BAB 47

123 2 1
                                    

TAN SRI LEE menatap wajah menantunya. Wajah tampan itu kelihatan sedikit pucat. Anak gadis di sisinya juga tenung. Jenifer semakin berseri dan ceria. Dia tahu anaknya bahagia disisi Adi.
"Adi kau kenal Sean Chua dan Datuk Munir?"
"Datuk MUnir kan kita berjumpa ketika main golf dulu."
"Tapi kau tak kenal sebenarnya siapa dirinya.
"Kenapa papa?"
"Orang-orang papa kata dia mencari keluarga kamu."
"Maksud papa?"
"Orang-orang papa?" Jenifer mencelah. Dia tidak tahu aktiviti papanya sebelum ini. Hanya Adi yang tahu rahsia Tan Sri Lee.
"Sayang, papa dulu bukan papa sekarang tetapi papa dah tinggal aktiviti haram tu sejak kenal Adi."
"Dia mencari ibu untuk apa? Adakah mereka mahu menculik ibu seperti mereka menculik Datin Nisa."
"Kamu tidak kenal Datuk Munir tu, dia salah seorang yang menjalankan aktiviti haram ni. Dia kini masih aktif lagi."
"Macam mana ibu di sana?"
"Papa dah beritahu kepada Maarof dan Azman, mereka dah lebih berhati-hati. Kenapa dia culik Datin Nisa?"
"Saya cuma agak saja. Datin Nisa sudah beberapa hari hilang."
"Apa yang dia mahukan?"
"Dia mahu saya jadi menantunya."
"Kau rampas perniagaan dia ke?"
"Saya cuma sekat maklumat dalaman syarikat dari jatuh ke tangan dia."
"Adi dia menjalankan perniagaan dengan rasuah, mungkin dia tidak dapat merasuah orang lain dan perniagaannya semakin berkurangan."
"Abang rampas hak dia ke?"
"Abang lakukan cara adil, kita buat sebut harga dan pembentangan sewajarnya. Adam pun sudah pandai membentang hujah."
"Kalau abang buat hujah, semua orang terpaku..." Jenifer merangkul lengan Adi. Dia terbayang bagaimana setiap kali dia menunggu Adi memberi perbentangan ketika belajar dulu.
"Amboi jauhnya mengelamun." Hidungnya di cuit. Tan Sri Lee tersenyum melihat kemesraan anak dan menantunya.
"Adi kamu kena berhati-hati."

Sekali lagi Adi memanggil pekerjanya untuk berbincang. Adam dan Khairul turut serta.
"Adi, tiada sesiapa tahu Adi bin Arif di Penang. Keluarga Adi selamat di sana. Kat sana ramai yang kenal Adi dengan nama Hazimi."
"Ya, Papa Lee pun dah arah orangnya untuk menjaga ibu kat sana."
"Masalahnya sekarang, macam mana kita nak masuk ke dalam rumah Datuk Munir?"
"Boleh aku mencelah..." Khairul mengangkat tangan.
"Hang ni bukan sekolah, aku tahu le hang tu anak cikgu." Gurau Adi.
"Macam mana kalau Adi masuk ke dalam rumah tu."
"Aku?"
"Kau menyamar yang kau terpikat dengan Farhaaaan... rapat dengan Farhan...."
"Jap, kau nak suruh Adi berlakon... Dia akan kantoi nanti."
"Tapi Adam hanya cara itu je kita boleh masuk ke dalam rumah tu."
"Dr. Khai... hmmm... Khai, adakah aku dengan Adi ni ada bezanya?"
"Ada..."
"Memang le sekrang ni kami berbeza. Tapi aku akan jadi Adi. Aku akan masuk ke dalam rumah tu."
"Tak salah kalau kita mencuba."
"Okey, esok kita berkumpul di sini."
Mereka berpecah dan menjalakan tugas masing-masing. Adi dan Adam menjalankan agenda mereka. Penukaran imej Adam tidak menyusahkan.  Mereka mencuba jika rancangan mereka menjadi. Adam terus ke dapur ketika kaum hawa sedang sibuk menguruskan dapur.
"Abang, abang nak makan?" Tanya Jenifer. Adam sengaja mendekati Ayu.
"What wrong with you Adi, I tanya langsung tak nak jawab."
"Sayang tanya siapa?" Adi mendekati isterinya. Jenifer melihat pemuda sebelahnya dan sebelah Ayu bergilir-gilir. Mereka berdua ketawa.
"Ni, mana satu Adi ni?" Datin Rokiah keliru. Datuk Arif turut masuk ke dapur apabila mendengar kekecohan.
"Kenapa kamu menyamar jadi Adi, Adam?" Datuk Arif mendekati Adam.
"Macam mana papa boleh kenal mereka?"
"Jenny, hanya satu saja membezakan mereka... Tanda lahir di leher mereka."
"Kau ada tanda lahir, Dam. Nanti kantoi."
"Kenapa ni?"
"Kami nak cari mama, papa. Mungkin Farhan tahu. Ada orang nampak mama bersama Farhan sebelum ni."
"Tapi...."
"Papa, mama pernah merajuk sebelum ni tetapi dia tak akan lama. Papa ingatkan, mama akan hubungi papa."
"Kenapa Adam perlu jadi serupa Adi?"
"Jenny, you nak ke suami you yang kayu ni goda Farhan. Goda you pun dia tak pandai."
"Kayu kau panggil aku."
"Betulkan Jenny, dia bukan pandai romantik kan?"
Jenifer tersenyum.
"Abang pandaikan maniskan mulut kan, sayang?" Adam terus mengusik Ayu sebelahnya. Merona wajah Ayu.
"YA, kau memang pandai mainkan perasaan orang."
"Kamu berdua berhati-hati. Datuk Munir tu bukan sebarangan."
"Papa tahu ke?"
Datuk Arif hanya tersenyum.
"Dam, ayah, jom kita berbual kat depan sekejap." Dia tidak mahu mereka kaum hawa tahu hal sebenar.

Jenifer menghampiri Ayu sebaik sahaja kaum Adam meninggalkan mereka.
"Eeee, Ayu suka Adam ye."
"Mana adalah kak. Siapa lah saya."
"Kamu layak Ayu kalau jadi menantu keluarga ni."
"Datin, anak saya tak akan sama dengan Farhan tu."
"Aku memang tak suka Farhan tu sejak dari dulu. Munir tu bukannya orang yang baik."
"Nenek kenal Datuk Munir?"
"Siapa tak kenal dengan Munir. Dia kawan papa kamu. Dialah orang yang ajar Arif tu berpoya-poya.    Semasa Arif berkawan baik dengan Maarof, dia cuba pisahkan mereka. Sejak Arif mula kawan dengan Munir, mereka sentiasa habiskan masa dengan berpoya-poya. Arif berubah menjadi seorang yang boros. Jika Maarof tak buka mulut nenek tak tahu papa kamu tu suka ponteng. Ibu mertua kamu yang dapat tundukkan papa tu tetapi nenek yang halang hubungan mereka.Nenek rasa bersalah pada Hazlina dan Adi."
"Nenek, ibu seorang wanita yang pemaaf. Dia dah lama maafkan nenek." Jenifer memeluk tubuh tua Datin Rokiah.

Adi dan Adam duduk mengadap Datuk Arif. Mereka tidak mahu merahsiakan apa-apa dengan bapa mereka.
"Ayah, ayah kena tenang dan berishtifar banyak- banyak."
"Sesuatu yang berlaku kepada mama kamu?"
Adi  mengeluarkan sampul dan menghulur kepada ayahnya. Perlahan-lahan Datuk Arif melihat kandungan sampul tersebut. Dia mengucap panjang.
"Dari pandangan Adam, mama tidak sedarkan diri. Dia berkhayal."
"Ini kerja Munir le. Mana kamu dapat gambar   ni?"
"Atas meja papa. Dia tahu papa ada sakit jantung."
"Ayah tahu apa sebenarnya Datuk Munir mahu."
"Kejatuhan kita. Dia suka melihat kita jatuh dulu. Berkali-kali dia suruh jualkan saham kepada dia tetapi papa tak mahu dan jualkan kepada JL. Itu yang dia marah. Kamu bertukar ni sebab nak tahu di mana Munir sorok mama?"

"Papa sebenar tidak tahu bila Munir ni terlibat dengan kongsi gelap. Walaupun dulu, dia sering dapat bekalan dengan mudah."
"Papa tahu?"
"Ramai yang tahu tetapi mereka tidak ada bukti."
"Licik betul  dia."
"Dia belum bertemu buku dengan ruas. Di, kita cari bukti sekali."
"Kamu berdua tu hati-hati. Adam, papa gembira bila kamu dah berubah tetapi jangan kembali macam dulu balik."
"InSyaAllah papa. Doakan kami berjaya ya papa."
"Papa restu segala usaha kamu berdua."

"Abang," Jenifer datang ke ruang tamu. Di tangannya dia memegang sesuatu.
"Ada apaa sayang?"
"Ni sapukan kat leher Adam, hilangkan tanda lahir tu. Walaupun tak terang tetapi nampak. Kalau nak sempurna biar sempurna seratus peratus."
"Bijak betul lah kakak ipar aku ni. NI yang buat semakin sayang."
"Kau..."
"AKu msudkan kau semakin sayang."
Mereka ketawa. Mereka berbual seketika sebelum ADi dan Adam memohan diri untuk memulakan tugas mereka. Adi memohon restu dari papa dan nenek mereka.

[1111pp]



ASSALAMUALAIKUM,
MAAF KEBELAKANGAN INI IBU KEKURANGAN IDEA
MUNGKIN CERITA AGAK MELEREK DAN MEMBOSANKAN
TLG KOMEN DAN TAG CITA IBU NI

SALAM SAYANG

DHAZZMI

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now