JENIFER menekan loceng pintu pagar. Adi yang berada di luar terus membuka pintu pagar.
"Awal you datang?"
"I dah pergi ke rumah atuk you dah. Ibu cakap you balik malam tadi."
"I ada kerja di sini."
"Adi you..."
"I okey lah." Adi kembali mencabut rumput di sekitar tanamannya. Bunga-bunga subur dan mengharum.
"Betul ke you okey?" Jenifer mendekati Adi. Dia sengaja mengeletek pinggang Adi.
"Nurul, stop it."
"But I like it... I miss your smile."
"I miss you too."
"Apa? I tak dengar lah."
"I sapu tangan kotor I kat muka you." Jenifer melarikan diri dan Adi mengejarnya. Mereka ketawa gembira. Tanpa mereka sedar perbuatan mereka dilihat oleh ramai orang.Datuk Arif melihat telatah Adi dari atas. Dia dapat merasa Adi mempunyai hubungan istimewa. Dia tidak menyangka anak seorang jutawan mahu berkawan dengan Adi. Atau Adi tidak memberitahu siapa dirinya yang sebenar. Adi menumpang namanya untuk memikat gadis kaya. Kalau Adi menggunakan cara begitu, dia merasa bersalah.
Sakit hati Ayu melihat kemesraan Adi di luar. Ayu sedar siapa dirinya untuk berganding dengan Adi. Adi miliki pekerti yang tinggi manakala dirinya hanya gadis yang pernah di noda.
"Amboi mesranya," Tegur Farhan. Dia masih tidak berpuas hati sejak semalam.
"Kenapa salah ke?" Jenifer tidak mahu mengalah
"Abang Adi," Ayu membawa hidangan.
"Untuk Abang ADi saja? Makanan aku mana?"
Ayu ingin beredar untuk mengambil makanan.
"Ayu, bawa dua set lagi."
"Dua lagi, makna tiga ke abang?" Adi mengangguk. Dia melihat Farhan dan Jenifer asyik menjeling. Adi biarkan mereka dan menumpu perhatian kepada kerjanya. Apabila Ayu membawa hidangan, Adi membasuh tangannya.
"Nurul, jemput makan..."
"Nurul, bukan nama dia Jenifer ke?"
"Biarlah Adi nak panggil apa, panggilan manja dari Adi." Jenifer membalas.
"Ayu, duduk makan sekali. Kita makan berempat."
"Oh, ni lah yang di rumah..." Adi tahu soalan itu berbau cemburu dari Jenifer. Adi hanya menyuap makanannya. Dia tidak mahu terlibat seperti semalam lagi."Tuan putera, dah ada tiga dayang sekarang ini... kamu bertiga mahu bermadu ke?" Adam mendekati mereka. Seperti biasa, sudu ditangan Adi akan di ambil. Adi bangun dan memberi tempat kepada Adam. Dia mengambil kerusi lain dan duduk di sisi Adam.
"Abang Adam, kalau nak makan, Ayu ambil yang lain."
"Tak perlu, Ayu, duduk je makan." Adi mencelah. Dia lebih selesa makan berkongsi dengan Adam. Adam menyerahkan sudunya kepada Adi.
"Korang berdua share makanan?" Farhan melihat mereka pelik.
"Sharing is caring..." Mereka menjawab serentak.Sekali lagi loceng pintu pagar berbunyi. Ayu yang sudah menghabiskan makanannya terus oergi ke pintu pagar. Adam berdiri melihat ke arah pintu pagar. Wajahnya pucat apabila melihat kehadiran lelaki - lelaki tersebut. Apabila lelaki itu masuk ke dalam rumah, Adam mengikuti mereka.
"Dah kantoi.." Gumam Farhan.
"Kantoi, kenapa?"
Ayu datang semula mengemas pinggan yang mereka makan sebentar tadi.
"Siapa tu, Ayu?"
"Katanya dari pejabat Datuk. Ada hal penting."
"Farhan, apa yang kantoi?"
"Errr... sebenarnya Adam ada jumpa I nak pinjam duit. Papa I kata Adam dah guna banyak duit syarikat."
"What?!!!" Adi berlari ke dalam rumah. Seperti yang dia duga, ayahnya memegang dada. Adi terus menerpa ayanya.
"Ayah..." Dia memberi ruang untuk Datuk Arif duduk.
"Nurul!" Jeritnya. Jenifer berlari masuk ke dalam
"Heart Attack." Bisiknya. Jenifer berlari keluar semula. Dia mengambil sesuatu di dalam keretanya. Kemudian dia memberi sesuatu kepada Adi. Adi menggeleng dan membisik sesuatu. Jenifer memberi suntikan kepada Datuk Arif.
"Tuan-tuan semua, boleh tak balik dan saya akan uruskan masalah itu esok. Datuk kena berehat dulu."
"Tapi..."
"Saya kata balik dulu. Nanti saya uruskan!" Adi tinggikan suara.
Mereka terpaksa akur. Adi mengajak Datuk Arif naik berehat di dalam bilik.
"Adi mereka tu."
"Ayah rehat dulu. Ayah jangan bahayakan diri ayah."
"Tapi..."
"Ayah tolong lah..."
"Hah, kamu buat apa dalam bilik aku?" Datin Nisa masuk ke biliknya.
"Abang sakit dada."
"Dr. Jenifer dah berikan suntikan tu untuk ayah. Dia kata ayah kena rehat. Adi keluar dulu."
Adi menunduk sebelum keluar dari rumah. Ketika dia sampai di bawah, Adam telah tiada. Farhan juga telah keluar pergi kerja. Tidak lama kemudian Datin Nisa turun dan bersiap untuk keluar.
"Mama, Nita..."
"YA Allah, " keluh Adi.
"You jangan nak busy body okey, suami aku pun tidak tegur kami."
"Betul tu. Mama, Nita nak duit. Kradit kad Nita tak boleh guna."
"Kad kau tak boleh guna? Kenapa pula?"
NIta mengangkat bahu. Datin Nisa melihat beg tangannya. Dia mengeluarkan sebahagian wang yang ada dalam beg ni.
"Ni je yang ada."
"Ala, dua rat nak beli apa mama."
"Kau ni nak ke kolej je kan. Adi, minyak kereta NIta kamu dah isikan?"
"Ya, Datin."
"Kereta aku?"
"Ya."
"Kamu ni kenapa?"
"Saya nak minta kebenaran untuk keluar dengan Jenifer."
"Hmmmm... Kamu dengan dia tu ada apa-apa ke?"
"Cuma kawan Datin."
"Jangan kamu guna nama sebagai anak Datuk Arif nak pikat dia. Sedar sikit kamu tu siapa!"
"Saya kenal Adi siapa, Datin. Dia tidak perlu guna nama keluarga ni." Jenifer mencelah.
"Jen..."
"Maaf...." Jenifer menunduk.
"Kamu tu jangan rapat sangat dengan dia... nanti habis harta kamu dia kikis macam mak dia dulu."
Adi mengengam jarinya. Dia menahan marah bila ibunya di sebut.
"Adi, kamu nak keluar ke?" Datin Rokiah mencelah.
"Ya, nenek..."
"Huh!" Datin Nisa keluar. Anita pun mengikut mamanya.
"Kurang ajar betul." MArah Datin Rokiah.
"Kenapa nenek?"
"Tuduh ibu Adi macam tu. Dia yang kikis duit sebenarnya..."
"Tak apa lah nenek."
"Boleh tak nenek nak tumpang kamu berdua. Nenek nak ke hospital. Ada appointment kan hari ni Dr. Jenifer."
"Ya, Nek."
"Nenek pergi siap sekejap."
"Jen, kau kena beri nasihat kepada Mak Ngah... suruh jaga ayah tu."
"Why me?"
"Am I a doctor now?"
"Okey, dear."
Jenifer berlalu ke dapur. Dia menerang apa yang patut kepada Mak Ngah dan Ayu.Ayu menghantar pemergian Adi bersama Jenifer dan Datin Rokiah. Dia dapat rasa mereka berdua serasi. Kenapa dalam cemburu, dia merasa bahagia melihat Adi gembira di sisi Jenifer. Dia merasa perasaan keliru. Adakah dia bayangkan Adi tu Adam. Adakah dia inginkan Adam menjadi serupa Adi.
"Ayu..." Ayu tersentak.
"Apa yang kamu menungkan tu?"
"Apa masalah tadi sampai Datuk jatuh sakit?"
"Tu hal mereka, kita tak perlu nak ambil tahu."
"Kita kena tahu juga, sejak Datuk bercuti, kita tidak dapat gaji, mak."
"Kau nak guna duit ke? Selama ni makan minum dan tempat tinggal kita tak perlu bayar."
Ayu terdiam. Perlu duitkah dia? Dia bayangkan Jenifer dan Farhan, dia tidak dapat menandingi mereka. Dia tidak akan dapat memikat hati si kembar.Adi meninggalkan Datin Rokiah bersama Jenifer. Dia mengambil kereta Khairul dan keluar semula. Dia menghubungi Adam untuk bertemu dengannya. Mereka memilih sebuah restoran untuk bertemu.
"Kenapa kau panggil aku?"
"Apa masalah kau?"
"Aku dah beritahu kau, duit."
"Gaji yang ayah berikan tak cukup ke? Sejak ayah pergi bercuti, aku tidak dapat gaji.."
"Maaf Adi, aku guna duit kau dulu. Nanti aku bayar. Ibu masih sihat kan?"
"Dulu, kalau kau jadi pemboros kerana mahu membeli kawan. Tapi kini kawan kau keliling pinggang."
"Ada duit baru ada kawan. Dan kekasih aku nak kereta, rumah... aku kena berikan."
"Di, aku menyesal.... dia cuma nampak duit aku je."
"Kenapa...."
"Kau tak akan faham, Di... Kau tidak ada di tempat aku. Aku nak pergi. Kau tak boleh tolong apa-apa pun." Adam berlalu. ADi terdiam. Dia membayar minuman mereka sebelum keluar dari restoran. Dia kembali ke hospital. Dia menemui Khairul.
"Kenapa?"
"Kau tahu siapa teman wanita Adam?"
"Model."
"Patutlah mata duitan."
"Masalah yang kau cakap Adam tidak bayar gaji kamu semua kerana tu..."
"Dalam masa 3 bulan, berapa banyak Adam ambil duit syarikat."
"Mana kau tahu?"
"Aku duga modal tu cerita dia baru beli kereta mewah."
"Kau lebih tahu dari aku."
"Cantik model tu, kalah Jenifer."
"Kau ni, kalau dia dengar."
Jenifer datang bertemu mereka bersama Datin Rokiah.
"Adi, nenek you banyak perubahan. Tekanan darah pun semakin menurun."
"Alhamdulillah, nenek semakin sihat. Jom balik nenek. Risau pula ayah kat rumah."[1282]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...