari tadi memerhati hanya mampu tahan gelak. Ada ke patut dia cakap gambar ular warna kuning dalam papan dam tu macam Cobra?

Edjaz di sebelah aku pula hanya tersenyum. Dia tak join. Rakan2 dia tak paksa dia main sebab ada aku. See? Baik kan kawan2 dia hahaha. Tapi aku kesian tengok ketua pengawas tu. Muka dia macam tak rela je main. Jatuh imej dia main mainan budak2 ni. Tapi nampak cute bila dia gerakkan buahnya dengan wajah marah.

"Nak gummy?" Soal Edjaz lembut. Aku angguk kecil.

Balang gummy bear di tangan Edjaz dihulurkan padaku. Nyum nyum!

Aku nikmati gummy bear itu bersama perasan gusar.

Sebenarnya aku tengah tunggu kehadiran seseorang. Lambat betul dia. Tadi cakap dah on the way. Ini dah pukul 3:30 petang. Patutnya pukul 3 tadi dia dah sampai dah. Tapi ni kereta dia pun takde. 

Aku gigit bibir. Jangan la jadi apa2 dekat dia.

"Adik" Panggilan Aizul menyebabkan aku menoleh ke arahnya.

"Dia dah datang" Jawab Aizul.

Kelam kabut aku bangun dari sofa lalu berlari ke pintu. Senyumanku melebar.

Reno yang segak memakai tshirt hitam kosong yang longgar serta legging hitam tersenyum ke arahku. Dan aku nampak ada sorang lagi lelaki keluar dari bahagian sebelah pemandu.

Seorang lelaki berambut bowl cut warna light blonde dan memakai pakaian yang ketat ikut bentuk badan. Lelaki itu tersenyum mesra ke arahku. Siapa dia ni?

Ohh ohh aku baru teringat. Reno ada cakap yang dia datang Malaysia bersama adiknya, Shino. Jadi ini la kot adik dia? Handsome!

"Hai Reno. Why so late?" Soalku.

Reno dengan Shino menunduk sedikit. Aku pun ikut tunduk sekali.

"Sorry. My brother bangun lambat. Dia malas mandi tadi so ambil masa yang lama untuk i tunggu dia" Jawab Reno bersama senyuman. Shino yang tidak faham itu hanya tersenyum, sedangkan abang dia tengah kutuk dia tu hahahaha.

Aku pula tergelak kecil. "Masuk la" Pelawa ku. Reno menanggalkan sandal hitamnya. Begitu juga Shino.

"Fuyooo cosplay mana sesat ni?!" Soal Adam teruja. Mereka semua sudah seperti kena histeria apabila melihat Reno dengan Shino yang sudah berada di sofa.

"Reno ni la yang selamatkan Comel dari Danial tu" Aizul juih bibir ke arah Reno.

"Ooooooo" Balas mereka serentak.

"Ini siapa?" Soal Zarif pada Shino. Shino terpinga2.

"This is my little brother, Shino. Call him Shin. He 18 years old"

"Hai Shin!" Sapa Zarif mesra. Shino pun melayan. Siap laga penumbuk lagi dengan Zarif. Nampak macam dah kenal lama.

"Come. Duduk sini" Firdaus mengenjak sedikit. Lantai di sebelahnya ditepuk. Melihat wajah Shino yang masih blur itu, pantas dia tarik tangan Shino. Weh kesian dia jatuh dari sofa. Kejam betul la Firdaus ni!

Mereka yang lain sudah ketawa mengekek. Termasuk Edjaz.

Erk. Dia pun sama naik? Urghh. Aku punya la kesian dekat si Shino tu. Macam kena buli. Reno pula buat tak tahu. Mata fokus pada skrin iphone miliknya. Abang dia pun sama!

Aizul muncul bersama 2 buah gelas. Satu dihulurkan kepada Reno satu lagi dihulurkan kepada Shino yang sudah duduk bersimpuh atas lantai. Macam orang Jepun selalu duduk tu.

"Shin, can speak malay?" Soal Amirul.

Shino geleng perlahan. Satu apa pun dia tak faham.

"Aloo. You know what. Our english is so bad. So we can't cakap2 in english very good"

Meletus ketawa kami semua. Aku yang dari tadi diam membisu turut tergelak. Teruk benoo english kau Amirul oii.

Bahu Edjaz bergetar. Dia sedaya upaya tahan ketawa dari meletus. Tak macho la gelak kuat2. Jatuh imej depan gula hati kesayangan eheh.

Shino garu kepala. Dia pandang Reno. Cuba mintak Reno terangkan. Namun Reno hanya mengukir senyuman ke arahnya sebelum kembali bermain telefon. Hal itu membuatkan dia rasa teringin nak lempang wajah abangnya itu.

"You know what is this. This is dam snake. You play with this snake to hilangkan your boring" Terang Firdaus. Sekali lagi mereka ketawa. Aduhh boleh cramp perut aku macam ni.

"Ohh. How to play?"

"Play dia like this" Firdaus membaling dadu. Dadu itu menunjukkan angka 5.

"After that, you gerakkan your fruit follow with this number"

Firdaus mula gerakkan buahnya yang berwarna biru.

Aku tidak dapat tahan ketawa. Bongok la Firdaus ni.

Shino pula sudah terangguk2.

"Nah. Your fruit" Buah warna kuning dihulurkan kepada Shino.

"Wei babi. Tu buah aku lah!" Zack mula berang. Dia dah sampai penghujung dah tu. Suka2 je ambik!

"What is babi?" Soal Shino dengan dahi berkerut.

Muncul idea nakal dalam otak Zack.

"Oh. Babi is handsome. Like you. You so babi" Ujar Zack.

Erk. Apa mamat ni?

Shino senyum dengan wajah tak percaya.

"Really? I'm babi? Wahh. Reno, i'm babi!" Dia memegang kedua2 pipinya dengan senyuman teruja. Kaki Reno digoncang perlahan. Tak sangka orang melayu ini akan pujinya handsome. Sebelum ni hanya rakan2 nya di Jepun sahaja yang memujinya.

Tapi sayang, Shino tertipu.

Sekali lagi mereka ketawa. Kali ni lebih kuat. Aizul pula sudah tepuk dahi. Jahanam betul la Zack ni...

"Kau minta maaf balik hanat" Ujar Shahaizul geram. Dia nak gelak tapi dia tahan. Kesian pulak dekat Shino yang nampak seronok itu bila orang cakap dia babi yang kononnya bermaksud 'handsome'.

Zack lap air mata. Aduhh gelak banyak sangat sampai meleleh air mata.

Reno pula dah merah muka. Marah kot adik dia kena buli macam tu. Tapi dia tak tunjuk. Mata masih fokus pada skrin telefon.

"Come. Let's play" Fayyad ajak Shino main dam ular.

Shino kelihatan teruja sekali bermain.

"Reno, awak tak kerja ke?" Soalku pada Reno yang ralit bermain telefon.

Reno angkat muka. "Next week" Jawabnya bersama senyuman. Ouhhh

"How old are you?"
Aku lupa pulak nak tanya umur dia. Dari dulu lagi aku tertanya2 umur dia.

"23 years old"

Ouh 23. Maknanya dia tua 5 tahun dari Shino. Nampak seorang abang sangat hahaha.

Edjaz yang dari tadi tonton televisyen beralih pada Reno.

"Em Reno. Thank you sebab selamatkan Comel" Ucapnya. Sebenarnya dia awkward sikit dengan Reno ni. Maklumlah orang luar. Dia mana pernah cakap dengan orang dari negara luar.

Reno senyum sambil angguk sekali.

"Girlfriend you baik. Senang nak jaga dia haritu. You so lucky"

Ehhhh dia nii.

Edjaz pula sudah tersenyum nakal ke arahku. Merah pipi aku dibuatnya. Haih la Reno ni..

Btw, macam mana dia tahu aku girlfriend Edjaz?

The One [C]Where stories live. Discover now