KHAIRUL menatap wajah sahabat baiknya. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menumbuk sahaja wajah kacak sahabatnya.
"Hang ni dah kenapa? Hang lebih tinggi ilmu agama dari aku. Hang tahukan tanggungjawab seorang suami."
"Aku tahu dan aku nak minta kebenaran hang."
"Tak perlu, yang aku nak hang bagi aku anak menakan cepat."
"Jen baru saja sihat. Kau rasa, tempat yang sesuai di mana?"
"Kau ingat tak apa yang dia cakap dulu selepas habis belajar, dia nak buat apa?"
"Merantau ke seluruh Eropah."
"Kan papa tak benarkan dia pergi seorang, ini lah masanya."Sejak Jenifer masuk ke dalam rumah ittu, Datin Nisa mula berlembut dengan Adi. Dia tidak sangka ADi boleh memikat anak jutawan.
"Kamu berdua ni dulu berbulanmadu di mana?" Lembut nada suara Datin Nisa.
"Belum sempat lagi Datin."
"La, kenapa panggil Datin, panggil mama saja."
Adam melihat Adi sambil mememek muka. Adi hanya tersenyum.
"Mama, kalau pilihan ADi seorang gadis kampung, mama terima ke mereka?" Adam bertanya. Datin Nisa menarik muka bila mendengar soalan Adam.
"Kenapa tak pergi berbulan madu lagi Adi, kamu sibuk sangat ke?"
"Ya, ADi sibuk dan Nurul pun tidak sihat."
"Cakap saja nak ke mana, ayah tajakan."
"Tak perlu ayah, kami akan berbulan madu minggu depan."
"Hah, abang tak cakap pun dengan Nurul?"
"Kejutan.... Hmmmm Khai dah sampai tu, sayang nak ke hospital kan?"
"Ya.."
Adi dan Jenifer bersalaman dengan ahli keluarga sebelum keluar. Adam turut melakukan begitu sebelum keluar.Datuk Munir masih tidak berpuas hati. Ke mana sahaja nama Adi menjadi topik perbualan. Dia ingin dapatkan Adi dalam gengamannya. Jika cara lembut tidakdapat, dia mencaari jalan lain pula.
"Bagaimana semua gerakan kita dia tahu?"
"Betul ke Jenifer tu isterinya. Mereka tu sahabat baik."
"Seorang sahabat sanggup menyamarkan?" Kelihatan seorang pemuda menghampiri Datuk Munir dan Farhan. Dia mendekati FArhan dan mengucup pipi Farhan. Farhan biarkan.
"B, bila balik, lama betul you di luar negara." Renggek manja Farhan. Pemuda kacukan cina Inggeris itu hanya tersenyum.
"I ke sini nak lihat sendiri lelaki yang bernama Adi. Banyak sangggat dia rampas hak I."
"Sean, macam mana dengan perniagaan di sana?"
"Yang tu uncle tak perlu risau. Tiada sesiapa tahu aktiviti kita."
"Kamu ada idea macam mana nak dapatkan Adi."
"Siapa Adi ni?"
"Kembar Adam."
"Adam HAzama, tapi kan uncle, orang I ada cakap ada info dari dalam yang beritahu mereka."
"Info dari dalam?"
"Uncle percaya ke pada Yusuf sekarang ni? Dia terlepas dari tuduhan dengan mudah je. Satu lagi, Hafiz, dia rapat dengan Adi."
"Hafiz, anak haram tu masih tak sedar diri."
"Kau uruskan Yusuf, biar uncle uruskan Hafiz. Ni mesti Munirah bersubahat sekali."Jenifer begitu teruja appabila dapat tahu mereka akan jelajah Eropah. Akhirnya tercapai cita-citanya. Dia bahagia dapat menghabiskan masa bersama Adi, insan yang di cintai. Mereka banyak menghabiskan masa untuk menganali rapat diri mereka.
"Sayang, hari boleh tak sayang habiskan masa seorang. Abang ada hal sedikit."
Jenifer akur, ADi tidak akan tinggalkan dunia perniagaannya walaupun masih bercuti. Dia menghabiskan masanya berseorangan. Saat membeli belah keseorangan, dia terlanggar seseorang.
"Sorry..."
"It o... Jenifer... Jenifer Lee?"
"Eh... Mei..." Jenifer tidak sangka bertemu rakan seuniversitinya dulu.
"You buat apa kat sini?"
"I, I dah lama duduk di sini."
"Lama betul tak jumpa."
"Betul tu, jom kita makan dan berbual."
Mereka memilih restoran makanan segera.
"Ikan... setahu I you tidak suka sangat pada Fish Fillet..."
"Sebab I tak tahu hala ke tak."
"Halal? You..."
"Ya, I dah Muslim dan dah berkahwin."
"Dengan siapa... Khai or Adi."
"Adi."
"Wow, lelaki yang you tak yakin dulu, kini dah yakin sepenuhnya ke?"
Jenifer hanya ketawa. Setelah lama berbual mereka berpisah sambil bertukar nombor telefon. Ketika dia pulang ke hotel, Adi telah berada di dalam billik.
"Sikit je sayang shopping."
"Ala, buat apa membazir... abang kan tahu yang sayang ni bukan suka bershopping tetapi suka window shopping." Jeniffer mengambil tempat di sebelah Adi.
"Abang tadi sayang jumpa Mei."
"Kawan sayang dulu tu."
"Ya, dia duduk di sini dan kahwin dengan orang sini. Dia perli sayang."
"Perli?"
"Tak de lah... Abang dah makan ke?"
"Belum, jom makan sebelum aabang makan sayang nanti."
"Iks abang ni."Wajah Adi kelihatan sedikit pucat di tatap. Adi kelihatan cepat penat. Rambut Adi di belai. Terkenang saat mula perkenalan mereka.
"Eeeee, geramnya I, kenapa I kena berpasangan dengan budak nerd tu. Kalau kawan baik dia tu I yakin le. Dia ni I tak yakin langsung."
"So you nak minta tukar ke?"
"Hey, you takut tak boleh siapkan paper ke?You tu kan budak pandai,, tak kan tak boleh buat."
Ayat tu ayah mencabar. Jenifer seorang gadis yang pantang di cabar. Dia yakin dia dapat buat dengan baik.Namun sangkaannya meleset. Adi banyak membantunya dalam menyiapkan kertas kerja. Malahan di hari presentationn, Adi berjaya menarik minat semua orang dengan caranya menyampaikan semua perbentangan mereka. Pensyarah sendiri memuji kumpulan mereka. Mereka adalah kumpulan terbaik.
"Abang, sayang yakin dengan abang. Sayang bahagia di sisi abang." Air matanya mengalir apabila teringat saat perpisahan akan tiba suatu masa nanti. Dia belum puas bersama suaminya.
"Sayang..." Adi membuka mata. Dia membetulkan kedudukan supaya Jenifer berada dalam pelukannya.
"Kenapa ni?"
"Rindukan abang."
"Abang tahu, sayang akan menderita saat perpisaha nanti, itu sebab abang cuba jauhkan diri..."
"Abang... sayang bahagia dan ini adalah kenangan yang sayang inginkan. Setiap saat berada di sisi abang adalah penting. Jangan jauh dari sayang lagi."
Adi mengucup dahi isterinya. Dia sayang Nurulnya sehingga akhir hayatnya.
Mereka menunaikan umrah sebelum mereka pulang ke tanah air. Junufer dapat melihat Adi mengalirkan airmata saat dia berdoa ketika di tanah suci.Kepulangan mereka di sambut dengan berita mengejutkan. Hafiz tidak datang bekerja dan Datin NIsa tidak pulang sejak semalam.
"Papa dah cuba hubungi tetapi tidak dapat."
"Dah buat laporan polis?"
"Belum, sebab belum 24jam."
"Papa ada bergaduh ke?" Jenifer bertanya.
Datuk Arif berdiam. Dia tidak mahu menceritakan topik pergaduhan mereka sebelum Datin NIsa keluar dari rumah. Belum tiba masanya untuk beritahu Adi niat hatinya. Dia mahu menikahi Hazlina semula.
"Macam mana ni?"
"Khai, jom kita keluar sekejap."
"Aku ikut." Adam bersuara.
"Tapi kamu kan baru balik, masih penat."
Hanya senyuman menjadi jawapan Adi. Dia keluar diikuti oleh Khairul dan Adam. Dalam perjalanan, Adi menghubungi seseorang. Dia mengajak Khairul pergi ke sebuah restoran. Tidak lama kemudian datang beberapa orang pekerja Adi.
"Kenapa nak jumpa kami?"
"Karim?"
"Hai Adam... Adi, saya ada masalah sikit."
"Kenapa?"
"Kakak saya masih bekerja dengan keluarga Datuk MUnir. Dia kata minggu lepas, Datuk memukul Hafiz dengan teruk sekalil. Walaupun Datin Munirah menghalang, Datin munirah turut terkana sekali. Dia kata keadaan Hafiz sangat teruk sekali. Selepas itu mereka tidak nampak kelibat Hafiz maupun Datin Munirah. Datuk mengugut supaya tidak memberitahu sesiapa tetapi kakak saya bimbang dan beritahu saya."
"Datin Nisa juga hilang."
"Datin Nisa... bukan dia keluar bersama Farhan ke?" Mazlan bersuara. Dia mengatakan dia ternampak Farhan datang ke rumah ketika Datin Nisa mahu keluar. Mereka berbual seketika sebelum mereka keluar menaiki kereta Datin Nisa. Semantara kereta Farhan di bawa oleh lelaki cina.
"Sean!" Adam dan Karim bercakap serentak.
"Siapa pula Sean ni?"
"Sean Tan, anak ahli perniagaan. Tetapi dia dipercayai mempunyai perniagaan gelap."
"Macam mana, kamu berdua boleh kenal?"
"Sama kolej dan dia ni pengedar yang cekap. Susah nak tangkap kegiatan dia."
"Kau...."
"Aku kawan dengan dia tapi aku tak ambik benda tu. Cuba sikit-sikit tu adalah tetapi tak le sampai ketagih."
"Aku nak kamu semua cuba cari di mana Datin Nisa dan FArhan berada. Karim, cuba cari maklumat tentang kegiatan dalam rumah Datuk Munir. Aku bimbang kes balas dendam."
"Oh ya, Adi, Yusuf juga hilang. Kami tak dapat hubungi dia."
"Itu pun sama. Kamu kerah orang kamu untuk mencari semua orang yang terlibat."
Adi ingin bangun tetapi dia terduduk semula.
"Adi... pening sikit... mungkin penat. Aku balik dulu... apa-apa hubungi kami segera."
"Baik Adi."
Khairul memimpin ADi masuk ke kereta. Dia bimbang kesihatan sahabat baiknya.[1284pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
De TodoAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...