BAB 34

111 3 2
                                    

ADI  memandang ke   luar. Hatinya masih keresahan. Bayang Jenifer masih tidak kelihatan. Khairul melihat gelagat Adi. Sekejap duduk, sekejap mundar mandir.
"Hang ni dah kenapa? Macam orang hilang bini je."
"Kau ada nampak Jen?"
"Dah sah hilang bini. Kan hang yang bersama dia tadi?"
"Kami bertengkar tadi."
"La... dah kenapa?"
"Aku nak dia sedar yang kau sayang dia."
"Wei, dia tahu le, cuma dia tidak dapat berikan  hatinya pada aku."
"Tapi..."
"Kau tu macam mana?"
"Aku?"
"Kau tidak sedar ke pengorbanan kami ni. Apa yang kami nak hanya kau."
"Aku..."
"Adi, cuba sedar yang kau tidak mampu kehilangannya walaupun sesaat. Buat apa kau ambil berat kalau kau tahu kau tidak akan memilikinya. Di, fikirkan diri kau tu."
"Kau sendiri dah tengok laporan aku, aku tidak masa lama."
"Masa yang sedikit ini lah kau gunakan sepenuhnya. Cari kebahagiaan maksima untuk diri kau. Bukan untuk orang lain. Kau tahu kenapa kami putus, kerana kad ucapan kau tu. Kami tahu perasaan kau dan kau menjauh kerana kau tahu kau sakit. Di, cuba kau fikirkan diri dia. Dia menunggu kau sekian lama. Dia ingin bersama kau. Tidakkah kau mahu dia mencapai cita-citanya. Tolong capaikan impiannya. Dia kawan kau dan aku. Dia banyak membantu kita tetapi dia hanya meminta kasih sayang kau. Susah sangat ke kau nak beri kepadanya. Berikan dia kecapi kebahagian walaupun sekejap. Fikirkan lah , Di."
Adi terdiam. Dia meraupkan wajahnya. Jam di tangannya di kerling. Sudah berjam-jam Jenifer keluar. Jenifer tidak suka memandu dalam hujan.  Dia selalu mengatakan memandu dalam hujan adalah situasi yang membahayakan diri.
"Nurul..." Adi memegang dadanya. Sakit dadanya mencucuk. Telefon bimbitnya berdering. Adi terus mencapai tanpa melihat pemanggilnya.
"Nurul... I..."
"Adi, apa yang dah berlaku ni?"
"Kenapa papa?"
"Papa dapat panggilan yang Jenny kemalangan."
"Jenny kemalangan?... Papa tenang. Beriskhtifar banyak-banyak. Adi akan ke sana sekarang."
"Papa akan ke sana. Adi papa okey, jangan risau tentang papa. Kamu tu memandu hati-hati. Apa-apa papa beritahu."
Adi memutuskan talian. Dia keluar dan Khairul mengikutnya. Adi memandu keretanya keluar dari pengkarangan hospital. Fikirannya kusut.
"Di, kalau hang tak okey, biar aku drive."
"Tak apa aku boleh drive ni."
Adi memandu sambil tidak berkata-kata. Khairul hanya berdiam diri. Apabila telefon Adi berdering, dia yang menjawab. Dia juga menghubungi keluarganya dan keluarga Adi memberitahu hal kemalangan yang berlaku. Adi masih tumpu perhatiannya kepada pemanduan.
"Di, papa Lee beritahu, Jen di bawa ke hospital kita. Meraka akan melakukan pembedahan."
Adi hanya mengangguk.
' Nurul, be strong. Aku tidak akan memaafkan diri aku kalau apa-apa yang berlaku pada diri mu. Ini semua salah aku. Nurul...'
Adi memukul stereng keretanya.
"Di, kau bawa tenang. Beriskhtifar."
Segera Adi beriskhtifar.
"Di, kalau kau tak boleh memandu, biar aku..."
"Aku okey, cuma aku menyesal kerana menyakiti hatinya. Aku tidak akan memaafkan diri aku jika apa-apa yang berlaku kepadanya."
"Kita doakan semua baik sahaja. Jika diberi peluang, jangan kau lepaskan lagi kerana kau akan menyesal. Cuba bayangkan perasaan Jen, dia tidak mahu kehilangan peluang berrsama kau walau pun sekejap hanya kerana dia tidak mahu menyesal di kemudian hari."
Adi terdiam. Air mata yang bertakung  di sudut matanya akhir gugur jua. Adi menyekanya. Khairul hanya memerhati sahaja.

Ketibaan  mereka di sambut oleh ahli keluarga mereka. Mereka bersalaman sebelum Adi merangkul ibunya. Dia melepaskan sebaknya di bahu ibunya.
"Kita doakan segalanya dipermudahkan." Hazlina membelai belakang anaknya sambil memberi semangat.
"Siapa yang melakukan pembedahan?"
"Dr. Albert dan Dr. Antony dalam bilik tu."
Adi merasa dadanya semakin sakit. Dari tadi dia sakit tetapi dia biarkan sahaja. Dia memegang dadanya.
"Di... mana serum kau?"
"Dalam kereta." Katanya sambil menahan sakit di dada. Khairul berlari ke luar.
"Adi!" Adi rebah. Kakitangan hospital segera memberi bantuan. Khairul datang semula dan memberi suntikan kepada Adi. Dia biarkan Adi berehat di bilik rawatan. Kemudian dia kembali kepada keluarganya.
"Macam mana Adi?"
"Dia penat sebab memandu jauh tadi."
"Kenapa kau biarkan dia..."
"Andai anak papa ni mampu halang dia... Papa bukan tak tahu anak lelaki papa yang tu degil macam mana."
"Biarkan dia berehat. Apa yang sebenarnya berlaku?"
"Sebenarnya Khai tak tahu secara detail sebab depa nak berbincang berdua. Tadi Adi ada sebut depa bertengkar."
"Adi tahu ke sebab putus..."
"Khai yang beritahu dia."
"Khai ni kan..."
"Mama, Adi tu kena sedar yang dia juga cintakan Jen. Kalau Khai tak sedarkan dia, dia terus menderita melihat kami bersama, bahagia ke kami atas penderitaan dia?"
"Papa Lee yang bersalah kerana desak kamu berdua bertunang. Seorang bapa hanya mahu kebahagiaan anaknya."
"Kita doakan segala urusan dipermudahkan. Semoga Dia memberi peluang kepada kita."

Tidak lama kemudian, pembedahan Jenifer selesai. Dia di tempatkan di wad ICU. Adi masih tidak sedar ddi dalam bilik rawatan. Khairul melihat wajah tenang sahabatnya.
"Di, kau risau dan kau takut kehilangannya tetapi kau masih dengan egomu." Keluh Khairul. Dia keluar dari bilik Adi sebelum kembali ke wad ICU.  Adi hanya mendengar keluhan rakan karibnya. Dia bangun dan melangkah ke bilik ICU.
"Ibu, mama, baliklah dulu. Papa juga. Biar ADi yang tunggu di sini."
"Tapi..."
"Khai dan Adi akan jaga Jenny. Kami akan beritahu perkembangannya nanti."
Khairul meminta semua pulang dulu. Adi melangkah masuk ke bilik ICU. BIlik khas untuk mereka, pemilik hospital. Adi hanya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengalunkan bacaan surah Yassin. Khairul berdiri di pintu setelah menghantar yang lain ke pintu utama. Dia biarkan Adi di dalam bilik tersebut. Dia hanya memerhati dari jauh.

Dr. Anthony melihat ke arah Adi yang hanya bertelengku. Adi hanya meninggalkan Jenifer untuk bersolat.
"Ada perubahan doktor?"
"Kenapa tanya saya Tan Sri, ni doktor yang menjaganya sepanjang masa."
"Khai...."
"Jen seperti putus asa. Dia kecewa sangat tu."
"Kenapa Dr. Adi tidak mahu bercakap. Dia hanya mengaji saja."
Dr. Anthony memohon diri untuk menjalankan tugasnya.
"Khai, apa maksud kau tadi?"
"Papa Lee, Khai rasa mereka bertengkah dan Adi berkeras mahu Jen kembali kepada saya. Jen dah putus asa. Dia kecewa sangat tu. Kita semua   bercakap memeujuk Jen tetapi Adi, hanya mengaji tanpa berkata apa-apa. Keduaa-duanya hanya menyerah."
Adi keluar dari bilik. Dia tersenyum kepada semua ahli keluarga yang lain. Mereka tidak pernah berputus asa menziarahi Jenifer.
"Adi pergi solat dulu." Adi memohon diri. Maarof mengikuti Adi. Anak lelakinya harus disedarkan. Mereka bersolat bersama.
"Di, jom kita minum dulu."
"Tapi Jen..."
"Beri peluang untuk papanya di sisi anaknya. Banyak yang Papa Lee nak bualkan dan dia ingin menghabis masa di saat akhir anaknya."
"Apa yang uncle cakap ni?"
Maarof tidak membalasnya. Mereka melangkah ke kafeteria. Maarof tahu pancingannya terkena. Adi akan luahkan segalanya.
"Adi, kamu sendiri semakin kurang sihat."
"Saya tak apa-apa, uncle. Jen perlukan saya."
"Memang dia perlukan kamu selagi hayatnya masih ada tetapi kini kau tak perlukan dia. Betulkan?"
Adi terdiam.
"Di, uncle dulu memang memerlukan ibu tetapi uncle lepaskan ibu pergi kerana terrpaksa. Uncle menyesal kerana membiarkan ibu kamu menderita. Alhamdulillah, kamu beri uncle peluang membahagiakan dia. Tapi cuba kamu fikir tentang Jenny. Dia tahu dia tidak dapat membahagiakan orang yang dia sayang, untuk apa dia terus hidup."
"Uncle..."
"Kamu tidak mahukan tetapi kamu tidak pernah memberi semangat kepadanya. Dia hanya mahu bersama kamu. Tidak dapat bersama kamu, lebih baik dia mengundur diri."
"Dia akan kehilangan saya suatu hari nanti."
"Dia tidak akan menyesal kerana dia dapat menjaga kamu saat kamu perlukan dia."
Adi terdiam. Dia merenung jauh. Maarof menghabiskan minumannya sebelum bangun. Bahu Adi di tepuk.
"Berikan peluang kamu dan dia bahagia walaupun seketika. Jangan buat dia menyesal seumur hidup kerana tidak dapat membahagiakan kamu."

Adi masuk semula ke ruangan rehat. Dia melihat Tan Sri Lee menangis di sisi jasad Jenifer. Sayu melihat seorang bapa yang melihat tubuh anaknya yang terbaring kaku. Dia merasa bersalah kepada Tan Sri Lee.

Suasana sekelilingnya agak ganjil. Jenifer marasa dirinya kaku di satu tempat. Dia tidak dapat bergerak. Sayup-sayup dia mendengar suara seseorang mengalun surah AlQuran. Dia kenal suara itu, suara milik Adi.
"Adi, mana you? Adi, you dengar I tak?"
"Jen, you kena kuat. Bangun cepat untuk sedarkan ADi yang dia perlukan you. Jangan tinggalkan aku Jen. Jangan tinggalkan kami."
"Khai... ADi tidak mahukan I, Khai.."
Jenifer terus menangis. Suara bersilih ganti memujuknya tetapi mana suara Adi. Hanya alunan bacaan dari Adi.
"Jenny..." Kedengaran suara mamanya. Dia melihat mamanya berdiri bersama abangnya dan Kak Aisyah. Muka mereka berseri dan tersenyum kepadanya. Jenifer cuba mendekati mereka tetapi kakinya masih terpaku di situ.   Dia tidak dapat bergerak.

"Nurul sayang, maafkan Di. Dia perlukan Nurul di sisi Di. Jangan tinggalkan Di. Masih banyak yang ingin Di lakukan bersama Nurul. Berikan Di peluang sayang. Bukalah matamu sayang dan tatap wajah Di di sini. Di nak melihat matamu yang cantik tu. Nurul, please, jangan tinggalkan Di. I love you. Will you marry me?"
JAri jemari Jenifer di raih dan dikucup. Dia menyalurkan kasih sayangnya kepda Jenifer. Jenifer dapat rasa kesejukan kucupan ADi di jari jemarinya. Satu  semangat baru untuk dia menggerakkan tangannya. Jarinya dapat bergerak dan mengengam. Dia terus mengenggam dan tidak mahu melepaskan. Dia tidak mahu kehilangan benda di dalam gengamannya.
"Nurul... Nurul, buka mata mu."
Bagai satu semangat membuat dia cuba membuka matanya. Wajah yang di rindunya memberi senyuman yang paling yang dia rindu.
"Nurul.." Tanpa Adi sedar, dia  menghadiahkan kucupan di pipi Jenifer. Dia terus keluar memanggil ahli keluarga dan doktor. Keadaan Jenifer semakin stabil.

[1519pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now