{SEKARANG}
MENJEJAK kaki ke banda raya batu bukanlah impiannya. Dia lebih selesa tinggal di kampung halamannya dan kehidupannya dia sana. Namun dia ada misi yang harus dia lakukan terpaksa dia meninggalkan kampung halamannya. Baru sahaja beberapa jam dai telah smeninggalkan kampung halamannya dia sudah merindui mereka. Dia memandang ke arah rumah agam yang berdiri tegak di hadapannya. Rumah ini kelihatan sepi ibarat tiada penghuni. Matanya mengerling ke arah jam di tangannya. Tanpa sengaja dia memukul dahinya. Masih awal. Sesampai tadi dia menunaikan solat subuh di masjid sebelum bergerak ke sini. Badannya juga merasa lenguh akibat perjalanan yang tidak selesa sebentar tadi. Dia mencampak beg sandangnya ke tembok batu dan merebahkan badan berbantalkan beg sandangnya. Dia menunggu penghuni rumah agam itu bangun. Dia tersenyum apabila mengenangkan pengawal keselamatan sebentar tadi melepaskannya masuk tanpa memeriksanya.
'Kuatnya pengaruh kau adikku.'"Kenapa Dimi nak ke Kuala Lumpur? " Masih terdengar suara ibunya bertanyanya ketika dia mengemas bajunya ke dalam beg. Adi Hazimi merenung tepat ke wajah ibu kesayangannya. Hatinya memang berat untuk meninggalkan ibunya itu tetapi dia perlu demi menyelesaikan masalahnya. Kakinya berat untuk melangkah saat melihat air mata ibunya namun di keraskan hatinya.
'Demi kebaikan ibu dan kerana rindu ibu. Adi akan pulang.'
Dia mengeluh sambil memejamkan mata. Dia tidak menyangka dia tertidur bersandar di batu pintu pagar rumah agam itu."Abang Adam... Abang Adam... kenapa tidur kat sini?"
Badannya disentuh seseorang. Perlahan-lahan dia membuka mata. Terpampang wajah gadis ayu di depan matanya. Matanya terpaku seketika. Gadis berwajah kacukan membuat dia terpaku seketika. Gadis kacukan. Dia memegang dadanya.
"Kenapa Abang Adam tidur kat luar ni ? Apa kata jiran nanti bila nampak abang tidur kat sini? Sengaja buat papa abang malu ke? Mari masuk dalam."
Gadis itu menunduk dan ingin memapahnya tetapi dia segara bangun.
"Abang ni malam tadi dah tonggang berapa botol? Sampai tak kenal luar rumah dengan dalam rumah. " Rungut gadis itu sambil masuk ke dalam rumah. Dia mengikuti gadis itu.
"La, nak masuk ikut dapur ni kenapa. Tu pintu depan. Tak berkunci pun. Masuk ke sana dan terus naik ke bilik abang. Nanti turun untuk sarapan."
Dia melemparkan senyuman kepada gadis itu sebelum pergi ke pintu utama. Sambil berjalan dia menggelengkan skepala mengenangkan gadis itu membebel sahaja dari tadi. Dia masuk ke dalam ruang tamu. Dia melihat ruang tamu mewah dan kemas. Terpampang potret milik tuan rumah bersama isterinya. Sebelahnya gambar mereka sekeluarga. Adi menatap wajah satu satu pemuda yang berdiri dalam gambar tersebut. Kacak dan bergaya. Bibrnya menyungging senyum. Berbangga melihat wajah itu.
Sementara itu di dapur, Ayu masih merungut. Namun begitu tangan nya terus membuat kerjanya.
"Apa yang kamu rungut ni Ayu?" Tanya Maknya.
"Abang Adam tu, dah berapa botol yang dia tonggang, kereta masuk ke dalam tetapi tidur dekat luar pagar. Dah tu nak masuk ikut dapur pula."
"Biarkanlah dia. Kamu cepat hidangkan sarapan untuk mereka sekeluarga. Nanti turun datin bising marah kamu lagi. Mak dah tak lalu nak dengar kamu kena marah saja."
Ayu terus menyediakan sarapan untuk keluarga majikannya. Sebentar kemudian keluarga majikannya turun untuk bersarapan. Saat dia menatap anak lelaki sulung keluarga itu. Ada sesuatu yang yang tidak kena.
"Hey kamu ni kenapa Ayu? Aku tahu le aku tampan sampai kau tidak mahu beralih."
"Eeee ada hati ke kat abang. Sedarlah diri."
Mak Ngah segera mencuit anaknya. Ayu tersentak dan terus berlari ke ruang tamu. Semua melihat perangai Ayu kehairanan. Tidak lama kemudian kedengaran jeritan Ayu dan berlari semula ke ruang makan.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...