BAB 41

113 3 1
                                    

ADI mengetuk pintu bilik ayahnya. Dia  melihat Adam sudah menunggu. Ayahnya sedang meneliti sebuah fail.
"Ayah nak jumpa Adi?"
"Ya, " Kata Datuk Arif sambil menyerah fail kepada Adi. Adi duduk sambil membelek fail tersebut. Sekali sekala dia melihat Adam.
"Kau jangan nak jeling aku, bukan aku tak buat kerja."
"Mereka mahu   kau yang  datang untuk berbincang."
"Tak boleh le macam tu. Adi hanya membantu saja dalam syarikat ni."
"Aku nak buat macam mana, orang tak percaya aku."
"Adam, apa kata kau ikut aku jumpa dia. Bila temujanji dengan mereka?"
"Lepas lunch nanti."
"Okey Adam, kita keluar lunch bersama. Ada yang kita kena bincang sebelum berjumpa pelanggan."
"Kan semua dah ada, apa yang nak bincangkan."
"Adam, aku belajar dari seorang ahli perniagaan yang nasihat aku, kenali siapa kita berurusan untuk menyenangkan kita."
"Wow, unik cara kamu, Adi."
"Pak cik Nasir, kalau nak pikat seorang gadis, kita kena pikat ibu bapa dia dulu, kan... supaya semua urusan menjadi senang."
"Adi... Adi, ayah tidak pernah fikir macam tu pun."
Adi tersenyum sebelum bangun.
"Ayah, Adi rasa Adi minta diri dulu. Ada beberapa perkara Adi nak uruskan. Dam... lunch bersama nanti."Mereka melihat  Adi keeluar dari pejabat.
"Patut le senang je dia dapat pelanggan. Di mana dia belajar?"
"Saya macam tak percaya dia tu doktor. Dia begitu cekap berurus niaga."
"Pak cik, abang kembar saya tu sejak dari dulu mempunyai otak yang geliga. " Kata Adam sambil bangun. Entah kenapa tiada rassa cemburu sejak dia banyak menghabiskan masa dengan Adi. Adi tidak pernah lokek ilmunya.

Farhan mengupah orang untuk memerhati gerak   geri Adi. Sukar untuk bertemu Adi sejak kebelakangan ini. Apabila dia hubungi Adi, pelbagai alasan yang Adi berikan. Hari ini orang upahannya memberitahu bahawa Adi berada di pejabat. Hari ini dia bertekad untuk terjah pejabat Adi dan mengajak Adi keluar makan tengah hari. Dia bertekad untuk menggoda Adi. Dia yakin dengan penampilannya yang baru akan memikat Adi. Farhan membetulkan tudungnya sebelum dia keluar dari kereta. Pejabat Rahmad Holding menjadi destinasinya.

Adam ternampak Farhan masuk ke dalam pejabat. Sudah lama dia tidak bertemu Farhan. Sejak Farhan dan rakan-rakannya menghinanya dulu di kelab, dia tidak mengunjungi pusat itu lagi. Dia banyak smenghabiskan masa dengan Ayu. Ayu, hatinya bagai dicengkam. Dia mulai merindui gadis tu.
'Eh, kenapa Farhan masuk ke dalam bilik Adi? Far, gadis macam kau tidak aku benarkan dekati abang aku.'

"Hai, Adi." Farhan masuk ke bilik Adi.
"Maaf, Abang Adi..." Pembantu Adi cuba menghalang
"Abang, hey cermin diri kamu dulu nak panggil dia Abang!" Farhan marah.
Adi hanya tersenyum.
"Assalamualaikum Farhan, Ana, tak apa. Tolong biarkan pintu terbuka." Pembantu Adi keluar dari pejabat Adi.
"Kenapa biarkan pintu terbuka. I nak berbincang hal penting."
"Hal penting, rasanya kami tiada berurusan dengan MM buat sementara ni."
"Tapi ni hal peribadi." Farhan menutup pintu bilik Adi. Adi terus berdiri.
"Farhan, ada baiknya kita menjaga adap kita."
"Ala..." Farhan mendekati Adi. Adi mengundur ke belakang.
"Di!" Adam masuk ke bilik Adi.
"Sorry, ingat tak ada orang."
"You buat apa di sini?"
"Cik Farhan, ini pejabat papa I, dan I boleh buat apa saja, yang you tu buat apa? Setahu I, papa you dah tarik semua kontrak dengan syarikat ni."
"I... I cuma nak ajak Adi lunch."
"Kebetulan, kami memang nak keluar lunch kan Adam. Jom." Adi keluar dulu dari pejabatnya.
"Jom lunch bersama." Adam memprovok  Farhan. 

"Adi, you ni sibuk ke? Lama tak nampak kat kelab?"
"Kelab, you ni silap orang, Adi bukan suka tempat macam tu. Lagipun, tak kan macam ni masih pergi ke kelab?" Adam yang balas kata-kata Farhan. Farhan menjeling ke arah Adam.
"Hmm... Adi, bila you free, boleh kita spend time bersama."
"Adi ni sentiasa sibuk, mana ada masa."
"Hey, Adam, I asking Adi, kenapa you yang jawab?"
"Maknanya you tak kenal sangat dengan abang aku ni. Dia tidak suka bercakap terutama di depan rezeki. Kalau macam tu, lebih baik makan saja."
Adi memandang ke arah Adam. Dia menghadiahkan senyuman ke arah Adam.
"His, tak ada seleralah. I minta diri dulu." Farhan berlalu dengan hatinya yang mendongkol.
"Datang tak di jemput, pergi pun tak di halau." Adam terus mencurah minyak. Dia tahu Farhan masih dengar kata-katanya. Adi hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum. Selesai makan, Adi menerangkan beberapa cara yang Adam harus ingat saat bertemu dengan pelanggan. Sewaktu berdepan dengan pelanggan, Adi menyerahkan Adam untuk membentangkan kertas kerja. Dia hanya membantu dari belakang. Pernerangan Adam membuat pelanggan berpuas hati. Dia memuji Adam kerana peneranganya kali ini lebih meyakinkan. Akhirnya termetra sebuah perjanjian antara dua syarikat. Adam pulang dengan keriangan. Pertama kali dia dapat menarik minat pelanggan kerananya, bukan kerana papanya.
"Kau boleh jadi macam aku dan papa. Kau kena banyak usaha."
"Di, tolong ajar aku."
"Aku sentiasa bimbing adik aku sejak dari dulu kan."
"Terima kasih Di kerana tidak pernah putus asa dengan aku."  

Naim datang bertemu dengan Adi. Majikannya harus tahu apa yang berlaku.
"Ni nama dia dan ini fail yang dia salin dan bawa bertemu dengan seorang lelaki. Aku dah perhati dia sejak beberapa bulan yang lalu. Dia sering mengambil fail sebutharga dan menyalinnya."
"Kau tahu lelaki tu siapa?"
"Ni gambarnya. Dia salah seorang pekerja MM."
"Ini salah satu sebab kenapa kita banyak hilang tender kepada MM."
"Okey Naim... terus perhati dia."
"Baik Adi."
Setelah Naim keluar, ADi turut keluar. Pintu bilik Adam di ketuk.
"Adam, jom ke bilik ayah."
"Kenapa?" Adi tidaak menjawab. Dia terus beredar. Adam faham dengan raup wajah Adi. Ada masalah yang melanda. Adi terus ke bilik Nasir. Nasir harus ada dalam perbincangan mereka.
"Kenapa Adi, macam ada masalahhh je?"
"Ayah dan pak cik kenal budaj ni?"
Adi menyerahkan beberapa keping gambar.
"Ini Johan, pekerja bahagian pemasaran."
"Ayah tahu fail ni?" Adi menyerah fail kepada ayahnya.
"Ni kan tender kerajaan. Kita akan hantar untuk sebutharga."
"Salinan ini yang dia serahkan kepada orang dalam gambar tu."
"Makna dia menjual maklumat kita kepada orang lain."
"Kau tahu ke dia jual kepada siapa?"
"MM..."
"Apa yang dia nak papa. Dulu beria nak kami bertunang, lepas tu minta putus, ni curi maklumat kita pula. Tu tidak cukup dengan anak daranya yang asyik buru Adi."
"Hah?"
"Tu sebab kau selalu ikut aku. Balik pun kau nak turun bersama."
"Kau tengok sendirilah, setiap kali kita sampai lobi, tersembul muka minah tak tahu malu tu."
"Papa tahu sejak dari dulu, Datuk Munir tu asyik nak bertanding dengan papa. Papa tidak kisah kerana itu saingan yang sihat. Ingat dia tidak mahu bersaing lagi apabila mencadangkan pertunangan kamu berdua."
"Kita pecat saja Johan ni."
"Jangan. Biar ADi uruskan. Pak cik, cuma pak cik cari staff yang boleh bekerja di bahagian pemasaran."
"Tranferkan dia ke bahagian HR... dan Adi akan uruskan hal dia."   Adi memohon diri untuk pulang kerana dia ada urusan di hospital.
"Aku turun dengan kau.." Adam menawar  diri untuk menemani Adi.

"Di, kau tengok sana tu. Kereta dia menunggu je tu. Kalau kau seorang   mesti dia dekat dan goda kau. Cuba kau jalan dulu, aku perhati dari jauh." Adi akur. Apabila melihat Adi berjalan keseorangan, dengan segera Farhan keluar dari keretanya.
"Hai, Adi."
"Assalamualaikum." Balas Adi sambil tersenyum.
"Awalnya Adi balik, nak ke mana?"
"Saya ada kerja di hospital."
"You kenapa buat 2 kerja, kalau you kerja dengan papa I, tentu gaji you tinggi dan tidak perlu buat dua kerja."
"I suka dengan kerja I."
"Dan abang aku tidak akan mengkianati keluarganya." Adam mendekati mereka. Terus berubah wajah Farhan.
"Kau ni tak ada kerja ke? Setiap hari tunggu Adi?"
"Mana ada I tunggu Adi, kebetulan."
"Oh ya ke Adi, kau kata tadi kecemasan kan? Pesakit kau antara  hidup dan mati."
"Ya, saya pergi dulu, Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam." Jawab Adam. Dia memerhati Farhan.
"Sampai bila nak menyamar bertutup likup macam ni. Salam pun tidak tahu nak menjawab." Perli Adam sebelum meninggalkan Farhan. Merah padam muka Farhan akibat sindiran Adam. Adam tersenyum kemenangan.

[1288 pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now