ADAM meneguk air haram dengan rakus. Dia kini keseorangan. Suara keji Farhan masih terniang di telinganya. Setelah habis minumannya, dia keluar dari kelab tersebut. Dia memandu pulang. Rumahnya sunyi kerana keluarganya berurusan di luar daerah. Ayu menyambut kepulangannya seperti biasa.
"Hai sayang..." Katanya sambil berjalan terhoyong hayang. Ayu memimpin Adam masuk ke dalam bilik. Namun begitu Ayu silap pertimbangan mengenai Adam malam itu.
Adam melihat wajah Ayu yang dekat dengannya. Ayu kelihatan terlalu memikatnya. Nafsunya juga bergelora. Dia menarik Ayu rapat kepadanya. Apabila sampai di dalam biliknya dengan rakus dia menolak Ayu jatuh ke katilnya. Ayu cuba meronta. Dia tahu tidak guna dia menjerit kerana tiada sesiapa di dalam rumah itu waktu itu. Mak Ngah dan menemani Datin Rokiah di dalam wad kerana mendapat rawatan. Akhirnya Ayu tewas dalam dakapan Adam. Dia hanya mampu menangis kerana tiada sesiapa yang dapat membantunya. Adi yang menjadi pelindungnya kini tiada. Adi menghilang tanpa memberitahunya.Adam berpuas hati dengan apa yang dia lakukan. Namun begitu dia ingin mengulanginya lagi. Dia mahu Ayu jatuh ke tangannya bukan ke tangan Adi. Dia masih merasa cemburu dengan layanan Ayu kepad Adi. Pagi itu diaaaa melihat Ayu masih sibuk di luar rumah. Masih mereka berdua dia dalam rumah tersebut. Dia turut hairan kenapa Adi tidak pulang ke rumah beberapa hari. Memang Adi membiarkan Ayu menjadi miliknya. Dia melihat Ayu masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Adam mengikutinya tanpa pengetahuan Ayu. Dia berdiri belakang Ayu semasa Ayu mencuci tangannya. Apabila Ayu berpusing, dia berada dalam dakapan Adam. Terus Adam mengeratkan pelukannya.
"Abang, tolong lepaskan Ayu." Ayu merayu.
"Sayang, abang akan lepaskan kalau sayang berikan apa yang abang nak. Kita berdua hari ini sayang.." Ayu cuba meronta tetapi dia masih tidak melawan kederat Adam. Sekali lagi dia tewas dalam dakapan Adam. Adam pergi setelah dia dapat apa yang dia ingini. Ayu menangisi apa yang berlaku. Dia sendiri memarahi dirinya kerana tidak melawan kehendak Adam. Dia juga dahaga belaian Adam. Sekembalinya ADam dari pejabbat, Ayu tetap menyambut Adam. Adam memberi senyuman dan mengucup pipi Ayu.
"Sayang begitu cantik dan menawan sekali." Bisik Adam. Ayu terdiam. Malam itu Adam ingin makan malam bersama Ayu. Malahan Adam melafazkan kata-kata indah membuat Ayu tewas dalam rayuan Adam. Malam itu Ayu tidur di bilik Adam. Adam merasa bahagia saat bersama Ayu. Dia lupa halal haram saat itu. Apa yang dia mahu hanya layanan Ayu.Adam pulang dari pejabat dengan perancangan yang telah di atur. Sesampai di rumah, Adi yang menyambutnya. Punah impiannya. Dia bimbang Ayu akan memberitahu Adi tetapi Ayu hanya berdiam. Keesokannya keluarganya pulang dan segala-galanya menjadi punah. Ayu semakin menjauhkan dirinya.
Ayu ingin mengadu kepada Adi dan mendapat pelindungan dari Adi namun Adi semakin sibuk. Datuk Arif menyerahkan segala kerjanya kepada Adi. Adi sering mengajak Adam bersamanya tetapi Adam sering berdalih. Adam terus mencari peluang untuk mendekati Ayu. Percubaannya sering terhalang kerana Adi. Kebenciannya terhadap Adi semakin meninggi. Pagi itu Ayu muntah teruk. Ia membimbangkan Mak Ngah.
"Ayu, kamu pergilah ke hospital. Risau pula nenek tengok kamu macam ni."
"Ayu, jom ikut abang." Adi masuk ke ruang dapur. Dia mengajak Ayu mengikutnya. Setelah di desak, Ayu akur. Sepanjang perjalanan Ayu hanya mendiam.
"Anak siapa?" ADi membuka mulut.
"Apa maksud abang Adi?"
"Perubahan Ayu tu, muntah-muntah... Ayu kandung anak Adam ke?"
Ayu terus menangis. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan.
"Abang syak kerana abang nampak Adam masuk ke dalam bilik Ayu."
"Ayu cuba melawan tetapi ...."
Adi berjanji akan melindungi Ayu dan anak yang Ayu kandung.Adi tertekan. Dia memikirkan Jenifer yang masih sakit dan Ayu. Dia tidak mahu melukakan hati kedua-dua mereka.
"Wey, jauh hang termenung... hang tak balik Penang ke minggu ni?"
"Petang ni aku ke Indonesia. Balik dari sana aku akan terus ke sana."
"Hang kena balik. Jen asyik tanya hang. Sejak dia sedar hang sibuk je. Dia dah semakin sihat."
Adi terdiam.
"Kenapa dengan hang ni?"
"Ayu..."
"Kenapa dengan dia?"
"Adam merogol dia dan dia mengandung sekarang."
"Kau sekarang serba salah... antara cinta dan simpati."
"Aku sayangkan Jen dan aku tidak mahu melukakan hatinya."
"Jangan kerana simpati kau lupakan cinta hati kau. Kau lukakan hatinya."
Adi terdiam lagi. Dia mengeluh sebelum keluar.Jenifer termenung di dalam wadnya. Sejak dia keluar dari wad ICU, ADi tidak menziarahinya. Adi semakin sibuk kebelakangan ni.
"Nurul, I need you and I love you. Will you marry me?"
Kata-kata Adi bermain dalam fikirannya. Adakah Adi ikhlas dalam kata-katanya. Adakah Adi hanya bermain dengan kata-kata.
"Assalamaulaikum." HAzlina dan Rubiah datang menziarahi. Jenifer gembira di sisi kedua wanita ini. Wlaupun Allah telah mengambil mamanya, Dia memberi dua orang wanita sebagai penganti. Tidak hilang kasih sayang ibu kepada dirinya. Apabila mengenangkan kasih sayang, insan yang dia sayang semakin menjauh.
"Kenapa ni Jenny?" Hazlina dapat melihat perubahan di wajah Jenifer.
"Tak ada apa-apa ibu."
"Ni mesti kes rindu Lina. Lama mereka tak balik."
"Tak adalah mama."
"Jenny jangan risau, Khai dah telefon kata dia akan balik hari ini."
"Ada yang sebut nama Khai?" Khairul menjengokkan kepalanya di muka pintu.
"Hai my sweetheart." Jenifer hanya mampu tersenyum. Khairul menyerah sejambak bunga kepada Jenifer.
"You seorang je? Mana kawan baik you?"
"You rindu dia je ke? Sampai hati you tak rindukan I yang hensem ni."
"I rindu juga kat you tapi...."
"Dia akan datang tetapi sekarang ni dia ada kat Indonesia."
"Kenapa ke sana, Khai. Ibu tak tahu pun."
"Di sini kita halang dia kerja tetapi kat sana, dia kena kerja. Diorang tu asyik suruh dia kerja."
"Adi tu bukan nak berehat."
'Tapi dia.... Jen you kena jaga dia."
"Macam mana nak jaga dia, dia sentiasa menjauh dari I."
"Assallamualaikum... " Adi masuk ke dalam wad.
"Hah, panjang umur hang, kami baru sebut nama hang."
"Hang kutuk aku ke?"
"Macam tu le."
Adi bersalaman dengan keluarganya.
"Sorry, datang tak bawa bunga macam Khai. Terus dari airport tadi."
"Datang juga..."
"Isk..." Adi mengeluh.
"Mama, ibu, rasanya papa dengan uncle Arof menunggu kat bawah kot. Jom turun kejap... kita berbual kat kafe. Hang nak minum ke, Di."
Adi hanya tersenyum. Dia melihat keluarganya keluar. Kemudian Adi berpusing mengadap Jenifer. Jenifer berpaling ke arah lain.
"Nurul..."
"You tidak ikhlas..."
"Siapa yang tak ikhlas. I Ikhlas dengan apa yang I ucapkan."
"Tapi kenapa ..."
"Nurul... pandang Di, sayang."
Perlahan-lahan Jenifer berpaling.
"Tatap mata I, lihat hati I, lihat keikhlasan dan ketulusan I."
Jenifer diam. Dia menatap mata Adi. Air matanya mengalir.
"Nurul, you sedia menjaga I yang bakal membebankan you."
"I akan menyesal kalau tidak dapat jaga you Di."Adi menghubungi ibunya. Mereka semua masuk ke dalam bilik Jenifer semula.
"Papa Lee, Adi nak minta izin untuk mengambil Jenifer sebagai isteri saya."
"Adi..." Hazlina memeluk anaknya. Dia gembira dengan keputusan Adi. Rubiah memeluk Jenifer. Masing-masing mendakap Adi memberi ucapan tahniah. Semua gembira dengan keputusan Adi. Namun begitu Adi merasa dadanya sakit. Pandangannya menjadi kelam. Segera dia mengapai bahu Khairul. Kahirul berpusing melihat Adi sebelum Adi jatuh.
"Adi!"
Adi di baringkan di atas sofa. Khairul mencari serum Adi di dalam begnya. Dia memberi Adi suntikan sebelum membiarkan Adi berehat. Hazlina membelai rambut anaknya.
"Adi kerap sakit kebelakangan ni. Jen, you kena jaga dia kerana dia sendiri abaikan dirinya."
Jenifer tekad akan menjaga Adi.[1186 pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...